nasi kandaq kedai mamak, anak mami juai pesemboq, lepaih baca jangan dok syiok, kalu-kalu SB jengok kot dapoq...
07 December 2009
Kisah lanjut Fatine@Mohd.Fadzil Min Bahari .........
Mohammed Fazdil Min Bahari atau Fatine, 36, dalam laman sembang, Facebook mengakui dirinya masih berpegang kepada ajaran Islam dan berterusan melaksanakan tuntutan agama meskipun sudah berada di United Kingdom (UK) sejak awal tahun lalu.
Fatine atau atau nama panggilan mesra keluarga, Fadil, menjawab komen seorang kenalannya dengan berkata: "Sejahil-jahil saya, insya-Allah datang UK ni, saya solat, puasa tak pernah tinggal, pasal hal keseksualan saya, biarlah Allah yang tentukan."
Baru-baru ini, keluarga jurusolek terkenal kelahiran Malaysia yang kini tinggal di Derby, UK itu meluahkan rasa bimbang mereka kemungkinan Fadil bertukar kepada agama yang lain setelah berkahwin jantina sejenis dengan seorang lelaki Britain, Ian Young, 30.
Pada masa sama, keluarganya berharap Fatine yang kini terperangkap dalam masalah visa pelawat yang tidak dilanjut tempoh, tidak berasa tertekan. Di ruangan itu juga, jurusolek itu menerangkan, perkahwinannya berlangsung secara sivil dengan menandatangani satu perjanjian yang mengesahkan hubungan pasangan tersebut di UK.
"Saya buat perkongsian sivil, tiada kena mengena dengan agama, dia masih dengan agama dia dan saya masih Islam."
source:kosmo online
Sementara itu mStar melaporkan bahawa,transeksual warga Malaysia, Mohammed Fazdil Min Bahari berasa takut untuk pulang ke Malaysia ekoran reaksi negatif yang timbul daripada tanggapan salah berhubung perkahwinannya dengan seorang warga British. Katanya, dia telah menerima banyak emel dan komen orang ramai yang mengkritik dan menuduhnya menghina kerajaan Malaysia.
Mohammed Fadzil atau Fatine kesal kerana orang ramai tidak memahami tujuannya datang ke United Kingdom (UK) adalah semata-mata untuk hidup bersama lelaki yang dicintainya. Katanya, dia tidak boleh berbuat demikian di Malaysia kerana masyarakat mengkaitkan perkahwinan mereka dengan isu agama.
"Saya takut untuk pulang ke tanah air. Saya bimbang akan keselamatan saya," katanya yang mengulas tentang laporan akhbar tersebut yang didakwa memberikan gambaran kurang tepat mengenai kisah percintaan mereka sehingga mencetuskan reaksi negatif.
"Saya telah menghabiskan masa berjam-jam membuat panggilan telefon untuk memohon kemaafan. Saya amat menyayangi mereka tetapi saya tidak boleh mengubah apa yang telah berlaku," kata jurusolek artis berusia 36 tahun itu.
Fatine yang berasa kesal dengan laporan tersebut yang didakwanya telah memutarbelitkan kisah cinta mereka sedangkan mereka tidak berniat untuk menghina masyarakat Melayu.
"Mereka juga telah menyiarkan nama bapa saya, sedangan itu sebenarnya tak perlu. Ibu saya pula berasa takut untuk meninggalkan rumah sekarang," tambahnya.
Fatine kesal kerana masyarakat Melayu berasa tersinggung ekoran perkahwinan mereka, walhal mereka cuma ingin hidup bersama di UK memandangkan mereka tidak boleh berbuat demikian di Malaysia. Fatine sedar orang-orang Melayu memegang nilai-nilai tradisional dan "tidak dapat menerima orang sepertinya".
Bagaimanapun, dia berharap keadaan akan beransur reda.
Fatine to face action only if marriage registered here says gomen...read here
PAS has a different view....read here
Other opinions...here,here and here.
cheers.
nabi x ngaku umat kawin sesama jenis jantina!!!!!
ReplyDelete