Aku tak mau dikaitkan dengan 1Malaysia si Najib kerana aku tahu slogan itu tak bawa apa-apa makna. Seperti slogan Islam Hadari, slogan itu pun lambat laun akan tenggelam bersama-sama dengan tuannya nanti.
Apa hebatnya dengan 1Malaysia ini? Siang malam media massa serta stesyen TV pembodek dok ucap salam tak berhenti-henti, sampai bila dan untuk siapa?
Kata saja 1Malaysia tapi dari segi praktiknya UMNO masih amal pemerintahan berpuak-puak,perkauman yang begitu pekat. Cakap tak serupa bikin.
UMNO padat dengan rancangan rasisnya. Perkasa,Jasa,
Utusan Meloya,Ibrahim Ali,Reezal Marican adalah antara barua-barua UMNO yang dok menyalak pasal Melayu terpinggir. Di Pulau Pinang,UMNO kata orang Melayu terpinggir, tapi bukankah UMNO/BN pun pernah memerintah Pulau Pinang sejak merdeka sehingga 8 Mac 2008, nasib orang Melayu Pulau Pinang pun masih dok tepi pinggir juga?
Perkasa dan Jasa adalah badan-badan NGO yang ekstrem. Perkasa dengan ketuanan Melayunya , sedangkan Jasa dengan perjuangan Islamnya. Kedua-dua badan NGO ini diperkudahkan UMNO bagi menjayakan agendanya. Bukankah pendirian ekstrem badan-badan ini amat bertentangan dengan konsep 1Malaysia Najib?
Sejak UMNO menjadi porak peranda dalam PRU 8 Mac 2008, UMNO dah tenggelam punca dan memikirkan bagaimana UMNO yang gah lagi 'invincible', tiba kecundang? Dan, bila kuasa UMNO sudah berkurangan sejak 8 Mac 2008, barulah UMNO sedar bahawa betapa rapuhnya sokongan rakyat terhadap mereka,khususnya di kalangan orang-orang Melayu. Tindak tanduk UMNO yang kini menggunakan isu kelemahan orang Melayu membuat bangsa asing lebih meluat.
Kehancuran UMNO bermula, bila Mahathir selaku presiden UMNO tendang Anwar keluar daripada UMNO atas alasan kononnya kes sodomi dan rasuah. Walhal,pemimpin-pemimpin UMNO itulah merupakan penyamun-penyamun yang besar lagi tersohor,
terlepas begitu saja. Malah Mahathir telah memperkudakan Polis,Jabatan Peguam Negara dan Kehakiman nagi melengkapi agenda UMNO. Kes Anwar adalah contoh terbaik perancangan jahat UMNO.
Bagi UMNO rasuah dan penyalahgunaan kuasa bukanlah isu penting, yang penting bagi mereka adalah bagaimana hendak menutup mulut Anwar. Kisah seorang stepol Menteri Kanan ditanggap kerana memilikki jutaaan ringgit dalam simpanannya tidak menghairankan UMNO, kerana itu sudah menjadi budayanya. Sepatutnya, Menteri Kanan itu juga harus ditahan,tapi dalam 1Malaysia hanya ikan bilis saja yang tertangguk sedangkan jerung terlepas keriangan.
Setelah Anwar dibebaskan,dan merupakan ikon utama dalam menjatuhkan beberapa buah kerajaan kepada pembangkang dan juga tewasnya ramai tokoh-tokoh UMNO dalam PRU 8 Mac 2008,maka mahu tak mahu UMNO terpaksa akur akan kehebatan Anwar.Anwar dipersalahkan kerana nasib malang yang diterima oleh UMNO. Satu demi satu pilihanraya kecil yang diadakan sepanjang 2008 dan 2009, UMNO/BN tumbang macam cip domino.
Mahu tak mahu UMNO terpaksa merancang sesuatu untuk menyekat kemaraan Anwar. Nak tuduh Anwar rasuah,tak ada bukti pun.
Jadi timbul idea sequel sodomi,digelar "Sodomi II" yang dibintangi oleh seorang pelakon baru tapi penulis skrip,producer dan suteradaranya adalah orang yang sama. Jalan cerita kali ini pun tak ubah seperti dalam Sodomi I.
Aku rasa jijik sekali memikirkan betapa UMNO sanggup untuk membuat ulang tayang cerita yang sama. Tak pernahkah UMNO belajar daripada kesan kes Sodomi I? Malah kali ini,semakin ramai rakyat Malaysia melihat kes sodomi II sebagai satu fitnah UMNO terhadap Anwar demi untuk mematikan karier politik beliau.
Apakah UMNO semata-mata bergantung kepada lubang juboq si Saiful untuk menggembalikan maruah kegemilangan orang Melayu dan UMNO dulu,kini dan selama-lamanya?
Hari ini orang-orang Melayu tak sebodoh UMNO lagi..........
Sementara itu, kes sodomi II,the sequel, ditangguh lebih daripada 1 bulan bukan atas permintaan pasukan peguam Anwar tapi atas permintaan pihak pendakwa. Pasai apa tiba-tiba pihak pendakwa berbuat demikian?
Aku pikiaq, mungkin pendakwa perlukan masa yang lebih untuk melatih Saiful daripada dibaham oleh "Singa Jelutong" nanti dan disamping itu membuat beberapa pindaan kepada skrip asal.........
Aku cintakan 'Malaysia' TAPI BUKAN '1Malaysia'.............
cheers.
Wah caya lu lah ali!!!!
ReplyDeleteKebanyakan kita orang Melayu sudah bosankan UMNO dan BN selanjutnya sebab mereka melampau lampau sumbong dan bongkak.Orang Melayu yang bukan ahli UMNO dipinggirkan.Kekayaan Negara, mereka aje podol.Sampai masa kita tak undi mereka di PRU 12 dulu barulah mereka sedar perbuatan dan kelakuan mereka tak senunuh tu disedari orang ramai dan mula mereka mengelabah dan mencari formula membaiki kedaan.UMNO cari scapegoat siapa nak disalahkan,Anuar jadi mangsa.
ReplyDelete