Datuk Seri Anwar Ibrahim enggan memberi respon atau menjawab sebarang pertuduhan seperti yang dicabar oleh bekas Setiausaha Politiknya, Mohamad Ezam Mohd Nor mengenai dua perkara penting yang didedahkannya sewaktu berkempen di Kuala Terengganu kelmarin. Beliau sebaliknya mendakwa Ezam diperalatkan oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam kempen pilihan raya kecil Kuala Terengganu untuk meraih undi.
"Saya tidak pernah respons kepada Ezam, sejak bila saya respons kepada dia?
"Di Permatang Pauh mereka gunakan dia, setiap pilihan raya kecil dia akan digunakan," katanya dalam sidang media di bangunan Parlimen hari ini.
Semalam, Ezam yang juga bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendedahkan bahawa bekas Timbalan Perdana Menteri itu pernah memintanya supaya menguruskan langkah berdamai dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak sampai seminggu selepas dipecat. Malah Ezam turut mendedahkan tarikh tepat beliau melihat kandungan enam kotak rahsia yang dikaitkan dengan kononnya bukti gejala rasuah pemimpin-pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) semasa berada dalam kerajaan.
Ditanya sama beliau ingin menafikan atau mengakui mengenai pendedahan Ezam itu, Anwar berkata, isu merupakan isu lama yang sudah tidak relevan.
"Dia cakap mengenai isu bila, 1998? Sekarang sudah 2009, dia tunggu 11 tahun untuk fikir," katanya.
Bagaimanapun Anwar yang juga Ketua Pembangkang di Parlimen berkata isu yang dibangkitkan Ezam tiada kaitan dengan pilihan raya kecil Kuala Terengganu.
"Apa isunya? Saya tak nampak sebarang isu yang cuba beliau bangkitkan," katanya.
source: malaysiakini
Aku pun dah bosan dok dengaq si Ezam si raja sumpah ini...... di Permatang Pauh dan di Kuala Terengganu tak habis dok jaja isu yang sama, soal peribadi Anwar, cakaplah sikit pasai masalah rasuah pemimpin-pemimpin UMNO yang mana dok hot-hotkan dulu.......... Pokoknya Anwar jangan dok layan mangkuk hanjut dan ejen UMNO seekoq ini. Aku tak mau cakap lagi pasai Ezam tapi bacalah komen Wan Fauzin ini bertajuk "Dedah Atau Tidak Surat Anwar,Kami Tetap Sokong PAS" seterusnya...........
Telah banyak artikel dan ulasan dikeluarkan berkenaan dengan Raja Sesumpah Ezam. Saya tidak pernah jemu untuk turut serta mengulas isu yang sama kerana bagi saya memadai saya serta beberapa rakan lain yang hanya penyokong di balik tabir ini berdepan dengan Raja Sesumpah. Ezam bolehlah disamakan setaraf dengan kami sahaja, sebab itu amat melucukan bila Ezam mahu berdepan dengan DS Anwar. Tinggi sungguh cita-cita beliau untuk menumpang populariti DS Anwar.
Kenyataan terkini beliau setakat ini ialah untuk mendedahkan `surat perdamaian' di antara DS Anwar dengan Tun Mahathir yang dikatakan ditulis tangan oleh DS Anwar pada bulan Sept sewaktu DS Anwar mula-mula dipecat. Raja Sesumpah yang juga merangkap Raja Kotak ini seolah-olah mengugut bahawa samada DS Anwar menjawab tuduhannya atau tidak, beliau tetap akan dedahkan surat tersebut pada hari Rabu ini nanti. Kita juga hendak menjawab kepada Ezam, bahawa `Sama ada Ezam dedahkan surat tersebut atau tidak, rakyat di Kuala Terengganu tetap akan mengundi PAS' . Rakyat di Kuala Terengganu khususnya telah memahami tektik Ezam yang menyerang DS Anwar secara peribadi adalah semata-mata untuk mengalahkan PAS di Parlimen Kuala Terengganu. Secara lojiknya, medan terbaik untuk Ezam menguburkan DS Anwar adalah ketika di Permatang Pauh sebelum ini. Malangnya, ketika itu Ezam telah cuba sedaya upaya untuk `menelanjangkan' DS Anwar, yang berlaku sebaliknya Ezam yang terlondeh seluar lantas berlari ke Indonesia selepas itu.
Mengapa isu `surat perdamaian' yang dikatakan oleh Ezam tidak timbul ketika di Permatang Pauh ? Ini adalah kerana ketika itu, Ezam penuh yakin bahawa isu `sumpah laknat' Saiful Bukhari sehari sebelum penamaan calon sudah cukup untuk membuatkan DS Anwar menyorokkan mukanya di Permatang Pauh. Apakah isu surat kepada Tun Mahathir lebih berbisa jika dibandingkan dengan `sumpah laknat' Saiful ? Apa yang hendak dihairankan jika DS Anwar menulis surat kepada Tun Mahathir kerana ketika itu peluang untuk DS Anwar untuk berjuang bersama UMNO dan dikembalikan jawatan yang dipecat secara zalim itu mungkin ada ? Umpama seseorang yang telah diberhentikan kerja oleh majikannya, apa salahnya pekerja itu merayu untuk kembali bertugas apatah lagi pemberhentiannya dilakukan secara tidak adil ? Jika benar sekalipun DS Anwar cuba untuk berdiplomasi dengan Tun Mahathir ketika itu, itu adalah hak beliau.
Apakah Ezam beranggapan dengan tersebarnya surat DS Anwar tersebut akan menghilangkan keyakinan Pakatan Rakyat dan penyokong-penyokong DS Anwar? Semua penyokong terutamanya pimpinan Pakatan Rakyat telah mengetahui bahawa DS Anwar dahulunya UMNO dan terdapat beberapa tindakan DS Anwar semasa berada di dalam UMNO yang mungkin tidak menyenangkan rakyat atau parti pembangkang. Hakikatnya sekarang DS Anwar telah kembali kepada rakyat dan tunduk kepada kemahuan rakyat yang inginkan perubahan, tidak seperti Ezam yang tunduk kepada UMNO untuk hidup. Kami sedia melupakan apa jua kesalahan dan kesilapan DS Anwar ketika dahulu asalkan DS Anwar sanggup berkorban demi kesejahteraan rakyat. `Buang yang keruh, ambil yang jernih' itu adalah prinsip yang dipegang oleh kami sebagai penyokong Pakatan Rakyat. Sebaliknya, apa jua pengorbanan yang telah Ezam lakukan di masa lampau walaupun terlalu sedikit di mata kami, tetap kami akan lupakan dari ingatan kami selagi Ezam bersekongkol dengan puak yang sepanjang masa menzalimi rakyat. Oleh itu, sia-sia Ezam untuk memecah belahkan ikatan kami yang semakin kuat ini dengan menjadikan musuh peribadi beliau DS Anwar sebagai sasarannya.
Kemenangan kami, InsyaAllah, di Kuala Terengganu nanti adalah merupakan kemenangan buat perjuangan Islam dan rakyat jelata bukan kemenangan DS Anwar selaku individu. Tetapi, jika UMNO tewas di Kuala Terengganu bukan sedikit yang akan mengatakan `badi' atau `bencana' yang dibawa oleh Ezam semenjak di Permatang Pauh adalah puncanya. Saya akan mengulas lanjut perihal Raja Sesumpah ini kerana saya juga teramat ingin melihat `surat perdamaian' yang akan diedarkan oleh Mamat Posmen ini nanti. Apakah benar isi kandungan surat tersebut akan berjaya mengatasi `hit' atau `Box Office' `Drama Bangsawan Sumpah Laknat' sebelum ini. - Wan Fauzdin
Baca sini dan sini.
cheers.
Woi, Ezam raja sesumpah apa ngarut sangat ni...tak pasal-pasal nak cerita pasal Dato Seri Anwar yak ada kerja lain ke,yang lepas tu lepas le, awat engkau ingat engkau bagus sangat ke..nak cerita pasal orang,orang dah jadi Ketua Pembangkang kat Parlimen nanti nak jadi PM Malaysia pula, engkau jadi apa? buat dosa saja cerita hal orang..dah lepas tu lepas le ingatlah Allah sama,jangan dok fikir tungkat langit,lagi engkau cerita pasal Anwar lagi itu kami akan sokong Pakatan Rakyat. Amin!
ReplyDeleteYg den kagum dgn Ezam nih satu je.. Gaya die cakap, lenggang lengguk nye sebijik mcm Anwar, terpesona je.. Takat tuh je la , lain tuh takde muekekekekekekke
ReplyDeleteapa salahnya kalau ezam pi turun ceramah KT tolong bossnya skrg (baca pklah, kj, wan parid) guna peluru lapok bantai boss lamanya. musim cari makan pembuka tirai 2009! jgn undi ke umno/bn merudum udah ler. ana jangka merudum pada 170109 ni.
ReplyDeleteAku punya on the ground sources in KT notify me that PAS will win with > 1000 majority...InsyaAllah let us pray for this...
ReplyDeleteundi pos?
ReplyDelete