11 November 2009

Bumi Kelantan yang hasilkan minyak,penyamun Putrajaya yang kaut untung......

Kerajaan Negeri Kelantan berpendapat pemberian wang ehsan oleh pusat menggantikan royalti bukan untuk rakyat tetapi bagi menjaga kepentingan Umno negeri itu. Dakwaan itu dilihat berasas apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pemberian wang ehsan tersebut hanya melalui projek pembangunan diurus wakil kerajaan pusat bukan kepada kerajaan negeri.

Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika mengulas perkara itu berkata, penyaluran wang tersebut sepatutnya diberi kepada kerajaan negeri kerana ianya hak rakyat negeri itu.


“Bumi Kelantan yang mengeluarkan minyak, bumi Kuala Lumpur setitik pun tak ada minyak.


“Ehsan apa ambil hak kami. Kami yang beri ehsan kepada pusat. Bukan pusat beri ehsan kepada Kelantan,” katanya pada sidang media di pejabatnya semalam.

Namun yang lebih dibimbangi adalah ketelusan agensi kerajaan pusat yang dipertanggungjawab mengendalikan projek wang ehsan tersebut. Pengalaman selama ini jelasnya, dua agensi pusat di negeri itu tidak pernah mendapatkan kelulusan kerajaan negeri dalam setiap perbelanjaan mereka.

“Pusat telah ada dua agensi tidak melalui kerajaan negeri. Dia ada Jabatan Pembangunan Pusat (JPP) dan Koridor Ekonomi Wilayah Timur (ECER).


“Dua agensi ni nak belanja apa pun tidak melalui kelulusan negeri. Dia nak rasuah ke, nak tiris ke, nak bucur ke, dia punya pasal. Tetapi hak ni (duit royalty) kami hendak,” tegasnya.

Dalam pada itu, beliau sedang menga
tur untuk bersemuka dengan perdana menteri membincangkan tuntutan royalti bukan wang ehsan seperti yang diumumkan sebelum ini.

“Bukan pusat je nak duit, negeri pun nak duit. Negeri ada Dewan Undangan Negeri sendiri ada bajet sendiri ada defisit sendiri, jadi kenapa tak nak beri duit kepada kami,” katanya.

source:harakahdaily


Ini sudah memang diduga. UMNO jadikan wang royalti sebagai hak dan harta pusaka mereka, walaupun rata-rata tahu bahawa hasil bumi ini patut dikongsi oleh semua rakyat dalam negara ini. Betul macam Tuan Guru kata, bila wang royalti diberi dalam bentuk wang ehsan bukan kepada kerajaan negeri tapi kepada wakil-wakil Putrajaya di Kelantan, siapa boleh jamin bahawa wang ini tidak disalahgunakan?

Sedangkan soggokan wang ringgit untuk jadi pemimpin dalam UMNO dikatakannya politik wang bukan rasuah. Jadi kalau penyamun-penyamun UMNO balun kot atas,apa pula istilah yang nak digunapakai mereka(UMNO)?

Ini 1Malaysia Najib, kononnya rakyat diutamakan,pembangunan didahulukan...putuiiiiiih!!!!! 1Malaysia,kepala otak dia.....bila 1 kampung ada 2 JKKK, bila rasuah itu politik wang bagi UMNO dan rasuah bagi rakyat jelata, bila 1 negeri ada 2 MB dan 2 speaker......mana ada jalan?

cheers.

No comments:

Post a Comment