04 January 2010

Musa Hassan patut tangkap penjenayah di Malaysia dulu.......

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menegaskan pihaknya tetap memburu Raja Petra Kamarudin meskipun pengendali laman web Malaysia Today itu kini dilaporkan berada di Poland.

Lokasi terkini Raja Petra itu dimuatkan dalam pos terbaru laman web tersebut bertarikh semalam.

Musa berkata, Raja Petra boleh berada di mana-mana negara termasuk Poland kerana lelaki itu berstatus pelarian.

“Dia membawa status sebagai pelarian, kita akan tetap memburu Raja Petra (walau di mana dia berada),” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Pengendali laman web Malaysia Today itu dalam nada menyindir berkata:

“Ketika Ketua Polis Negara dan Peguam Negara buntu untuk mendapatkan saya. Saya pula menyambut tahun baru bersama wanita-wanita Poland.

“Oops...lebih baik saya periksa sama ada Malaysia ada memohon ekstradisi dengan kerajaan Poland atau sebaliknya. Ah, tak apa Eropah luas.”

source-utusan malaysia

Musa Hassan tak payah dok sibuk buru Raja Petra,buru pembunuh dan perogol kanak-kanak Nurin Jaslin yang hingga kini masih bebas dan berkeliaran kan lagi bagus.

Dan jangan lupa juga, Musa Hassan perlu jawab beberapa SD yang dimuatkan di laman Malaysia Today yang menuduh Musa Hassan rasuah,salah guna kuasa dan memelihara kumpulan kongsi gelap.

cheers.

1 comment:

  1. musa hassan patut tangkap orang yg bunuh altantunya, patut tgkap org bunuh TBH, patut tgkap org yg curik enjin, patut die sdr masuk lokap sbb mekan rasuah byk sgt

    ReplyDelete