15 April 2009

Muhyiddin Yassin kata masyarakat Cina dan India adalah kuasa penentu.........

Dalam temubicara dengan akhbar Mingguan Malaysia
(MM),TPM Muhyiddin Yassin telah menyatakan kekesalannya terhadap sikap tidak kenang budi masyarakat orang Cina terhadap gomen BN, khususnya penggundi-penggundi Cina di Bukit Gantang.

Ucapannya itu telah mendatangkan berbagai reaksi daripada pemimpin-pemimpin masyarakat Cina, ahli-ahli politik termasuk dari Gerakan,DAP dan MCA.

Berikut adalah bahagian temubicara yang telah menimbulkan kontravesi itu........

MM: Tetapi bukankah setiap kali pilihan raya kecil, permintaan kaum bukan Melayu dipenuhi, malah di Bukit Gantang walaupun peruntukan RM1juta diberikan tetapi kaum Cina tidak juga menyokong BN?

MUHYIDDIN: Ya, kadang-kadang kita berasa terpedaya juga kerana zahirnya nampak macam 'ok', sambutan dengan tepukan gemuruh tetapi mungkin sudah ada tertanam dalam hati iaitu sesuatu tidak mudah hendak berubah, pokoknya masalah isu Perak terutamanya di kalangan masyarakat Cina yang mungkin telah dipengaruhi dengan sentimen simpati kepada Datuk Seri Ir.Mohamad Nizar Jamaluddin, kononnya dia 'dijatuhkan', lepas itu kononnya dasar memberi pegangan tanah selama 99 tahun dilihat dasar yang menguntungkan. Ini yang mungkin menyebabkan sukar BN mendapat sokongan walaupun kita fikir bila mereka hendak sekolah Cina dibantu, kita bantu, sepatutnya mereka membalas budi. Pada waktu itu, kita pun tidak berharap sokongan kaum Cina akan meningkat 40 peratus dan sebagainya cuma kita berharap ada peningkatan sedikit tetapi apa yang berlaku ia mencatatkan penurunan, macam tidak ada penghargaan terhadap apa yang kita lakukan. Oleh itu kita kena kaji psikologi apa yang menyebabkan masyarakat Cina tidak bersedia untuk berubah, pada zaman dahulu tidak begitu. Persoalannya apakah mereka melihat dalam konteks senario politik baru ini, selepas kerajaan BN tumbang di lima buah negeri, mereka sudah menjadi kuasa penentu? Orang Cina rasa sekarang, walaupun mereka kumpulan minoriti, merekalah menentukan kerana kelompok masyarakat Melayu sudah berpecah tiga kumpulan. Masyarakat Cina tidak berpecah mereka bersatu, setidak-tidaknya dari segi semangat apabila bersama-sama membuat sesuatu keputusan. Dalam keadaan ini, mereka boleh menentukan keputusan sesuatu pilihan raya dan apabila kesan itu dapat dilihat dalam pilihan raya umum lalu dan beberapa pilihan raya kecil, mereka fikir sekarang mereka lebih ada kuasa penentu, bukan sahaja Cina malah masyarakat India pun begitu, apa tah lagi apabila mendapat kedudukan dalam kerajaan yang ditubuhkan pakatan pembangkang dengan menjadi Timbalan Ketua Menteri, Speaker dan exco kerajaan negeri, jadi ini bagi mereka seolah-olah tawaran yang diberikan oleh pihak sana lebih baik daripada kita pernah tawarkan dalam konteks BN, jadi ini kita harus teliti.

Sementara itu, Muhyiddin menafikan bahawa dia ada membuat kenyataan tersebut tetapi sebaliknya menuduh kenyataannya telah diputarbelitkan oleh akhbar-akhbar Tionghua, sambil berkata;

“My Bahasa is very clear and straightforward. I was just making an assessment about the situation in Bukit Selambau and Bukit Gantang.

“I said it very clearly in my interview. When you twist what I say and put me in a bad light with the Chinese community, that is something serious,”

“I think it is the Chinese paper. I don’t read Chinese but I have people who report to me, who said that (it) had twisted what I said.

“If you don’t understand Bahasa Malaysia, we can send you to school,” he said.

Baca temubicara di sini.

source: the Star

Muhyiddin ingat pengundi-pengundi Cina masih terikat dengan amalan "politik pengemis". Bukan setakat dengan pengundi-pengundi Cina,malah dengan kaum India dan orang Melayu pun,UMNO mahu mereka ini terhutang budi. UMNO fikir dengan projek "mee segera" seperti mengtar jalanraya,bantuan untuk mesjid dan surau,pemberian peruntukkan kepada sekolah-sekolah Cina dan Tamil dsbnya,yang dijanjikan UMNO, UMNO berharap pengundi-pengundi ini akan memangkah dacing.

Lebih malang lagi bila UMNO sanggup memberi RM 300 kepada pengundi Melayu dan RM 100 kepada pengundi Cina dan India. Ini tak ambil kira pemberian-pemberian istemewa seperti basikal,beras,gula dan kain batik untuk menggoda pengundi-pengundi memilih UMNO/BN.

Let us tell Muhyiddin and his UMNO goons that their old trick no longer works.

Kenyataan Muhyiddin ini juga menguatkan lagi mentaliti feudal UMNO, bahawa UMNO sajalah akan selama-lama menjadi tuan di negara ini dan tidak ada parti politik lain yang boleh menggantikannya. Jadi rakyat hendaklah menurut kehendak-kehendaknya. Poooooorah, UMNO sudah sampai ke akhir hayatnya,hanya masa saja menentukan kepupusannya.

Sepatutnya, UMNO yang seharusnya berterima kasih kepada pengundi-pengundi Cina dan India,kerana tanpa mereka UMNO sudah kecundang dalam pemilu 1999 bila mana sebahagian besar pengundi-pengundi Melayu berpaling tadah kepada PAS dan Keadilan.

Muhyiddin juga seharusnya berterima kasih kepada pengundi-pengundi Cina dan India, kerana, tanpa mereka tuannya, PM Najib Razak nyaris-nyaris tewas dalam pemilu 1999 itu.Tetapi, Najib Razak menang dengan hanya 241 undi majoriti in di kawasan parlimen Pekan berkat sokongan undi-undi orang Cina,India dan tidak lupa undi Pos.

Muhyiddin dan Umno pula yang patut kena mengenang budi kerana pengundi-pengundi Melayu,Cina dan India telah memberi peluang kepada UMNO menjadi gomen selama lebih 50 tahun. Atas sokongan pengundi-pengundi Melayu,Cina dan India ini ramai pemimpin UMNO, termasuk Najib, Muhyiddin dan kroni-kroni mereka yang bergelumang dengan rasuah untuk menjadi kaya raya hari ini.

Zaman kekuasaan,kegemilangan dan kemewahan UMNO sudah sampai ke penghujungnya. Rakyat sudah beri signal bahawa mereka sudah fed-up dengan kerakusan,kegelojohan dan kesombongan UMNO dan sudah tiba masa untuk memberikan peluang kepada parti lain memikul amanah rakyat serta mentadbir negara.

PRK Bukit Gantang dan Bukit Selambau menunjukkan bahawa pengundi-pengundi Cina dan India menolak politik perkauman UMNO secara terang-terang. Orang Melayu sudah mengundi DAP dan orang Cina dan India sudah mengundi PAS. Politik non-partisan akan mendominasi politik Malaysia.

In short, Muhyiddin Yassin must be out of touch with the voters on the ground and failed to understand the sentiments and aspirations of the Malaysian electorate.

cheers.

2 comments:

  1. Well said. Bukan saja setakat nak suruh kenang budi, depa nak suruh jilat pantant depa juga. Pegiiiii dah!!!

    50 tahun kita dok undi UMNO apa yang dapat? Ini jadi timbalan menteri boleh pakai 35 biji kereta mewah duduk dibanglo mewah.

    Sudahlah,pegi mampua dengan UMNO.

    ReplyDelete
  2. YB TPM, saya nak tanya sikit, kalau tahap BM pemberita dari akhbar berbahasa Cina lemah, mengapakah mereka diluluskan dalam peperiksaan SPM??
    Adakah tahap kelulusan SPM sengaja dinaiktarafkan kerana nank tunjukkan yang Kementerian Pelajaran ni sebuah kementerian yang efisian!!
    Jadi, siapa yang patut disalahkan? Pelajar yang lemah dalam BM tetapi telah diluluskan sebab nak jaga air muka Kementerian Pelajaran?? Sebab nak tunjukkan kecemerlangan pelajar kita sampai boleh mendapat 20A dalam SPM setiap tahun?
    YB tak patut keluarkan kenyataan sebegini, apatah lagi daripada seorang pemimpin tertinggi kerajaan, buat malu saja!
    Ini bercanggah sekali dengan slogan PM...One Malaysia!

    ReplyDelete