29 October 2009

Jambatan maut - JKR pun tak tau kisahnya.......


Pengarah JKR Perak Datuk Dr Safry Kamal Ahmad memberitahu bahawa pihaknya juga tidak mengetahui kontraktor yang terlibat dengan pembinaan jambatan tersebut.

"Anggaran kos juga kita tidak boleh cakap kerana tidak ada penilaian kos yang dibuat," katanya ketika dihubungi petang ini.

Jelasnya, beliau juga tidak dapat memberi butiran berkenaan kerana maklumat tersebut tidak disampaikan kepadanya dari pihak pentadbiran SK Kuala Dipang, lokasi jambatan maut itu.

"Kalau ikut amalan biasa, kena rujuk kepada JKR terlebih dahulu," kata Dr Safry.

Jelasnya lagi, JKR seharusnya dirujuk memandangkan jambatan itu dibina dalam sebahagian kawasan sekolah.

"Kawasan tapak perkhemahan di seberang sungai itu juga termasuk dalam kawasan sekolah," katanya, sambil menambah struktur itu dibina tanpa merujuk sebarang agensi teknikal.

Jambatan baru sepanjang beberapa puluh meter di belakang kawasan sekolah itu siap dibina kira-kira dua minggu lalu untuk menghubung sekolah dengan tapak perkhemahan.

Dr Safry, yang bakal menganggotai jawatankuasa khas untuk menyiasat kejadian berkenaan seperti diumumkan timbalan perdana menteri semalam, juga berkata:

"Setakat ini kita cuma dapat tahu tiangnya tercabut bersama dengan sangganya, sebab-sebab lain kita belum dapat pastikan lagi.

"Kita akan tengok aspek-aspek teknikal, butir-butir terperinci dalam pembinaannya serta integriti strukturnya."

source:malaysiakini


Gomen Perak dipelarikan oleh gulongan penyamun. Rakyat Perak dah hilang hormat kepada gomen berkenaan. Jadi tak hairanlah peristewa seperti jambatan runtuh boleh berlaku di bawa pentadbiran haram ini. Budaya samun menyamun adalah budaya mereka.

JKR pun tak kenal siapa kontraktor yang membina jambatan ini, apatah lagi orang ramai. Boleh terimakah alasan sebegini? Bukankah pejabat daerah atau JKR negeri tak simpan senarai kontraktor yang terlibat dengan berbagai projek. Kontraktor tahu nak kaut untung tak peduli pasal keselamatan mereka yang menggunakannya.

Nampaknya slogan Najib "rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan" lebih merupakan gimik politik UMNO semata.....

cheers.

No comments:

Post a Comment