27 November 2008

Markah lulus UPSR untuk 3 subjek - Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains hanyalah 20% sahaja??......


"……….keputusan UPSR, cerita nasib Bahasa Melayu dalam situasi pengajaran dan pembelajaran sistem pendidikan negara, nasib mata pelajaran Kesusasteraan Melayu dan Sejarah masih belum selesai meski kita telah menikmati usia kemerdekaan 51 tahun. Hati bertambah rawan mengenang nasib bahasa yang makin terpinggir di negara sendiri dan isu PPSMI yang tak sudah-sudah.

Bagi meneruskan kelangsungan PPSMI, dengar cerita markah lulus UPSR untuk 3 subjek iaitu Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains hanyalah 20% sahaja. Apalah akan jadi kepada nasib anak-anak bangsaku ini. Angkara siapakah ini, bangsaku dan bahasaku hampir hancur lebur dan jadi cacamerba. Ke mana lap top dan wang rakyat berbilion ringgit semata-mata untuk PPSMI? Guru-guru masih mengajar menggunakan bahasa Melayu sedangkan mereka dibayar elaun untuk itu."

Demikianlah keluh seorang rakan saya yang diluahkan melalui email saya terima baru-baru ini. Saya tidak mahu persalahkan beliau kerana rasa frustnya terhadap soal bahasa, keputusan UPSR terutama bagi subjek-subjek Bahasa Inggeris(BI),Matematik dan Sains. Walaupun telah diwar-warkan oleh Pak Menteri kita dengan sang kutu-kutunya di Kementerian Pelajaran Malaysia bahawa keputusan UPSR bagi 3 subjek-subjek tersebut telah meningkat dan menunjukkan prestasi pencapaian yang baik, namun dari segi realitinya adalah sebaliknya.

Baru-baru ini saya sempat bertemu beberapa orang guru dari beberapa buah SK dan SRJK di luar bandar yang datang bercuti di sini. Bila saya bertanya khabar tentang UPSR dan status PPSMI mereka menggeleng kepala masing-masing. Mereka memaklumkan bahawa keputusan UPSR,
terutamanya bagi subjek Matematik,Sains dan BI adalah indah khabar dari rupa. Sungguhpun bilangan yang lulus dalam subjek ini meningkat tetapi jika diteliti dari segi kualitinya ia tidaklah memberangsangkan.

Ada di antara mereka rasa hairan kenapa tiba-tiba bilangan murid-murid yang mendapat pangkat A dalam Matematik,
Sains dan BI tiba-tiba berkurangan,sedangkan secara purata bilangan yang lulus dalam subjek-subjek tersebut meningkat secara mendadak?

Yang lebih menghairankan ialah murid-murid yang mereka tahu sememangnya tidak boleh lulus dalam ketiga-tiga subjek itu tiba-tiba secara mistri telah lulus dengan memperolehi pangkat C dan ada setengah mendapat pangkat B.

Mungkinkah markah untuk subjek-subjek ini telah dimanipulasikan, sehinggakan markah untuk lulus subjek tersebut diturunkan sehingga 20% seperti mana yang dinyatakan oleh rakan saya di atas ?

Perkara seperti ini tidaklah menghairankan, masakan rekod imigresen Altantuya Shaaribuu boleh dengan tiba-tiba boleh hilang dan terpadam daripada data bank Jabatan Imigresen, inikan pula keputusan peperiksaan UPSR yang dengan mudah boleh dimanipulasikan tanpa pengetahuan sesiapa pun........

Apa kata Pak Menteri Hishamuddin?. Bolehkah dia menjawab misteri ini.......

Over to you sir……..

cheers.

3 comments:

  1. Saudara,
    Inilah akibat dasar kerajaan yang mengadaikan meritokrasi demi utk meraihkan undi. Islam yang menuntut keadilan dan pemburuan ilmu tidak diberikan perhatian ttp yg ditekankan adalah kawalan & kawalan kerana pandangan ini lebih menonjiol. Tanyalah pengarah-pengarah di Kem Pend. yang memanipulasikan markah hya untuk "feel good" feeling......

    ReplyDelete
  2. betol bro..jgn kata upsr,PMR,SPM,semua sama sahaja,berapa ramai yg dapat 6A,7A,8A dalam SPM,bagaikan perkara biasa..tidak seperti dulu,mereka yg ke universiti di sanjung,diarak naik bus,tp skarang,berapa ramai yg ke University..

    ReplyDelete
  3. ...dah jadi macam di India,driver teksi pun mempunyai Phd....

    nak buat macam mana semua universiti di sini dipacak agen2 UMNO....yang pikiran mereka macam si katak di bawah tempurung......

    cheers.

    ReplyDelete