16 January 2010

Tangkap pencolek Sharlinie dan pembunuh Nurin terlebih dulu......


"Ke nak aku baling bom petrol di sana plak?... harga boleh runding..." Tulisan dalam Facebook itu telah mengheret seorang pelajar Akademi Seni Budaya dan Warisan (Aswara) ke Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini kerana dituduh menggunakan aplikasi dalam Internet untuk membuat komen yang boleh mengancam keselamatan orang lain, lima hari lepas.

Mohamad Tasyrif Tajudin, 25, mengangguk tanda memahami pertuduhan itu, namun tiada pengakuan direkodkan di hadapan Majistret Ho Kong Chin. Hakim Aslam Zainuddin yang sepatutnya mendengar kes itu mempunyai urusan rasmi di Shah Alam. Ho kemudian menetapkan Isnin ini untuk sebutan semula dan juga untuk menetapkan jumlah jaminan.

Mohamad Tasyrif, pelajar tahun pertama jurusan perfileman dan tidak diwakili peguam, ditahan sementara menunggu sebutan semula kesnya itu. Dia didakwa menggunakan aplikasi Internet itu secara sedar untuk memberi komen di laman Facebook dengan niat untuk mengganggu orang lain dengan menggunakan akaun pengguna, Shahrul Maizam, dengan menulis "ke nak aku baling bom petrol di sana plak?... harga boleh runding..."

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang membawa hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara sehingga satu tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

source:bernama

Seseorang yang mempunyai niat jahat bagi melakukan sesuatu perlakuan yang jahat tidak akan mengiklankan perbuatan itu dalam Facebook. Penuntut ini mungkin saja hendak bergurau bagi menarik lebih ramai pengunjung ke Facebooknya.

Apakah tindakan secara terburu-buru ini semata-mata nak tunjuk bahawa 'PDRM did the best they can' dan hanya boleh menahan si mamat yang sekadar hendak bergurau senda dalam Facebooknya,walhal pembunuh Nurin Jazlin dan pencolek Sharlinie Mohd Nahar masih bebas dan mungkin ketawa riang melihat telatah PDRM.......

cheers.

No comments:

Post a Comment