Krisis politik di Perak semakin meruncing. Buat seketika ini tiada nampak jalan penyelesaian yang baik bagi kedua-dua pihak. Suatu ketika dahulu, ia nampak seperti tuah di tangan BN apabila 3 ADUN PR mengistiharkan sokongan kepada mereka lalu bersegera mencanangkan peralihan kuasa. Semuanya dilakukan secara tergesa-gesa tanpa perancangan yang rapi.
Apakah kejadian ini kerana Najib begitu licik bermain sandiwara politiknya? Najib bukan licik. Najib begitu gopoh dan flip-flop, lebih flip-flop dari Pat Lah dan sanggup langgar semua pantang-larang yang ada. Kini kesan buruk mula terasa. MB baru dan exconya tak katahuan hala. Nak buat apa pun semua tak kena. Politik Perak sudah jadi cacar marba…….
Speaker panggil sidang DUN tergempar tapi Najib kata persidangan tidak sah kerana mahkamah belum buat keputusan akan siapa MB Perak yang sebenar? Speaker nak teruskan juga kerana itu adalah termaktub dalam bidang kuasanya. Zambry jadi kalam kabut lalu fail injunksi mahkamah untuk menghalangnya. Injuksi mahkamah ini bertujuan untuk mengenepikan keputusan Speaker.
Kalau dewan bersidang gomen Zambry akan kantoi kerana bila dikemukakan undi tidak percaya kepada gomen Zambry, dah tentu PR menang... Apa taknya, 28 lawan 21. Nazir boleh jadi MB semula dan mohon Sultan untuk bubar dewan.
Bila depa(UMNO/BN) dah terdesak dah tak tahu nak pikiaq lagi… Akhirnya mereka arah setiausaha kerajaan negeri kunci dewan. Bahalol betoi!
Pendekata DUN Perak tak akan bersidang. Tetapi mereka sedar atau tak kalau dah cukup 6 bulan tanpa persidangan, dengan sendirinya DUN akan dibubarkan. Pilihanraya kena diadakan. Itulah yang rakyat hendak, tapi UMNO/BN cuba nak elak........
Kemelut politik di Perak telah mengwujudkan satu scenario di mana setiap individu cuba memberi tafsiran undang-undang cara tersendiri. Malah,kini setiap undang-undang itu cuba dibuangnya ke dalam longkang. MB Perak telah menfailkan injunksi untuk mengenepikan “suspension order” yang menghalangnya dan exconya menghadiri siding dewan. This is a case where the courts cannot interfere and the Speaker cannot be simply removed.
Tindakan sebegini adalah diluar dugaan, kerana lazimnya mahkamah tidak boleh mengkaji semula keputusan dewan,malah mahkamah tidak mempunyai kuasa berbuat demikian mengikut doktrin pengasingan kuasa.
Bila Karpal Singh digantung oleh speaker Dewan Rakyat, untuk seberapa ketika, Karpal Singh tidak pernah menfailkan injunksi terhadap keputusan tersebut, kerana Karpal Singh arif dengan undang-undang sedia ada dan Karpal Singh tahu tidak ada mahkamah yang boleh mengubah keputusan tersebut. Tapi, lain cerita pula dengan si Zambry ini pula, buat ikut suka hati dia hinggakan segala undang-undang dan hukum hakam diketepikan untuk menjamin survival UMNO/BN serta dirinya.
Seandainya, precedent itu dibenarkan berlaku di Perak, yakni mahkamah boleh ubah sebarang keputusan Speaker DUN maka hal yang sama boleh berlaku di mana-mana negeri termasuk Dewan Rakyat. Dalam ertikata lain, mana-mana ahli dewan yang diarah ‘gantung’ oleh Speaker, maka ahli tersebut boleh merujuk kepada mahkamah untuk membatalkan keputusan.
UMNO/BN kenalah bersikap adil, jika UMNO/BN mahu bermain cara begini, pihak pembangkang pun boleh berbuat demikian dan UMNO/BN harus menerima hakikat ini sekiranya peristiwa yang sama terjadi kepada mereka di Dewan Rakyat atau mana-mana DUN negeri di bawa kuasaan UMNO/BN.
Zamry said, "If anyone is involved in tomorrow's assembly, the state government would not compromise with anyone or any group which threatens national security, particularly in Perak."
Kenapa Zambry ugut sedemikian? Adakah ahli-ahli PR ini anasir yang ancaman keselamatan negara? Adakah ini tanda ISA akan digunakan? Sekiranya ini berlaku akan terkuburlah BN/UMNO buat selama-lamanya.
Kini Ketua Polis Negeri Zulkifli Ahmad pula menjelaskan bahawa sidang tergempar DUN ini adalah tidak sah. Soalnya Ketua Polis Perak ini guna bidang kuasa polis yang mana pula untuk keluarkan kenyataan bahawa sidang tergempar DUN yang dijadualkan itu adalah haram? This clearly shows that the Police are meddling in politics against the wishes of the rakyat, while instead they should be protecting the rakyat against an evil regime.
Cara yang legitimate untuk selesaikan impasse politik cacar marba di Perak ini adalah dengan membubarkan DUN dan adakan pilihanraya yang baru. Biar rakyat Perak tentukan siapa yang mereka mahu pilih untuk bentuk gomen baru. UMNO/BN dan Pakatan Rakyat perlulah bersikap gentleman untuk menerima keputusannya kelak. Elaklah konfrantasi ini dan UMNO/BN jangan lagak seperti gangster dan menggunakan pihak polis untuk menunjukkan serta mempertahankan kuasa mereka.......... Waulahualam.
Baca di sini, sini, sini, sini, sini dan sini.
Dont play...play.....lets hope and pray.........
cheers.
Woi..Slumdog Tuan Sadiq Sigaraga Zambery a/l Abdool Kadeer Mamak Bendahara (MB) negeri Perak sudah le…lepas nih pi jadi pelayan kat restoran mamak di Ipoh, Lumut or Perak dan aku boleh pesan order macam nih:- "Tosai telor sama teh tarik satu..!! Cepat sikit hah..!! Dey Thamby Sadiq son of Kadeer..yenara..!! Hurry..Hurry..up la!!" Chiit..!!
ReplyDelete