30 April 2009

PKR musnt be too complacent after 4 victories.........

Penang CM Lim Guan Eng is confident Parti Keadilan Rakyat (PKR) will win the Penanti by-election on May 31.Declaring full support for PKR candidate Mansor Othman, who is trying his luck for the fourth time to win a seat in Penang, Lim said the seat was for PKR's taking.

"We are confident of a win and the DAP will work with the other Pakatan Rakyat (PR) parties to ensure there is full support for Mansor in this b
y-election.

"The DAP's election machinery will descend upon Penanti with full force," Lim said at a press conference.

On Tuesday night, after he was endorsed as the candidate, Mansor had also expressed confidence in winning the seat, even though his previous attempts had been disastrous.Lim was also asked if the presence of former DCM1 Mohammad Fairus Khairuddin would boost PKR's chances in Penanti.

"His presence will surely help and not hurt PKR's chances," Lim added.

Fairus was present at the Yayasan Aman on Tuesday night with Anwar when Mansor was announced as the candidate and had pledged to campaign to ensure PKR's victory.His presence allayed rumours that he was jumping ship to Umno

Meanwhile,the Permatang Pauh PAS division has decided to freeze its election machinery instead of getting ready for the polls.The Penanti state-seat falls under the Permatang Pauh parliamentary constit
uency.

Previously Permatang Pauh PAS had indicated that it wanted to contest in the by-election and its decision now to put its election machinery on a ‘rest-mode' would surely prompt speculations that all is not well in Penanti.

He said that the decision was made unanimously at a division meeting last night and would be in place until further decision made by the division.He also said the decision did not mean that the party would not be helping PKR for the by-election.

--------------------

PKR musnt be too complacent after its winning streak in four by-elections.Instead PKR must work really hard and make sure that they win with a bigger majority. 

Whether UMNO will participate in this by-election is still a mystery. Though,Najib had suggested that UMNO stay away from this by-
election on the pretext that its a waste of time and public funds,but UMNO's god-father,the senile old man Mahathir thinks otherwise. Mahathir,wants UMNO to contest the by-election, saying it would be bad for the morale of party workers if PKR were granted a free victory.

If UMNO decides to contest, Penanti folks will be a happy lot,cause UMNO will be throwing millions to try and win an election in a difficult seat.

On another note PAS as a PR partner should work together,
rather than wanting to put up a candidate in Penanti. How can PAS help the PKR candidate when it has its own candidate vying for the seat?

PKR was all out helping Nizar to wrest the Bukit Gantang seat with a bigger majority. So it's a pay back time. Lets work together to ensure Dr.Mansor success.





cheers.


29 April 2009

N12 Penanti - Dr Mansor Othman calon PKR.........


Bekas Setiausaha Politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mansor Othman akan diturunkan sebagai calon bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti mewakili Pakatan Rakyat. Mansor merupakan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang.

Ia diumumkan oleh Anwar yang juga Penasihat PKR di Yayasan Aman, Penanti dalam bahagian Permatang Pauh kira-kira pukul 10 malam tadi. Menurut Anwar, Mansor akan dicalonkan untuk mengisi kekosongan kerusi Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang jika menang pilihan raya kecil ini.

Anwar berkata, lewat petang semalam beliau telah mengadakan pertemuan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang turut dihadiri Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

"Mereka telah dimaklumkan mengenai cadangan calon Keadilan dan memberi perakuan untuk sama-sama membantu kempen PRK DUN Penanti kelak," kata dalam blog beliau.

Mansor, 56, merupakan bekas pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) dengan memiliki tiga ijazah sarjana.Beliau merupakan antara pesaing utama untuk menjadi calon PKR pada pilihan raya kecil berkenaan.

Difahamkan, Mansor menjadi pilihan utama memandangkan beliau tidak dicalonkan mewakili PKR sebagai senator oleh Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang semalam. Mansor pernah bertanding di peringkat DUN ketika pilihan raya umum Mac 2008.

Pilihan raya kecil Penanti adalah pilihan raya kecil keenam yang diadakan selepas pilihan raya umum pada 8 Mac tahun lepas. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 23 Mei sebagai hari penamaan calon dan 31 Mei sebagai tarikh mengundi bagi pilihan raya kecil Penanti.

Kerusi Penanti kosong apabila Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang I Mohammad Fairus Khairuddin melepaskan jawatannya.

source:mStar online

Will he make it this time around? Hopefully yes with your help guys..........


Read here,here, here and here.


cheers.


28 April 2009

N12 Penanti - Hari menggundi pada 31 Mei........

Pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti - pilihan raya kecil keenam sejak Mac 2008, akan diadakan 31 Mei ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah memutuskan untuk mengehadkan kehadiran penyokong parti-parti yang bertanding ketika hari penamaan calon.Tempoh berkempen adalah selama lapan hari.

Penamaan calon pula ditetapkan berlangsung 23 Mei, kata Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof di sini hari ini.

Beliau mengesahkan kerusi DUN Penanti kosong berkuat kuasa 17 April lalu bermula hari penerimaan surat makluman kekosongan daripada Speaker Pulau Pinang.

Pusat penamaan calon dan pusat penjumlahan rasmi undi: Dewan Besar Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bukit Mertajam.

Pilihanraya kecil Penanti menggunakan daftar yang dikemaskini sehinggi 16 April dan mengandungi 15,384 pemilih, termasuk 24 pemilih pos. Daripada jumlah itu, 72.68 peratus Melayu, 24.22 peratus (Cina), 2.3 (India) dan 0.71 lain-lain kaum. Pengundian di 32 saluran akan berjalan di sembilan pusat pengundian - lapan sekolah dan satu dewan insitut belia.

Jumlah pusat mengundi: 9 buah dengan 32 saluran

Jumlah petugas: 242 orang

Jumlah pemilih berdaftar: 15,384 orang (15,360 pemilih biasa dan 24 pemilih pos)

Pecahan pengundi mengikut kaum: Melayu (72.68%), Cina (24.22%), India (2.39%) dan lain-lain (0.71%)

Sementara itu PKR akan menamakan timbalan ketua perhubungan PKR negeri Dr Mansor Othman sebagai calon mewakili parti itu dalam pilihanraya kecil Penanti nanti.Mansor pernah bertanding di kerusi DUN Pulau Betong pada Mac 2008 tetapi tewas dengan perbezaan 294 undi di tangan Muhamad Farid Saad dari BN-Umno.

Nama Dr.Mansor akan diumumkan oleh penasihatnya sdr. Anwar Ibrahim dalam satu program di Yayasan Aman di kawasan Permatang Pauh,malam esok.

source: mStar online



Pengundi dalam bahagian pilihanraya berkenaan boleh membuat semakan melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dengan menaip SPR SEMAK NO KAD PENGENALAN dan hantar kepada 15888 mulai 8 Mei ini.

Selain itu, para pengundi juga boleh menelefon ibu pejab
at SPR di Putrajaya di talian 03-8885 6500 dan Pejabat Pilihanraya Negeri Pulau Pinang di talian 04-261 7692," katanya.

Atau membuat semakan dengan cara melayari lamanweb SPR berikut www.spr.gov.my.




cheers.


27 April 2009

"Biar saya lawan PKR di Penanti kalau UMNO tak mau" - calon bebas........

Bekas Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Aminah Abdullah berharap Barisan Nasional (BN) "tidak bertanding bagi membolehkannya" menentang calon PKR di pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bertemu hari ini untuk mengumumkan tarikh pilihan raya kecil kerusi itu yang kosong sejak 16 April lalu.

"Bagi saya melawan (calon) PKR... ini satu cabaran kepada PKR kerana (menunjukkan) sudah ada pemimpin bawahan yang sudah mula mencabar kepimpinan parti itu.

"Ini satu tamparan kepada PKR, apabila bekas Ketua Wanita bertanding di Penanti.

"Saya berharap BN tidak bertanding, biar bagi saya laluan untuk lawan PKR," kata Aminah, 56, sambil mengakui ia cuma harapannya memandangkan semua orang ada hak untuk bertanding termasuk Umno dan BN sendiri.

Bagaimanapun tegas beliau, sama ada BN turun gelanggang pilihan raya kecil Penanti ataupun sebaliknya, "saya tetap bertanding."

"Saya sudah membuat keputusan dan saya tidak akan menarik diri daripada bertanding," katanya lagi.

Oleh kerana BN masih mengkaji sama ada mahu menurunkan calon ataupun sebaliknya, jelas Ketua Wanita PKR Negeri dan bahagian Bukit Bendera, biarlah beliau selaku bekas pemimpin PKR membawa cabaran menghadapi calon PKR - komponen Pakatan Rakyat itu.

Ketika ditemui hari ini, beliau yang turut dikenali sebagai "Kak Min" dengan ditemani Mohd. Rofi dan tiga daripada empat anaknya berkata, kekosongan kerusi DUN Penanti berikutan peletakan jawatan penyandangnya Mohammad Fairus Khairuddin merupakan peluang terbaik bagi membuktikan tiadanya prinsip "kebenaran, keadilan dan ketelusan" dalam PKR.

"Jika ada keadilan dan kebenaran dalam PKR, tidak akan ada pilihan kecil di Penanti," kata beliau sambil menambah, keputusan untuk bertanding di Penanti tidak dibuat secara emosi.

"Hasrat (untuk bertanding) dah lama, ia semata-mata untuk menegakkan keadilan dan kebenaran... keputusan ini tidak dipengaruhi oleh emosi ataupun tekanan mana-mana pihak," kata beliau yang sepatutnya bertanding pilihan raya umum Mac 2008.

"Kini apabila wujud kekosongan Penanti, membabitkan kerusi PKR, saya lihat sebagai satu peluang untuk mencabar kepimpinan PKR," ujar beliau.

"Kak Min tidak pandai bermain politik, tetapi Kak Min suka bekerja untuk membantu rakyat," kata beliau yang mengakui sudah menyusun strategi menghadapi pilihan raya kecil ini.

Bagaimanapun beliau enggan berkongsi strateginya.

source:mStar online

Baca di sini dan sini.



cheers.

25 April 2009

How about Mahathir vs Anwar in Penanti.........

1. When Fairus resigned due to alleged wrongdoing relating to an illegal quarry in Penang, all was top secret, even CM Lim Guan Eng did not know about it. Sure enough Guan Eng was upset.

2. He gave an ultimatum to Anwar Ibrahim, “clear me within two weeks or else..............

3 Now MACC exonerated him of all wrongdoing and Fairus is now as clean as a whistle.

4. Fairus says his resignation as TKM 1 was a show of loyalty to his party and he leaves it to the party leadership to retract his resignation. Najib & UMNO must be very happy if Fairus retracts his resignation.

5. However, the Penang State Assembly Speaker Abdul Halim Hussin said that Fairus could not retract his resignation as an assemblyman.

6. Karpal says the resignation letter is retractable.

7. Fairus is standing by his resignation.In his statement he said,“I reaffirm my earlier stand to resign as Penanti assemblyperson and pledge full support for the PKR leadership under Anwar Ibrahim,”

8. Now Fairus has instructed his lawyers to take legal action against individuals, politicians and certain media for embarrassing him and making baseless allegations against him.

9. For reason unknown,EC has put off making an announcement on its decision regarding the status of the Penanti seat to Monday. Probably,waiting to know whether UMNO will participate or not. Meanwhile Najib presided his first MKT meeting yesterday.

10. Najib Razak said that the party's political bureau will decide whether Umno should contest in the Penanti by-election.

11. Najib had previously argued that the by-election was a waste of public funds and wanted BN to skip the by-election. Since when did UMNO/BN feels that by-elections are waste of public funds? But Dr Mahathir Mohamad had criticised the move saying the party should not contest and make Anwar's PKR run for their money. Ahmad Zahid Hamidi now faces an immediate task of preparing the party towards the Penanti by-election now that he has been appointed as the new Umno Penang state liaison chief.

12. Hey, what about asking Mahathir to be the UMNO candidate for Penanti pitting him against PKR's Anwar Ibrahim? Yes,Mahathir vs Anwar in Penanti? Both have some old scores to settle........

Read here.


cheers.

24 April 2009

Permohonan Zambry dibantah,Nizat fail afidavit.........

Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin Khamis mengemukakan bantahan terhadap permohonan Datuk Dr Zambry Abdul Kadir yang mahu Mahkamah Persekutuan memutuskan berhubung peruntukan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak dan seterusnya mengisytiharkan beliau sebagai Menteri Besar yang sah.

Mohammad Nizar membuat bantahan tersebut melalui satu afidavit jawapan yang difailkannya di pejabat pendaftar Mahkamah Persekutuan di sini melalui firma guaman Tetuan Leong & Tan.

Mengikut afidavit jawapan itu, Nizar antaranya memberi alasan bahawa persoalan yang dicadangkan oleh Zambry untuk diputuskan Mahkamah Persekutuan tidak dapat meleraikan kebuntuan politik.

Beliau berkata isu, sama ada jawatan Menteri Besar Negeri Perak boleh dan/atau telah dikosongkan dalam keadaan Menteri Besar Negeri Perak ingin, dan telah memberi nasihat untuk pembubaran Dewan Perhimpunan Undangan Negeri itu dalam beberapa keadaan termasuk tidak terdapat usul tidak percaya yang diambil dan diterima pakai dalam dan oleh Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak terhadap Menteri Besar Perak -- masih tidak dapat dijawab.

Katanya persoalan-persoalan yang telah dicadangkan oleh Zambry untuk diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan adalah tidak relevan kepada Permohonan Semakan Kehakimannya (Nizar) dan ia tidak akan dapat memutuskan pertikaian isu-isu dalam permohonan itu (semakan kehakiman).

Mohammad Nizar turut mencabar kesahihan Fasal 63 Undang-undang Tubuh Negeri Perak yang digunakan untuk merujuk perkara itu ke Mahkamah Persekutuan.

Beliau berkata Mahkamah Persekutuan tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar Permohonan Fasal 63 kerana istilah "Mahkamah Agung" dalam Fasal 63 itu tidak merujuk kepada Mahkamah Tertinggi di Persekutuan Tanah Melayu kerana Mahkamah Tertinggi pada ketika itu adalah Privy Council.

Mohammad Nizar berkata beliau tidak menyoal perogatif Sultan Perak yang termaktub dalam Fasal 16(2) dan/atau Fasal 36(2) itu.

Katanya perogatif Sultan Perak tidak timbul langsung dalam permohonan semakan kehakimannya.

Zambry telah mengemukakan permohonan untuk merujuk tiga persoalan undang-undang berkenaan dengan interpretasi Fasal-Fasal 16(2) dan 16(6) menurut Fasal 63 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak.

Zambry dalam notis usulnya berkata sekiranya Mahkamah Persekutuan memutuskan ketiga-tiga persoalan itu memihak kepadanya, maka mahkamah itu perlu mengisytiharkan bahawa pada 6 Feb 2009, beliau telah dilantik dengan sewajarnya sebagai Menteri Besar Perak.

Mahkamah Persekutuan menetapkan Selasa depan untuk mendengar permohonan notis usul itu .

Mohammad Nizar telah memfailkan permohonan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi untuk mencabar pelantikan Zambry sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Mohammad Nizar memberi alasan bahawa mengikut perlembagaan negeri Perak, beliau adalah Menteri Besar yang sah kerana beliau telah menasihati Sultan supaya membubarkan Dewan Undangan Negeri, tidak meletak jawatan dan tidak wujud usul tidak percaya diluluskan terhadapnya di dewan berkenaan.

Pendengaran semakan kehakiman itu akan didengar oleh Mahkamah Tinggi pada 5 dan 6 Mei ini.

source: BERNAMA




cheers.

23 April 2009

N12 - EC postpone its announcement to Monday,while Fairus is cleared.......

Election Commission (EC) chairperson Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof will announce the status of the Penanti state seat on 27 April.

Public relations officer Sabri Said said Abdul Aziz would make the announcement at a media conference at EC headquarters here on 27 April at 10am.

The media conference has been switched from Friday to Monday. EC which met today discussed the status of the Penanti state seat in Penang," he said in a statement here yesterday.

Mohammad Fairus Khairuddin, 33, of Parti Keadilan Rakyat (PKR) resigned as Penanti state assemblyman on 16 April.

Fairus who was investigated by the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) had also resigned as Penang Deputy Chief Minister I.

Meanwhile, barely a week after he resigned as Penanti assemblyperson, Mohammad Fairus Khairuddin broke his silence by claiming he had been cleared of all wrongdoings by the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC).The embattled PKR politician told Malaysiakini that he was officially informed by a senior MACC officer that he had been cleared of all graft investigations against him.

Following the launch of the investigations, Fairus resigned as DCM 1 and relinquished his state portfolios effective April 8.

source : bernama

Apalah SPR, sepatutnya sebagai badan bebas,mereka boleh mengumumkan terus penetapan tarikh PRK Penanti. Why wait till Monday?

Nak tunggu lepas mesyuarat MKT UMNO atau tunggu Najib balik daripada Indonesia untuk arahan seterusnya?

cheers.

22 April 2009

Calon Bebas dah menanti di Penanti................

Jika pun Barisan Nasional (BN) mengambil keputusan untuk tidak meletakkan calon di Penanti, Parti Keadilan Rakyat (PKR) kemungkinan tidak akan menang tanpa cabaran. Bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Aminah Abdullah, antara pemimpin peringkat awal parti itu ditubuhkan, akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti jika pilihan raya kecil diadakan. Beliau mahu bertanding sebagai calon Bebas.

"Sama ada Barisan Nasional bertanding ataupun tidak, saya akan bertanding di DUN Penanti," kata beliau yang juga bekas Exco Wanita pusat PKR ketika dihubungi mStar Online hari ini.

"Saya terpanggil untuk bertanding... saya sudah membuat keputusan untuk bertanding," kata beliau yang telah keluar PKR pada 15 Julai 2007.

Beliau menyertai PKR pada 1998 ketika itu dikenali sebagai Parti Keadilan Nasional (Keadilan). Aminah juga merupakan bekas Ketua Wanita Bukit Bendera sehingga 2007, Ketua Wanita PKR Pulau Pinang selama tiga tahun sejak 2004 dan Exco Wanita Pusat mulai 2005.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bermesyuarat esok bagi menentukan tarikh pilihan raya kecil DUN Penanti yang kosong ekoran penyandangnya meletakkan jawatan Khamis lalu.

Penanti yang dilihat sebagai kerusi kuat PKR merupakan salah satu bahagian DUN dalam Parlimen Permatang Pauh yang diterajui Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Umno, parti komponen BN, akan bermesyuarat Jumaat ini sama ada mahu meletakkan calon ataupun sebaliknya.

Sambil menjelaskan sudah pun membuat persiapan untuk bertanding di Penanti, Aminah berkata, beliau memutuskan bertanding atas prinsip mahu menegakkan keadilan dan kebenaran.

"Bagi saya menang atau kalah tidak kisah... memanglah kita bertanding untuk mencapai kemenangan, tapi tujuan saya mengambil keputusan untuk bertanding ialah kerana mahu menegakkan keadilan dan kebenaran," kata Aminah, sambil menambah, beliau bertanding bukan untuk membalas dendam terhadap kepimpinan PKR.

"Sebagai parti PKR adalah baik, tapi orang dalam parti itu bermasalah," katanya.

Aminah, 56, yang menjalankan perniagaan ukiran dan perabot bersama suaminya berkata, "dalam Keadilan (PKR), kini sudah tidak ada ketelusan."

"Bagi saya, dulu waktu Keadilan ditubuhkan kita berjuang untuk rakyat... tapi apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah keluar (dari penjara tahun 2004), ramai orang mula merebut jawatan. Saya merasakan perjuangan PKR sudah tiada hala tuju," kata ibu kepada empat orang anak ini.

source: mStar Online

Belum apa-apa lagi calon-calon bebas dah mula menyatakan hasrat mereka nak bertanding untuk menegakkan keadilan dan kebenaran. Apakah semasa mereka bergiat dalam parti hal-hal ini tidak diperjuangkan?

Jangan jadi macam nasib calon-calon Bukit Selambau sudah lah...........




cheers.

21 April 2009

MB Perak perolehi perintah mahkamah yang tidak laku............

Pembaca ruangan ini masih bertanya kepada saya adakah dua perintah perisytiharan yang dikeluarkan Mahkamah Persekutuan pada 15 April lalu bahawa penggantungan Zambry dan enam exconya oleh Speaker Perak dibatalkan membolehkan mereka menghadiri sidang DUN Perak nanti.

Jawapan saya adalah tidak! Berikut adalah alasan-alasan saya.

a. Apa yang diperolehi oleh Zambry dan enam exconya hanyalah perintah deklarasi (perisytiharan) semata-mata. Tidak lebih dari itu. Di dalam undang-undang perintah deklarasi yang diperolehi oleh Zambry dan enam exconya tidak membawa apa-apa makna kerana perintah deklarasi tidak mempunyai kuasa pemaksaan (coercive force).

Pakar undang-undang Pentadbiran, Prof M.P Jain secara jelas menyatakan:

"A declaration merely declares what the legal rights of the concerned parties are. A declaratory order has no coercive force as such nor does it quash any decision which may have been taken by an administrative authority."

(Perintah deklarasi hanya sekadar satu perisytiharan hak pihak-pihak yang terbabit dari segi perundangan. Perintah deklarasi tidak mempunyai kuasa pemaksaan (memaksa seseorang mengikut perintah tersebut). Perintah tersebut juga tidak memadam, membatalkan atau mengenepikan sebarang keputusan yang dibuat oleh mana-mana pihak berkuasa pentadbiran.)

b. Memandangkan Zambry dan enam exconya hanya memperolehi perintah deklarasi, perintah tersebut tidak meletakkan sebarang tanggung jawab (impose an obligation) ke atas Sivakumar untuk mematuhinya kerana dari segi rekod di dalam DUN di Perak, perintah penggantungan tersebut masih wujud selagi tidak dipadam oleh Mahkamah (not quashed by the court).

Untuk memudahkan kefahaman umum, saya berikan contoh berikut:

Kita ambil satu kes misalnya seorang menyaman Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kerana mengekalkan nama di dalam kad pengenalannya sebagai Ali bin Abu sedangkan beliau mendakwa telah menukar agama dan memohon namanya ditukar kepada John Abraham. Katakan beliau meminta satu perintah deklarasi bahawa tindakan atau keputusan JPN yang tidak menukar namanya kepada John Abraham adalah tidak sah.

Katakan Mahkamah bersetuju dengan beliau dan mengisytiharkan bahawa keputusan atau tindakan JPN adalah tidak sah dan Mahkamah juga mengisytiharkan nama beliau adalah John Abraham. Maka persoalan yang timbul adalah, adakah JPN wajib menukar namanya kepada John Abraham selepas beliau mendapat perintah perisytiharan tersebut? Dari segi undang-undang, JPN tidak wajib menukar namanya kepada John Abraham kerana Mahkamah hanya mengisytiharkan tindakan JPN adalah tidak sah tanpa memerintahkan nama Ali bin Abu dipadam dan ditukar kepada John Abraham.

JPN hanya wajib menukar nama Ali bin Abu kepada John Abraham jika pemohon mendapat perintah 'certiorari' iaitu perintah mengenepikan/memadam (quash) keputusan JPN tersebut dan selanjutnya perintah mandamus iaitu perintah mengarahkan JPN menukar nama beliau dari Ali bin Abu kepada John Abraham. Selagi tidak ada perintah 'certiorari' dan perintah mandamus tersebut maka nama beliau akan kekal di dalam kad pengenalan sebagai Ali bin Abu meskipun Mahkamah mengisytiharkan namanya John Abraham.

c. Dalam konteks kes Zambry lwn Sivakumar apa yang sepatutnya peguam Umno buat adalah selain mendapatkan perintah perisytiharan (deklarasi) bahawa penggantungannya tidak sah, Zambry juga sepatutnya memohon Mahkamah mendapatkan perintah-perintah berikut iaitu perintah 'certiorari' iaitu perintah mengenepikan atau memadam keputusan Sivakumar yang menggantung beliau dan enam exconya, dan juga perintah mandamus iaitu perintah meminta Sivakumar menbenarkan beliau dan enam exconya hadir ke dalam sidang DUN Perak.

d. Tanpa perintah 'certiorari' dan mandamus tersebut maka perintah perisytiharan yang Zambry dan enam exconya perolehi dari Mahkamah adalah satu perintah yang tidak membawa apa-apa kesan ke atas Sivakumar. Berhadapan dengan perintah seperti itu Sivakumar dengan tenang akan menjawab begini: "So what!"

Mungkin pembaca ingin bertanya mengapa Zambry dan enam exconya tidak memohon perintah 'certiorari' dan mandamus sebaliknya hanya memohon perintah perisytiharan sahaja.

Ada dua sebab mengapa mereka tidak berbuat demikian. Sebab;

1. Adalah peguam Zambry sendiri secara jelas mengakui semasa penghujahan di Mahkamah Persekutuan bahawa Zambry tidak boleh memohon perintah 'certiorari' dan mandamus kerana kedua-dua perintah tersebut tidak boleh dipohon di dalam kes ini disebabkan doktrin pengasingan kuasa (separation of powers). Dengan lain perkataan peguam Zambry mengakui bahawa berdasarkan doktrin pengasingan kuasa, Mahkamah tidak boleh memerintah Sivakumar sebagai Speaker untuk sama ada memadamkan keputusannya atau membenarkan Zambry masuk dan hadir di dalam persidangan DUN Perak. Hatta jika kita lihat kepada 10 perintah yang Zambry pohon kesemuanya adalah perintah berbentuk perisytiharan sahaja. Malahan Mahkamah juga tidak membenarkan perintah perisytiharan supaya beliau dan enam exconya untuk masuk, menghadiri dan mengambil bahagian di dalam sidang DUN Perak.

2. Adalah Zambry dan enam exconya telah tersalah memilih prosedur Mahkamah. Jika beliau ingin memohon perintah 'certiorari' dan mandamus, beliau perlu membuat permohonan semakan kehakiman di bawah Aturan 53 Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980 dan bukannya melalui Saman Pemula seperti yang mereka buat.

Memandangkan mereka telah tersalah prosedur maka mereka dengan berat hati terpaksa berpuas hati dengan perintah perisytiharan yang tidak membawa apa-apa makna.

Atas dasar itu juga peguam Sivakumar juga telah berhujah bahawa perintah perisytiharan yang Zambry pohon sebenarnya tidak membawa apa-apa faedah dan meminta Mahkamah tidak melayan perintah-perintah yang dipohon oleh Zambry tersebut.

Hujah peguam Sivakumar adalah berasaskan apa yang dinyatakan di dalam kes Fan Yew Teng vs Government of Malaysia di mana Mahkamah telah menerima pakai apa yang dinyatakan oleh Erskine May di dalam buku Parlimentary Procedure (17th Edition) di mana penulis telah menyatakan:

"The decisions of the court are not accepted as binding the house in matters of privilege, nor the decision of the House by the courts."

(Keputusan Mahakamh tidak diterima sebagai mengikat Parlimen atau DUN di dalam perkara menyentuh keistimewaan, begitu juga keputusan Parlimen atau DUN tidak mengikat Mahkamah.)

Mengapa?

Mungkin pembaca bertanya mengapa Mahkamah membenarkan juga perintah yang tidak berfaedah tersebut? Jawapan mudah saya adalah ia hanyalah perintah untuk mengambil hati Umno. Perumpamaan yang mudah, ia adalah ibarat hadiah saguhati kerana menyertai pertandingan.

Jenis Umno ini, kita beri mereka wang satu sen pun mereka melonjak gembira sedangkan satu sen boleh beli apa?

Seperkara lagi yang saya perlu kongsi di sini adalah mengenai sidang DUN di bawah pokok yang diadakan pada 3 Mac 2009. Isu keabsahan (validity) persidangan di bawah pokok tersebut juga merupakan salah satu isu yang dirujuk oleh Zambry ke Mahkamah Persekutuan di bawah Perkara 63 Perlembagaan Negeri Perak. Isu yang dirujuk adalah sama ada sidang bawah pokok pada 3 Mac 2009 adalah sah apabila ianya dibuat tanpa perkenan Sultan Perak.

Selepas mendengar hujah peguam Zambry dan peguam Sivakumar, Mahkamah Persekutuan memutuskan untuk tidak membuat apa-apa keputusan terhadap isu keabsahan sidang DUN di bawah pokok pada 3 Mac 2009 tersebut. Secara tersirat kita boleh menyimpulkan bahawa Mahkamah bersetuju bahawa sidang DUN di bawah pokok adalah sah.

Memandangkan tiada perintah Mahkamah yang membatalkan keputusan sidang bawah pokok, Umno terpaksa menerima hakikat berikut:

a. Persidangan DUN di bawah pokok telah mengesahkan (endorsed) keputusan Sivakumar yang menggantung Zambry dan enam exconya selama 18 bulan dan 12 bulan.

b. Dengan pengesahan tersebut maka keputusan penggantungan tersebut adalah sah dan masih mengikat Zambry dan enam exconya yang lain.

c. Di dalam samannya Zambry mengatakan keputusan Sivakumar adalah tidak sah kerana keputusannya tidak disahkan oleh DUN Perak. Memandangkan sidang DUN Perak pada 3 Mac 2009 telah mengesahkan keputusan Sivakumar yang dibuat pada 18 Februari 2009 dan memandangkan Mahkamah Persekutuan tidak membuat apa-apa keputusan yang mengisytiharkan sidang bawah pokok adalah tidak sah, maka keputusan DUN Perak di bawah pokok adalah sah dan mengikat Zambry serta enam exconya.

d. Apa yang Mahkamah putuskan hanya melibatkan keputusan Sivakumar pada 18 Februari dan bukannya keputusan DUN Perak pada 3 Mac 2009.

Kesimpulannya Umno hanya dapat perintah Mahkamah yang tidak membawa apa-apa faedah. - Mohamed Hanipa Maidin

source:harakah daily.net

Dah berserabut lagi nampaknya............

cheers.

20 April 2009

Ada udang di sebalik 'walkover' UMNO di Penanti.....................

"Walkover" bererti pihak yang nak lawan itu menarik diri daripada bertanding. UMNO tidak mahu bertanding dalam PRK Penanti kerana banyak sangat membazir wang negara,
kata PM Najib Tun Razak.

Sebenarnya UMNO bukan runsingkan pasai duit gomen habis. Semenjak bilakah UMNO pikiaq pasai pembaziran duit rakyat? Bukankah gomen UMNO ini kerap membazir duit kerana projek-projek mega. Bukankah UMNO begitu murah hati memberi projek-projek 'mee segera' setiap kali adanya PRK. Di samping itu UMNO juga habis berjuta-juta membeli undi, antara RM100-RM500 setiap undi. Mana lagi nak bayar petugas UMNO yang hanya bekerja bila ada umpan.

UMNO risau banyak duit akan diperlukan untuk memunggah penyokong-penyokong UMNO supaya kempen-kempen mereka seolah-olah kelihatan dihadiri ramai orang. Duit juga di perlukan untuk membayar upah dan makanan ketika majlis-majlis ini diadakan. Tetapi sama ada duit itu benar-benar digunakan sepenuhnya, entahlah? Namun boleh dikatakan 90% daripada jumlah duit masuk poket orang-orang tertentu atau disonglap oleh pihak-pihak terntentu.

UMNO juga bimbang banyak duit diperlukan tatkala hendak menggunakan RTM untuk mengadakan lintas langsung siaran khas bila Mahathir turun ke Penanti untuk berkempen.

UMNO tak mahu bertanding bukan pasai membazir duit tetapi kerana takut kalah lagi. Setakat ini dalam 5 PRK yang telah diadakan,kedudukannya adalah 4-1 memihak kepada Pakatan Rakyat. Bukan setakat kalah,tapi majoriti pihak lawan bertambah. Inilah yang memeningkan UMNO, sampai tidoq tak lena.

Sekiranya UMNO kalah lagi dalam PRK Penanti ini nampak sangatlah yang UMNO tidak lagi diterima rakyat. Bukan setakat itu saja,UMNO juga berasa malu bahawa sejak Najib menjadi PM trend kalah dalam PRK berterusan. Secara tak langsung ia menunjukkan bahawa Najib sudah tidak diterima rakyat.

Satu helah lagi kenapa UMNO tidak mahu bertanding dalam PRK kali ini ialah untuk 'divert' perhatian daripada isu yang lebih besar, ia itu krisis politik di Perak. Setakat ini, UMNO berjaya memperkudahkan mahkamah bagi memanipulasikan keputusannya. Apa yang jelas ialah Perlembagaan tidak membenarkan mahkamah mencampuri urusan dan prosiding dewan, seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan di bawah Perkara 72;

72. Privileges of Legislative Assembly. (1) The validity of any proceedings in the State Assembly of any State shall not be questioned in any court.

(2) No person shall be liable to any proceedings in any court in respect of anything said or any vote given by him when taking part in proceedings of the Legislative Assembly of any State or of any committee thereof.


(3) No person shall be liable to any proceedings in any court in respect of anything published by or under the authority of the Legislative Assembly of any State.

Perkara yang diputuskan adalah aspek-aspek teknikal dan prosedur, sedangkan perkara pokok yang berkait dengan isu pemisahan kuasa antara institusi kehakiman dan legislative yang menjadi isu utama dalam konflik undang-undang mengenai kuasa speaker itu tidak dibicara lebar. Dengan itu jelas yang mahkamah telah bertindak di luar kuasanya. Tetapi, kerana Mahkamah Persekutuan adalah mahkamah paling tinggi,sekaligus isu itu dianggap beres.

Bila semuanya dah OK di Perak, maka tak perlu lagi diadakan pilihanraya seperti yang dituntut oleh rakyatnya. Mengadakan pilihanraya di Perak adalah perbuatan yang paling malang bagi UMNO. Setelah menerima pukulan yang teruk di Bukit Gantang, kemungkinan besar 28 buah kerusi yang dimenangi oleh BN/UMNO dalam pemilu 2008 mungkin hanya tinggal 8 saja. Inilah yang Najib nak elak,bukan soal pembaziran duit sebenarnya. Lebih baik Najib korbankan PRK Penanti demi mengekalkan kuasa di Perak.

Apa-apa pun nampaknya sumpah Najib di sebuah mesjid ketika PRK Permatang Pauh dulu mula memakan diri........

Baca sini dan sini.

cheers.

18 April 2009

Now Malaysian TV cannot show Razak Baginda..............

Four private television stations have been ordered not to name political analyst Abdul Razak Baginda when reporting the Altantuya Shaarriibuu murder case. Malaysiakini has learnt that the top management of Media Prima Berhad - the owner of the four TV stations - had issued a directive on the matter. The media giant, which is believed to be linked to ruling party Umno, controls the country’s four free-to-air private TV stations - TV3, ntv7, 8TV and tv9.

The directive was part of an email sent on behalf of the group director of news and current affairs, television networks, Kamarulzaman Zainal. Kamarulzaman was press secretary to Abdullah Ahamd Badawi when the former premier was deputy PM. He was appointed to helm Media Prima soon after Abdullah took power in 2003. The email listed four ‘don’ts’ involving news reports relating to the high-profile murder case of Mongolia national Altantuya, who was mistress of Razak Baginda (left).

The TV stations were ordered not to mention Razak Baginda's name and ignore all news background related to him.

Editors were instead told to focus their reports on the two accused in the murder trial, who were sentenced to death last week. Razak Baginda, a close confidant of newly-minted Prime Minister Najib Abdul Razak, was charged with abetting the murder but was later freed. The controversial court decision had sparked off a fresh round of speculations that the powers-that-be had a hand in the acquittal.

Don’t show footage of Razak Baginda

Not only that the political analyst's name should not be mentioned, visuals showing him in previous trials and after his release are also banned, according to the email. The other two restrictions were related to the new premier.

The TV stations were barred from reporting that Najib and his wife, Rosmah Mansor, were linked to the grisly murder case. Also, statements from those accusing Najib and Rosmah of being involved in the case were also prohibited.

It is not clear whether Media Prima has been instructed by government officials to ‘cleanse’ the three key personalities from the Altantuya case. The email, which has been widely circulated in the company, was sent last week to editors of all different language sections within the Media Prima group. An assistant from Kamarulzaman's office told Malaysiakini that his boss was currently overseas and would not be available to comment on the directive. There is also no response to an email sent to Kamarulzaman.

The Media Prima ban came hot in the heels of a blackout by state-owned RTM on reporting the on-going political crisis in Terengganu. Malaysiakini has reported on Wednesday that RTM blacked out news on the apparent boycott of the Terengganu state assembly sitting by 10 state representatives earlier this week. This was however denied by the government.

Hefty 'commission' for Razak Baginda's company

Last week, two police special action force personnel - chief inspector Azilah Hadri and corporal Sirul Azhar Umar - were sentenced to death by the Shah Alam High Court for murdering Altantuya. The two, who were part of a security detail to protect VIPs including Najib, have since appealed to the higher court. Since the case hit the headlines, Najib has been forced to repeatedly deny having any links with Altantuya and the murder case.

When Najib was defence minister, a company controlled by Razak Baginda was awarded a 'commission' of RM534.8 million for the purchase of two Scorpene submarines from France. The government has denied that the contract given Perimekar was a hefty commission but for the compnay "to prepare support and coordination services" for a period of six years.

The opposition has been exploiting both issues to attack Najib's integrity, especially during the three key by-elections earlier this month. This had prompted the police to issue a gag order on all political ceramah from raising the controversial murder case.

source:malaysiakini

Maybe, soon bloggers too will be ordered not to write or put up picture of Najib, Big Mama, Razak Baginda & Altantuya........wow!!!

If the PM says he is innocent why is this unnecessary censorship?

Tolong jawab mai.........

Read here.

cheers.

Najib sakit hati bila ada pilihan raya kecil...........

Bila dimaklumkan kemungkinan akan berlaku pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Penanti di Pulau Pinang, ramai yang mula bersungut keletihan. Malah setengahnya pula menyalahkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana tidak berhati-hati mengambil calon semasa pilihan raya umum lalu.

Apakah PKR hanya menyediakan calon bidang terjun kerana keghairahan mahu kerusi lebih apabila mengadakan perundingan dengan parti lain iatu PAS dan DAP? Apakah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang kepercayaan terhadap kelayakan calonnya yang lain sehingga gagal mengemukakan mereka yang sesuai mengisi Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 1.

Apakah tidak ada jalan penyelesaian sehingga bekas Timbalan Ketua itu, Mohammad Fairus terpaksa meletakkan jawatan sebagai Ahli Dun, Penanti? Kalau dalam isu Elizebeth Wong, PKR dapat mengatasi supaya tidak berlaku pilihan raya kecil kenapa tidak di Penanti.

Banyak persoalan berlegar disebabkan kegagalan Anwar sendiri? Bagaimanapun persoalan tersebut boleh menjadi kabur bila mendengar rintihan dan keluhan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersungut tentang pilihan raya kecil yang terlalu terlalu banyak buang masa, tenaga dan wang ringgit dibelanjakan.

Kenyataan Najib mula mendedahkan bahawa Barisan Nasional (BN) sudah tidak mampu menyekat kemaraan pakatan rakyat. BN hanya menunggu masa mahu tumbang. Hilang segala keletihan maka timbul semangat untuk terus beriltizam membangkit suasana politik yang sentiasa panas secara tidak langsung memingkatkan kesedaran rakyat tentang arus politik perdana sehingga melahirkan hilang kepercayaan kepada BN untuk terus memerintah negara.

Bercakap kepada pemberita di Klang, Najib berkata, keputusan yang dibuat oleh Fairus, adalah satu keputusan politik.

"Terlalu banyak masa, tenaga, wang ringgit dibelanjakan untuk pilihan raya kecil yang tidak perlu sebenarnya," katanya selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian China Malaysia di sini, semalam.

Najib mula terseksa dan perit akibat tekanan daripada empat kekalahan dalam pilihan raya kecil selepas pilihan raya umum Mac 2008. Bermula pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh diikuti Parlimen Kuala Terengganu dan Bukit Gantang serta Dun Bukit Selambau.

Pakatan rakyat mengekalkan tiga kerusi di Parlimen Permatang Pauh dan Bukit Gantang serta Dun Bukit Selambau manakala Parlimen Kuala Terengganu yang dimenangi Umno dalam pilihan raya umum Mac 2008 dirampas oleh PAS. Percapaian BN kali ini hanya dapat mempertahankan satu kerusi Dun Batang Ai di Sarawak.

Mengapa Najib mula merintih dan mengeluh sedangkan beliau beria-ia sangat mahu merampas kerajaan dan kerusi yang dimenangi pakatan rakyat. Najib juga berkata lebih baik menumpukan ekonomi dan menyifatkan perletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Penanti sebagai satu mainan politik untuk tujuan-tujuan tertentu.

Perkembangan politik bagi BN juga menunjukkan amat berbeza dengan masa dahulu dimana BN amat berminat dengan pilihan raya kecil kerana sering menang. Sebaliknya sekarang ia bertukar wajah dan amat berbeza untuk dihadapi Najib.

Terdapat dua perkara utama yang menyakitkan hati Najib tentang pilihan raya kecil. Pertama ia mendedahkan kelemahan BN dan kedua ia menyusutkan wang kerajaan. Walaupun terdapat banyak alasan yang boleh dihuraikan tetapi memadai untuk membincangkan dua perkara pokok yang menjadi Najib gundah gulana.

Sebagai parti memerintah, BN tidak mahu mendedahkan keadaannya yang sedang nazak politik kerana ia boleh menjatuhkan kredibiliti pemerintah. Sekiranya suasana pilihan raya kecil berterusan dan Umno mengalami kekalahan berpanjangan maka akan wujud hilang keyakinan kepada kerajaan.

Keadaan ini mengwujudkan saling tuduh menuduh dalam BN yang boleh menambah parah perpecahan dan hilang keyakinan dengan Umno sebagai parti tunjang BN. Umno juga dilihat sudah tidak mampu memenangi hati rakyat dan hanya menunggu masa untuk jatuh. Maka kebergantungan kepada BN sudah tidak relevan lagi.

Namun begitu perkara yang paling sukar bagi Najib dalam menghadapi dilema itu ialah soal kewangan. Setiap kali pilihan raya umum dan kecil, BN menggunakan jentera kerajaan. Dalam pilihan raya kecil di Parlimen Kuala Terengganu, sebanyak RM15.153 juga dibelanjakan untuk operasi polis di situ sahaja.

Perbelanjaan tersebut hanya operasi polis sahaja belum termasuk jabatan lain dan tuntutan menteri serta pegawai kerajaan bila turun di program rasmi kerajaan. Bagaimana pula dengan projek yang disifatkan Najib `projek mee segera?. Sudah tentu melibatkan wang jutaan ringgit.

Dalam pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang, Kerajaan BN memberi enjin bot percuma dan wang sebanyak RM600 seorang kepada golongan nelayan di Kuala Sepetang. Pengundi di Changkat Jering pula dapat basikal percuma dan wang RM400 seorang.

Bagaimana pula dengan wang petugas BN? Terdapat laporan semua wang petugas dikebas oleh pemimpin setempat Umno maka petugas bawahan tidak dapat merasa duit yang dikatakan upah kerja pilihan raya.

Itu cuma sebahagian kecil daripada laporan bagaimana wang dibelanjakan kerajaan BN dalam pilihan raya. Boleh dibayangkan jutaan ringgit wang kerajaan dibelanjakan bagi hanya satu pilihan raya kecil.

Namun begitu yang menjadi pelik kepada Umno makin banyak wang dicurah BN makin kalah. Inilah perkara yang sukar diterima oleh Najib. Bagi Najib, ia sudah hilang kepercayaan kepada rakyat.

Bagaimanapun harus juga disedari oleh PKR jika parti tersebut sengaja mengundang berlakunya pilihan raya kecil secara berterusan ia amat dibimbangi boleh menampah kebencian rakyat akan lahir kebosanan akibat kegagalan PKR menyediakan calon yang baik.- Adnan Ibrahim

source: HarakahDaily.net
---------------------

Najib juga frust kerana Anwar berani menyuruh Fairus meletakkan jawatan kerana Fairus dikatakan terbabit dengan rasuah, sedangkan Najib tak boleh buat apa-apa kepada Ali Rustam,walaupun Jawatankuasa Disiplin UMNO mendapati bahawa Ali Rustam terlibat dengan politik wang(rasuah ala UMNO), demikian juga halnya dengan Khairy Jamaluddin.

Kawan aku cakap duit upah yang UMNO janji kerana memasang banting dan poster BN semasa PRK Parlimen Permatang Pauh tahun sudah pun belum dapat lagi.

Bila aku tanya berapakah jumlah yang bakal diterima? Jawapannya, cukup untuk bayar tunai sebuah motosikal Honda EX5.

Hmmmm........... berapa ya?

Baca sini dan sini.








cheers.

In that case give a walkover to Pakatan Rakyat.........

PM Najib Abdul Razak lashed out at PKR for playing political games at the time when the nation should be united in focusing on solving the global economic crisis.

He said that the opposition party was forcing people to go to another by-election with the resignation of former Penang Deputy Chief Minister I Mohammad Fairus Khairuddin as the Penanti state representative.

"The resignation is politically motivated and a political game just for their own purposes and self-interests," he told reporters in Klang.

Meanwhile, Anwar Ibrahim returned fire at UMNO president Najib Abdul Razak over his lashing that the enforced Penanti by-election was 'a waste of public resources' by suggesting that Barisan Nasional gave a walkover to Pakatan Rakyat.

"We will heed the call from the Prime Minister (Najib) that we shall not waste public resources. "So I call upon the BN and UMNO leadership not to field any candidate against PKR in Penanti by-election and give us a walkover.

"It will not only save the taxpayers' money, time and energy, but also will be consistent with the premier statement," Parliamentary Opposition leader Anwar said when addressing some 500 party members in his Permatang Pauh parliamentary constituency tonight.

He also fired a broadside at Najib for suggesting that PKR was playing a political game by forcing the Penanti by-election, taking a swipe at Umno-engineered coup to usurp the Perak goverment early this year.

"Isn't that a political game?" he asked at the crowded hall in Yayasan Aman, Penanti.

Anwar justified Fairus' resignation as 'proper and correct' given the circumstances that he was entangled in graft investigation by Malaysian Anti-Corruption Commission.

"He may not be charged, but the party and public interests must come first.

"I respect his wish to resign and the party will surely protect and safeguard his interests.

"We will provide the legal defence for his case," he said.

Mohammad Fairus tendered his resignation as the elected representative yesterday, paving way for a by-election to be held within the next 60 days.

source: malaysiakini

Hellooooo, Najib how about the coup de’tat in Perak? Was that not politically motivated?

Let this by-election be another referendum on Najib, to see whether;

1. the Malays has returned to UMNO in droves as claimed by UMNO & it's leaders.

2. the rakyat really accepts the “1 Malaysia” slogan and the Cabinet appointments.

3. the rakyat and Perakians accepts the courts decision on the application of MB Zambry and the three turncoat members of the Perak Legislative Assembly for a declaration that Speaker V. Sivakumar’s order, that clearly had gone against the Constitution of Malaysia which is the supreme law of the land.

Namun yang jelas kedudukan sekarang ialah 4 - 1 in favour of Pakatan Rakyat. Mungkin Najib tidak mau UMNO belanja berjuta-juta RM untuk projek-projek 'mee segera' dan suapan-suapan haram yang sudah tentu tidak akan membawa apa-apa kepada UMNO.

Kalau tidak mahu bagi saja walkover, habis cerita. Jelas UMNO/BN akan ditolak oleh rakyat.

cheers.

17 April 2009

Apakah Najib sudah salah tafsir laungan "Satu Malaysia"........

"Di bawah konsep Satu Malaysia ini bererti bahawa kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. One People. Dan kita mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita." kata PM Najib Razak.

Tapi yang sebaliknya pula berlaku dalam pentadbiran harian kerajaan Malaysia di bawah PM kita sekarang.

Tengok tajuk berita Utusan Malaysia(atas) yang mengapi-apikan isu Melayu. Walau kemana kita pergi, kita masih lagi kedengaran slogan "Melayu, bangsa Melayu, bangkit lah Melayu lawan bangsa lain, Melayu, Melayu, Melayu, hanya Melayu yang dilaungkan oleh wakil wakil pentadbir negara, di mana ada konsep Satu Malaysia?

Apakah Najib sudah salah tafsir laungan Satu Malaysia?.

Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali berkata, pemimpin bukan Melayu dalam hal ini perlu sedar yang sesebuah kerajaan itu boleh sahaja untuk tidak ‘melayan’ tuntutan mereka.

Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Mohamad Aziz berkata, parti pemerintah ketika ini tidak boleh merasa bimbang untuk membuat apa sahaja keputusan yang dilihat perlu untuk membantu orang Melayu.

Mohamad Khir Toyo berkata, hak orang Melayu tidak harus dilepaskan dalam usaha kerajaan memenuhi kehendak masyarakat pelbagai kaum.

Kita tak nafi bahawa hak istemewa orang-orang Melayu sedia termaktub dalam perlembagaan. Jadi tindakan golongan yang mengapi-apikan isu Melayu adalah berbau politik semata-mata. Anwar pernah berkata,"They gave one mountain (Genting Highlands) to Lim Goh Tong, one hill (Bukit Tinggi) to Vincent Tan and one island (Pangkor Laut) to YTL (Francis Yeoh). Is there a single Umno leader who protested?" . Jaguh-jaguh dan panglima-panglima ketuanan Melayu ini buat?

Pokoknya yang takut sangat ketuanan orang Melayu tergugat adalah orang Melayu UMNO. Apa ke tidak,kalaulah UMNO hilang kuasa, maka habislah habuan untuk kaum keluarga,sanak saudara dan kroni-kroni mereka.

Kalau Najib Razak nak 'Satu Malaysia', beranikah Najib hapuskan segera semua idealisme yang melaungkan politik Melayu dan gantikan dengan politik Malaysia, tarik balik semua kelebihan berat sebelah yang hanya menguntungkan satu kaum dan realisasikan perjuangan Satu Malaysia?

Kalau Najib Razak tak berani, just keep quiet........

Cuba fikir tengok jika akhbar-akhbar Cina dan India pula menyiarkan rencana-rencana dan melaung-laungkan"Bangkitlah Cina" atau "Bangkilah India" sebagai tajuk berita utama akhbar-akhbar mereka, apa akan jadi?

Berikut adalah reaksi Najib Razak..........

PM mengelak mengulas laporan Utusan Malaysia kelmarin yang menyeru orang Melayu "bangkit dan bersatu dalam berhadapan dengan tuntutan kaum lain yang kini dilihat semakin keterlaluan". Najib Razak berkata, sama ada berita utama itu bertentangan dengan konsep "Satu Malaysia" yang dipromosi olehnya, ia terserah kepada penilaian seseorang.

"Itu terpulang kepada tafsiran masing-masing. Tetapi bagi saya... Saya bukan bercakap daripada segi (laporan) Utusan, ya?

"Secara umumnya, saya tidak mahu sikap yang keterlaluan dalam negara kita.

"Tidak kiralah (sikap) keterlaluan itu daripada mana-mana pihak (pun). Kita mesti bersikap sederhana. Islam merupakan agama yang menggalakkan pemikiran dan amalan sederhana.

"Kita tidak boleh bersifat perkauman. Kita tidak boleh berfikir secara keterlaluan,"

cheers.

Mantan TKM 1 Pulau Pinang adalah...............


Berikut adalah portal pendaftaran & maklumat keahlian UMNO - http://www.daftar.umno.org.my/

Sila layarinya di SIN
I dan cuba tuan/puan masukkan no. MyKad/KP. Mohd.Fairus,bekas TKM Pulau Pinang dan lihat keputusannya.

Nama Penuh:MOHAMMAD FAIRUS BIN KHAIRUDDIN

Nombor MyKad :760702075413

Nombor Kp Lama :A3493309

Btw. tuan/puan juga boleh check sama ada tuan/puan adalah ahli UMNO sama ada secara mendaftar sendiri atau pun didaftar tanpa pengetahuan tuan/puan.

Best to you.......

cheers.

16 April 2009

YB. Gobind Singh boleh cabar keputusan speaker Dewan Rakyat sekarang..........

Mahkamah Persekutuan hari ini membatalkan penggantungan terhadap Menteri Besar BN Perak, Datuk Zambry Abd Kadir dan enam ahli exconya daripada menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

Zambry dan enam exconya itu, sebelum ini memohon kepada Mahkamah Persekutuan untuk membatalkan keputusan Speaker DUN Perak, V Sivakumar yang menggantung mereka selepas BN menubuhkan kerajaan negeri di Perak Februari lalu tanpa pembubaran DUN.

Zambry digantung selama 18 bulan manakala enam exconya digantung selama setahun.

Mahkamah memutuskan hari ini bahawa tindakan Speaker itu adalah terbatal tidak sah kerana Sivakumar tidak mempunyai kuasa untuk berbuat demikian.

Oleh itu, katanya, Zambry dan enam exco terbabit boleh menghadiri sidang DUN yang akan datang.

Oleh itu, Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Alauddin Mohd Sherif yang mengetuai panel lima hakim itu berkata, keputusan tersebut dibuat sebulan suara.

Manakala, Zambry berkata, notis untuk mengadakan sidang DUN akan dikeluarkan Jumaat ini atau minggu depan.

source:malaysiakini

Secara tak langsung bererti bahawa mulai dari keputusan ini bolehlah ditafsirkan bahawa semua pengantungan yang dilakukan selama ini oleh Speaker dan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan di Dewan Rakyat dan DUN adalah tidak sah ?

Oleh itu YB.Gobind Singh yang digantung oleh Dewan Rakyat baru-baru ini bolehlah failkan saman terhadap Speaker Dewan Rakyat yang menggantungnya dalam persidangan Parlimen tidak lama dulu.

Kita nak tengok samada Speaker UMNO di Dewan Rakyat itu boleh dicabar kekebalanya atau tidak?

Mahkamah Persekutuan sudah memutuskan bahawa Speaker DUN Perak,Sivakumar tidak kebal dan keputusannya tak sah. Mudah-mudahan mahkamah akan meluluskannya serta-merta supaya membolehkan Gobind Singh masuk semula ke Parlimen.

Read here, here and here.

cheers.

Pilihanraya Kecil di DUN Penanti...........

Bekas timbalan ketua menteri 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin hari ini mengumumkan keputusannya meletak jawatan ADUN Penanti, berkuatkuasa hari ini.

Katanya, keputusan itu dibuat untuk membolehkan beliau memberi tumpuan penuh terhadap usaha bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat siswazah lanjutan.

Ia juga, katanya, untuk memberi masa kepadanya untuk bersama-sama dengan keluarga "yang selama ini terpaksa berkorban dalam memenuhi tugasan saya".

Fairus yang sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), berhubung satu projek kuari di Pulau Pinang, meletakkan jawatan timbalan ketua menteri pada 8 April lalu.

Berikutan peletakan jawatannya itu, pilihanraya kecil perlu diadakan bagi kerus tersebut dalam tempoh 60 hari.

DUN Penanti terletak dalam kawasan parlimen Permatang Pauh yang diwakili oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

(Former Penang Deputy Chief Minister Mohammad Fairus Khairuddin today has resigned as the state representative for Penanti. According to the embattled politician who is under probe for corruption, he is quitting in the interest of his party, PKR.

"After giving due consideration and in the interest of the people, I have decided for the sake of protecting PKR to resign as the Penanti state representative effective today," he said in a statement.

He added that he was planning to pursue his education and wanted to spend more time with his family.

"The resignation will also allow me the space to clear my name from the various allegations hurled against me," he said.

He also expressed his gratitude to the Penanti constituents for the support. His resignation today as the state representative would necessitate a by-election for the state seat in the next 60 days.The Penanti seat is under the Permatang Pauh parliamentary seat, held by PKR's leader Anwar Ibrahim. )


Berikut adalah kenyataan penuh Fairus:

Setelah memberikan pertimbangan dengan sewajarnya, mengambilkira landasan perjuangan dan kepentingan rakyat yang saya wakili, saya dengan ini mengambil keputusan demi memelihara kepentingan Parti Keadilan Rakyat untuk melepaskan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri Penanti berkuatkuasa hari ini 16hb April 2009.

Keputusan ini bertujuan untuk membolehkan saya memberikan tumpuan penuh terhadap usaha bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat pasca siswazah dan sekaligus memberikan masa kepada saya untuk bersama dengan keluarga yang selama ini terpaksa berkorban dalam memenuhi tugasan saya.

Ruang ini juga akan saya manfaatkan untuk menumpukan usaha bagi membersihkan nama baik saya dari segala tohmahan yang dilemparkan terhadap saya selama ini.

Khususnya kepada pengundi dan rakyat Penanti yang saya wakili, saya ingin merakamkan jutaan penghargaan di atas kasih sayang dan sokongan yang diberikan selama saya memegang amanah selaku wakil rakyat Penanti.

Keputusan ini adalah untuk kebaikan semua, Parti Keadilan Rakyat dan perjuangan serta kepimpinan di bawah teraju Dato' Seri Anwar Ibrahim (selaku Penasihat Parti) demi menegakkan kebenaran dan keadilan.

source:malaysiakini

Keputusan Pilihanraya 2008

N12 - PENANTI

MOHAMMAD FAIRUS KHAIRUDDIN (PKR) - 7,346

DATUK ABDUL JALIL ABDUL MAJID (BN-UMNO) - 5,127

MAJORITY - 2,219
JUMLAH UNDI - 12,657
PERATUS MENGUNDI - 82.08%
UNDI ROSAK - 184
JUMLAH PENGGUNDI - 15,421
PERATUSAN KAUM - M: 72.51% C: 24.32% I: 2.43 % L: 0.57%

cheers.

Elizabeth Wong to resume work .................

Bukit Lanjan state assemblywoman and Selangor executive councillor for environment, tourism and consumer affairs Elizabeth Wong will return to work. This follow's her acceptance of the state's offer for her to continue her services in both post despite being hounded by continous threats from unknown persons.

In a statement to the media Wong said: "This is the hardest decision that I have had to make in my life and it is with the greatest humility that I accept the Selangor state’s offer to remain in office.

"My only wish is to serve my constituents and the state to the best of my abilities and with the help and cooperation of the people, to make this state, this country a better place for all. The struggle continues, and our work has just begun," she said in response to Selangor Mentri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim's offer this morning to retain her in both positions.

"These past two months have been more than an ordeal, one which I would never have wished for any citizen to have to suffer through," said Wong whose intimate photographs were circulated in the internet.

"I have been stripped bare publicly – both figuratively and literally – by force and against my will. My personal life has been violated and assaulted by none other than criminals. Even up to this evening, I continue to receive threats from unknown persons," she said.

Wong said what happened was not a scandal, as some have suggested, but a clear criminal act.

"This is no less a form of criminal intimidation, a form of political violence, and one which, if I chose to retreat into silence, would in turn indirectly affect women, especially women politicians," she said..

Gutter politics is not and should not be part of our political culture, and for those who depend on exploiting and supporting such a crime, is an indication of the kind of politicians and persons they are, she added.

"I stand for a person’s right to privacy. I stand for ‘new politics’ – a politics that encourages intellectual discourse, reasoned polemics and ideological debates, not one which resorts to gutter-level politicking which seek to smear, to slander and to violate one’s privacy to score political points," Wong said.

"I wish to thank the Mentri Besar and the Selangor Exco, my staff, my fellow ADUNs, fellow politicians from Pakatan Rakyat and Barisan Nasional, PKR leaders, the Women’s wing of PKR and the grassroots, and my legal team for their support and guidance," she said.

Respectfully, I wish to thank the Sultan of Selangor for his guidance, she added.

"I am humbled by the encouragement and support shown by the media, my family and friends, non-governmental organisations, the tens of thousands of people who signed the petitions on my behalf and wrote to me, and especially my constituents who stood by me in these trying times," she said.

I also wish to thank the Police for their professionalism in addressing the issue at hand and I look forward to them apprehending and charging the criminals soonest, she added.

source:theSun

Good to see U back.

You all kena baca info hot di sini.

cheers.

15 April 2009

Muhyiddin Yassin kata masyarakat Cina dan India adalah kuasa penentu.........

Dalam temubicara dengan akhbar Mingguan Malaysia
(MM),TPM Muhyiddin Yassin telah menyatakan kekesalannya terhadap sikap tidak kenang budi masyarakat orang Cina terhadap gomen BN, khususnya penggundi-penggundi Cina di Bukit Gantang.

Ucapannya itu telah mendatangkan berbagai reaksi daripada pemimpin-pemimpin masyarakat Cina, ahli-ahli politik termasuk dari Gerakan,DAP dan MCA.

Berikut adalah bahagian temubicara yang telah menimbulkan kontravesi itu........

MM: Tetapi bukankah setiap kali pilihan raya kecil, permintaan kaum bukan Melayu dipenuhi, malah di Bukit Gantang walaupun peruntukan RM1juta diberikan tetapi kaum Cina tidak juga menyokong BN?

MUHYIDDIN: Ya, kadang-kadang kita berasa terpedaya juga kerana zahirnya nampak macam 'ok', sambutan dengan tepukan gemuruh tetapi mungkin sudah ada tertanam dalam hati iaitu sesuatu tidak mudah hendak berubah, pokoknya masalah isu Perak terutamanya di kalangan masyarakat Cina yang mungkin telah dipengaruhi dengan sentimen simpati kepada Datuk Seri Ir.Mohamad Nizar Jamaluddin, kononnya dia 'dijatuhkan', lepas itu kononnya dasar memberi pegangan tanah selama 99 tahun dilihat dasar yang menguntungkan. Ini yang mungkin menyebabkan sukar BN mendapat sokongan walaupun kita fikir bila mereka hendak sekolah Cina dibantu, kita bantu, sepatutnya mereka membalas budi. Pada waktu itu, kita pun tidak berharap sokongan kaum Cina akan meningkat 40 peratus dan sebagainya cuma kita berharap ada peningkatan sedikit tetapi apa yang berlaku ia mencatatkan penurunan, macam tidak ada penghargaan terhadap apa yang kita lakukan. Oleh itu kita kena kaji psikologi apa yang menyebabkan masyarakat Cina tidak bersedia untuk berubah, pada zaman dahulu tidak begitu. Persoalannya apakah mereka melihat dalam konteks senario politik baru ini, selepas kerajaan BN tumbang di lima buah negeri, mereka sudah menjadi kuasa penentu? Orang Cina rasa sekarang, walaupun mereka kumpulan minoriti, merekalah menentukan kerana kelompok masyarakat Melayu sudah berpecah tiga kumpulan. Masyarakat Cina tidak berpecah mereka bersatu, setidak-tidaknya dari segi semangat apabila bersama-sama membuat sesuatu keputusan. Dalam keadaan ini, mereka boleh menentukan keputusan sesuatu pilihan raya dan apabila kesan itu dapat dilihat dalam pilihan raya umum lalu dan beberapa pilihan raya kecil, mereka fikir sekarang mereka lebih ada kuasa penentu, bukan sahaja Cina malah masyarakat India pun begitu, apa tah lagi apabila mendapat kedudukan dalam kerajaan yang ditubuhkan pakatan pembangkang dengan menjadi Timbalan Ketua Menteri, Speaker dan exco kerajaan negeri, jadi ini bagi mereka seolah-olah tawaran yang diberikan oleh pihak sana lebih baik daripada kita pernah tawarkan dalam konteks BN, jadi ini kita harus teliti.

Sementara itu, Muhyiddin menafikan bahawa dia ada membuat kenyataan tersebut tetapi sebaliknya menuduh kenyataannya telah diputarbelitkan oleh akhbar-akhbar Tionghua, sambil berkata;

“My Bahasa is very clear and straightforward. I was just making an assessment about the situation in Bukit Selambau and Bukit Gantang.

“I said it very clearly in my interview. When you twist what I say and put me in a bad light with the Chinese community, that is something serious,”

“I think it is the Chinese paper. I don’t read Chinese but I have people who report to me, who said that (it) had twisted what I said.

“If you don’t understand Bahasa Malaysia, we can send you to school,” he said.

Baca temubicara di sini.

source: the Star

Muhyiddin ingat pengundi-pengundi Cina masih terikat dengan amalan "politik pengemis". Bukan setakat dengan pengundi-pengundi Cina,malah dengan kaum India dan orang Melayu pun,UMNO mahu mereka ini terhutang budi. UMNO fikir dengan projek "mee segera" seperti mengtar jalanraya,bantuan untuk mesjid dan surau,pemberian peruntukkan kepada sekolah-sekolah Cina dan Tamil dsbnya,yang dijanjikan UMNO, UMNO berharap pengundi-pengundi ini akan memangkah dacing.

Lebih malang lagi bila UMNO sanggup memberi RM 300 kepada pengundi Melayu dan RM 100 kepada pengundi Cina dan India. Ini tak ambil kira pemberian-pemberian istemewa seperti basikal,beras,gula dan kain batik untuk menggoda pengundi-pengundi memilih UMNO/BN.

Let us tell Muhyiddin and his UMNO goons that their old trick no longer works.

Kenyataan Muhyiddin ini juga menguatkan lagi mentaliti feudal UMNO, bahawa UMNO sajalah akan selama-lama menjadi tuan di negara ini dan tidak ada parti politik lain yang boleh menggantikannya. Jadi rakyat hendaklah menurut kehendak-kehendaknya. Poooooorah, UMNO sudah sampai ke akhir hayatnya,hanya masa saja menentukan kepupusannya.

Sepatutnya, UMNO yang seharusnya berterima kasih kepada pengundi-pengundi Cina dan India,kerana tanpa mereka UMNO sudah kecundang dalam pemilu 1999 bila mana sebahagian besar pengundi-pengundi Melayu berpaling tadah kepada PAS dan Keadilan.

Muhyiddin juga seharusnya berterima kasih kepada pengundi-pengundi Cina dan India, kerana, tanpa mereka tuannya, PM Najib Razak nyaris-nyaris tewas dalam pemilu 1999 itu.Tetapi, Najib Razak menang dengan hanya 241 undi majoriti in di kawasan parlimen Pekan berkat sokongan undi-undi orang Cina,India dan tidak lupa undi Pos.

Muhyiddin dan Umno pula yang patut kena mengenang budi kerana pengundi-pengundi Melayu,Cina dan India telah memberi peluang kepada UMNO menjadi gomen selama lebih 50 tahun. Atas sokongan pengundi-pengundi Melayu,Cina dan India ini ramai pemimpin UMNO, termasuk Najib, Muhyiddin dan kroni-kroni mereka yang bergelumang dengan rasuah untuk menjadi kaya raya hari ini.

Zaman kekuasaan,kegemilangan dan kemewahan UMNO sudah sampai ke penghujungnya. Rakyat sudah beri signal bahawa mereka sudah fed-up dengan kerakusan,kegelojohan dan kesombongan UMNO dan sudah tiba masa untuk memberikan peluang kepada parti lain memikul amanah rakyat serta mentadbir negara.

PRK Bukit Gantang dan Bukit Selambau menunjukkan bahawa pengundi-pengundi Cina dan India menolak politik perkauman UMNO secara terang-terang. Orang Melayu sudah mengundi DAP dan orang Cina dan India sudah mengundi PAS. Politik non-partisan akan mendominasi politik Malaysia.

In short, Muhyiddin Yassin must be out of touch with the voters on the ground and failed to understand the sentiments and aspirations of the Malaysian electorate.

cheers.