15 June 2009

LK Yew berjinak-jinak dengan gomen PR...............


Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew membuat kunjungan bersejarah ke Kelantan dan bertemu dengan rakan sejawatnya dalam PAS iaitu Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Lee yang turut disertai oleh anggota kabinet Singapura menemui Nik Aziz di pejabat Menteri Besar Kelantan, Kota Darul Naim.

Mereka bertukar-tukar fikiran di samping bertanya khabar antara satu sama lain. Fokus utama Lee nampaknya adalah apa akan berlaku kepada rakyat berbilang kaum di negara ini jika parti Islam itu memerintah.

Nik Aziz menjelaskan, PAS akan menjadi pembela kepada semua kaum kerana itulah slogan PAS iaitu "PAS untuk semua".

Rasa ingin tahu Lee mungkin sejak akhir-akhir ini semakin menjadi-jadi ekoran kemenangan besar PAS bersama rakannya dalam Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum lalu.

Tambahan pula Umno sejak akhir-ahkir ini dilihat semakin hilang pengaruhnya. Muktamar PAS baru-baru ini pula semacam mengambil pendekatan untuk PAS memimpin perubahan bersama Pakatan Rakyat.

Kata Nik Aziz, rakyat pelbagai bangsa di negara ini akan mendapat layanan sama rata dari pemimpin PAS sekiranya parti itu menguasai negara pada masa akan datang.



Pada masa yang sama, hubungan antara kerajaan dengan Republik Singapura juga akan berjalan baik sebagaimana biasa walaupun negara pada waktu itu ditadbir oleh pemimpin yang mentadbir secara Islam.

Jaminan yang diberikan Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan itu diberikan apabila Lee mahu mendengarnya sendiri dari mulut pemimpin utama PAS itu sekiranya PAS menguasai pucuk pimpinan negara pada masa akan datang sempena lawatan rasminya hari ini ke negeri itu.

Nik Aziz memberitahu, contoh harmoni yang dilaksanakan terhadap masyarakat minoriti di negeri ini seperti Cina dan India serta lain-lain bangsa sudah cukup menjadi bukti.

Katanya lagi, kehadirannya ke rumah ibadat masyarakat Buddha sebelum ini termasuk menerima rombongan pemimpin pelbagai agama termasuk Kristian di negeri itu juga turut menjadi bukti dasar hubungan baik dan mesra menurut Islam telah diamalkan oleh parti Islam itu di negeri berkenaan hampir 20 tahun lalu.

source:the malaysian insider

Dia dah tahu usia UMNO sebagai pemerintah Malaysia dah tak lama, bukankah prophesy R.A.H.M.A.N berakhir dengan huruf N? Jadi dia kenalah berjinak-jinak dengan PR.......

Baca di sini, sini dan sini.

cheers.

2 comments:

  1. Itu lah pemimpin dunia yang berpandangan jauh menjangkaui masa. LKY tahu apa akan jadi di Malaysia pada masa akan datang lebih dari pemimpin-pemimpin UMNO yang jumud tu.

    ReplyDelete
  2. Berita lawatan LKY ke Pulau Pinang - ada apa-apa yang menarik?

    ReplyDelete