25 July 2009

Sodomi II - bukankah doktor pakar gomen kata juboq Saiful masih suci.......


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan pendakwaraya menangguhkan dahulu penyerahan dokumen berkaitan kes liwat Datuk seri Anwar Ibrahim, sementara menunggu keputusan rayuan mereka di Mahkamah Rayuan terhadap perintah tersebut. Hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Dian membenarkan permohonan pendakwaraya itu pagi ini.

Pendakwaraya memohon penangguhan penyerahan dokumen itu atas alasan:

1. Perintah mahkamah supaya menyerahkan dokumen tersebut kepada tertuduh mempunyai implikasi dan kesan, bukan sahaja terhadap kes liwat tersebut, tetapi juga kes-kes jenayah yang lain.

2. Ia akan mengelak rayuan pendakwaraya di Mahkamah Rayuan daripada menjadi akademik, kerana ia membabit persoalan perundangan tertentu.

3. Perkara memberi salinan kenyataan saksi kepada Anwar, membabitkan persoalan undang-undang yang perlu diputuskan terlebih dahulu oleh mahkamah rayuan, sebelum Mahkamah Tinggi meneruskan perbicaraan kes tersebut.

Dokumen-dokumen yang dituntut adalah;

1.rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di pondok pengawal,
2.rakaman kamera CCTV didua buah lif blok 11 Kondominium Desa Damansara,
3.nota-nota ahli kimia yang menganalisis sampel-sampel DNA,
4.salinan nota doktor Hospital Kuala Lumpur dan
senarai saksi.

Doktor Pusrawi dan laporan 4 orang doktor pakar gomen mengatakan yang juboq Saiful tiada kena liwat,kerana tiada kesan tusukan. Kalau orang awam yang buat dapatan itu boleh kita pertikaikan tapi ini doktor swasta dan gomen.

Anihnya, kenapa pihak pendakwa mahu meneruskan kes biarpun Saiful disahkan oleh empat orang doktor gomen bahawa dia tidak diliwat oleh sesiapa?

Kenapa dokumen-dokumen ini hendak dirahsiakan daripada pengetahuan pihak pembela. Pi mai pun dokumen-dokumen ini akan didedahkan satu persatu oleh pendakwa bila kes ini berjalan. Dan bila dokumen-dokumen tersebut didedahkan macam mana ianya memberi implikasi dan kesan,terhadap kes-kes jenayah yang lain,selain daripada kes liwat tersebut?

Nampak sangat yang pendakwa banyak temberang di sini dan ia dibuat semata-mata hendak "prolong" kes berkenaan. Kalau dah tak ada kesan liwat seperti yang didapati oleh doktor-doktor pakar,kes ini patut masuk bakul sampah saja.

Tetapi kerana dendam kesumat dipihak pendakwa maka pendakwa mahu kes ini lekat dengan apa cara sekali pun. Jadi pendakwa mungkin dah ada cara mereka untuk mengenakan Anwar, walaupun satu dunia tahu bahawa juboq si Saiful tak pernah masuk senjata sulit.

Bukankah ini satu konspirasi yang direka dengan dengan licik dan teliti bersama-sama skrip yang tersusun serta para pelakon-pelakon dan studio lakonannya terserlah. Kalau dokumen-dokumen itu diserahkan pendakwa maka akan terbongkarlah rahsia sebenar,nanti skrip akan menjadi lintang pukang pula.

Sebenarnya kes liwat ini adalah satu kes khayalan semata-mata,sedangkan laporan pakar-pakar perubatan mengatakan bahawa juboq Saiful masih suci dan gebu.........

cheers.

3 comments:

  1. tp saiful brani bsumpah......
    confius la........

    ReplyDelete
  2. sumpah ni sapa boleh sumpah....si Najib pun pernah bersumpah!

    ReplyDelete
  3. Apakah Pendakwa lebih mengetahui salasilah pakar kedoktoran dan perubatan lalu masih mahu meneruskan sesi kes liwat ini dimahkamah? Seolah-olah bidang kedoktoran itu lemah dan fungsi kedoktoran tidak diiktiraf dari kancah pendakwaan.Hebat sungguh Pendakwa! macamana pun tetap nak jayakan agar yang didakwa terperosok ke penjara dengan menolak etika kebenaran dan pengadilan mahkamah. Dasyat dan laknat!!

    ReplyDelete