10 February 2010

Ku Li - Nizar Masih MB Perak...........

Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin masih lagi menjadi Menteri Besar Perak sehinggalah beliau meletakkan jawatan atas kerelaannya sendiri, atau disingkirkan melalui usul undi tidak percaya pada persidangan Dewan Undangan Negeri, kata Tengku Razaleigh Hamzah.

“Usul pada Dun sahaja yang boleh menyingkirkan Nizar daripada jawatan itu, selain itu tak kiralah berapa banyak majlis angkat sumpah, lompat melompat, sidang akhbar dan perisytiharan, atau apa jua iklan, paparan, sogokan atau tindakan dibuat ke atas persoalan ini tidak terpakai,” katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

“Perlembahaan tiada memperuntukkan kuasa untuk menyingkirkan Nizar dengan apa cara sekalipun, termasuk petisyen atau arahan daripada sesiapa juapun.”

Beliau juga berkata, sebuah kerajaan yang sah daripada segi perlembagaan adalah yang diberi mandat oleh rakyat dan hanya mandat itu yang menentukannya. Mandat rakyat kerana kerajaan yang ditubuhkan adalah berasaskan perlembagaan, yang mana ia dipilih melalui pilihan raya yang adil dan saksama.

“Untuk menguji mandat berkenaan maka kerajaan yang memerintah, mesti sama ada menyerahkan kembali kepada rakyat untuk menentukannya melalui pilihan raya negeri ataupun melalui usul undi tidak percaya pada persidangan dewan undangan negeri,’ kata Tengku Razaleigh.

Beliau berkata, untuk menyingkirkan dan menubuhkan kerajaan baru dengan kaedah ataupun cara selain itu adalah bererti melanggar Perlembagaan, melanggari undang-undang dan risiko menubuhkan sebuah kerajaan haram.

source:Perak Daily

Nizar said, "Zambry is still on shaky political ground as he has to dance to their tune, whims, fancies and demands of the three 'frogs' if he wants to continue as the head of the state till the next state elections," said ousted Pakatan menteri besar Mohammad Nizar Jamaluddin.

"The best option for him is to call for fresh by-elections in these three constituencies (of the assemblypersons who switched camps - Jelapang, Changkat Jering and Behrang) to strengthen his political hold on administrating the state,"


Jadi the 'real kingmakers' dalam kerajaan Zambry adalah 3 ekor katak. Tanpa sokongan 3 ekor katak, gomen Zambry adalah goyah. Kini Zambry ibarat 'zombie' yang dikawal oleh 3 ekor katak berkenaan. BN kata sekarang rakyat dah beri sokongan kepadanya. Jadi nak takut apa? Apa yang berlaku kelmarin adalah proses mengesahkan kerajaan haram jadi halal.

Kalau Zambry berani, bubar saja DUN Perak dan biar mahkamah rakyat pula buat pengadilan. Sekadar menjadi MB yang dihalalkan oleh mahkamah saja, agak kurang sikit nilainya..............

cheers.

2 comments:

  1. Zambry ikut saja apa kata Najib. Oleh kerana Najib sendiri tak yakin dan kecut teloq,maka mana dia berani adakan pilihanraya di Perak.

    ReplyDelete
  2. biasa la bilamana manusia telah jadikan duit sbgai tuhan dan sanggup diperhambakan oleh setan2 yg tamakkan kuasa dunia.akhirat bg mereka masih jauh lg prjalananya.na`uzubillah minta dijauhkan dari allah drpd bala bencana yg lebih dasyat lg akibat perbuatan perasuah2 yg ada.

    ReplyDelete