02 March 2009

SPRM - Bukankah hadiah lembu lebih sopan daripada penyapu.....

Tindakan Angkatan Muda Keadilan (AMK) menghadiahkan lembu sebagai simbolik berhubung isu siasatan penyalahgunaan kuasa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim “merupakan penghinaan kepada kerajaan.”

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Ahmad Said Hamdan berkata, menghina kakitangan awam yang menjalankan tugas mereka juga satu kesalahan.

“Ia adalah penghinaan kepada kerajaan. Kita telah buat laporan polis mengenai hal itu dan kini terserah kepada polis.

“Menghina kakitangan kerajaan yang menjalankan tugas mereka adalah satu kesalahan,” kata beliau dalam temu bual dengan Sunday Star baru-baru ini.

Tambah beliau, anggota AMK menggunakan lembu untuk memperolokkan orang lain.

-------------------

Ahmad Said cakap pasai apa nak menghina kakitangan gomen? Pasai depa kerja tak betul. Sebaliknya kalau kakitangan gomen pula hina rakyat dengan tindakan yang berat sebelah tak apa pula!

Ahmad Said ooiiii.... ingat sikit duit gaji engkau dan kakitangan gomen itu rakyat yang bayar.

Kalaulah rekod keluar masuk Imigresen pun boleh kakitangan gomen padam, inikan pula membuat tuduhan palsu.

Sebodoh-bodoh lembu ada jugak gunanya, untuk buat kenduri atau korban. Tapi sebodoh-bodoh ketua jabatan macam ketua SPRM ini dok jadi lembu pawah gomen seduit pun tak guna.

Nasib baik AMK hadiah lembu, kalau Khir Toyo dan lama dia bagi penyapu.......

Baca di sini, sini dan sini.

cheers.

1 comment: