13 August 2009

Presiden MCA tibai RM10 juta, kata CEO Kuala Dimensi......

Dua puluh empat jam selepas satu laporan polis dibuat terhadap syarikat pemaju Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB), pegawai tingginya membuat satu pendedahan yang mengejutkan, lapor Malaysiakini.

Ketua Pegawai Eksekutif KDSB Tiong King Sing - yang juga pengerusi Kelab Penyokong BN - mendakwa beliau telah 'menderma' RM10 juta kepada Presiden MCA yang juga Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat tahun lalu.

Wang tersebut, tambahnya, adalah untuk aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan bahagian-bahagian MCA.Timbalan Tiong dalam KDSB, Datuk Faizal Abdullah berkata Ong telah menggunakan jet peribadi milik syarikat tersebut sebanyak lima kali dan 'berhutang' kepada mereka sebanyak AS$40,000 bagi perkhidmatan tersebut.

Bercakap kepada Malaysiakini, Tiong mendakwa beliau telah menyumbangkan berjuta-juta ringgit selepas diminta berbuat demikian oleh Ong.Wang tersebut dibayar secara tunai dalam tiga peringkat sewaktu pertemuan dengan presiden MCA itu di Petaling Jaya dan Kuala Lumpur.

(Twenty-four hours after a police report was lodged against developer Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB), the company's top brass have made some startling revelations.KDSB chief executive officer Tiong King Sing - who is also the Barisan Nasional backbenchers club chairperson and Bintulu MP - alleged that he had 'donated' RM10 million to MCA president and Transport Minister Ong Tee Keat last year.

The money, he added, was for activities related to the MCA divisions.
Tiong's number two in KDSB, Faizal Abdullah, also said that Ong had used the company's private jet five times and 'owed' them US$40,000 for the services.

Speaking to Malaysiakini, Tiong claimed that h
e had pumped in the millions after being requested to do so by Ong. The money was apparently paid in cash over three installments during meetings with the MCA president held in Petaling Jaya and Kuala Lumpur last year. It is unclear whether the alleged payments were to fund Ong's election campaign to be party president last October.

Yesterday, the Port Klang Authority (PKA) had filed a police report against KDSB, which has been accused of making inflated claims in relation to the RM12.5 billion Port Klang Free Zone (PKFZ) project. KDSB was the turnkey developer for the project, whose questionable figures were exposed by the MCA president. Ong later claimed th
at he had received death threats for doing so. Despite numerous attempts, the MCA president could not be reached for comment over the allegations made by the KDSB bosses.)

source: malaysiakini

Nampak sangat penyamun-penyamun BN ini bertindak dengan lecik. UMNO ada caranya dan MCA pula dengan gaya yang berlainan.

Pokoknya kalau penyamun tetap penyamun........dan dalam hal ini UMNO dah balun lebih dulu semasa menjual tanah kepada PKA untuk projek tersebut. Tak kan MCA nak tutup mata,selepas UMNO dapat durian runtuh secara percuma? MCA pun kenalah tibai sikit(ooi,bukan sikit kalu RM 10 juta).

Sabit tu projek PKFZ yang asalnya dirancang dengan RM 2 bilion tiba-tiba melonjak sampai RM12.5 bilion. Apa tidaknya sana sikit kasi,sini pun sikit kasi,yang kaya penyamun BN dan yang akan tanggung beban adalah rakyat jelata.........

MCA akan nafi, bila bawa pi mahkamah, mahkamah pula akan bebaskan kerana tak cukup bukti, macam kes bekas Menteri dari Sabah tu.......... tapi kalu pembangkang, belum habis siasat lagi pengarah SPRM boleh kata ada cukup bukti untuk didakwa..........

Berani Najib cakap "1Malaysia,Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan"...........
.......ptuiiiiiiih!!!!!!!

Baca jawapan Presiden MCA(MCA President replies) di sini.






cheers.

No comments:

Post a Comment