12 June 2008

Wacana Perdana sempena 100 hari gomen Pakatan...

Pakatan Rakyat menguasai Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Perak dan Kelantan. Selain itu menguasai Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Pada 17 Jun ini genaplah 100 hari kerajaan Pakatan Rakyat yang menguasai lima negeri, sekaligus meleyapkan legitimasi Umno dan Barisan Nasional (BN) yang bertakhta sejak 50 tahun lalu.

Sempena dengan sambutan ulangtahun tersebut kerajaan Kelantan akan menganjurkan wacana khas dengan menampilkan tokoh yang dikenali ramai.

Mereka ialah Mufti Kerajaan Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin, pakar undang-undang perlembagaan dari UIA, Prof Dr Abd Aziz Bari dan anggota Parlimen Machang, Saifudin Nasution Ismail.

Tiga tokoh tersebut yang berlatarbelakangkan politik, agama dan ahli akademik akan mengupas tajuk 100 Hari Pemerintahan Pakatan Rakyat pada wacana perdana yang akan diadakan pada 21 Jun ini bertempat di Balai Islam, Lundang.

Pengarah program, Ustaz Ahmad Baihaqi Atiqullah berkata, program itu diadakan khusus sempena 100 hari kerajaan Pakatan Rakyat mentadbir Kelantan dan empat negeri lagi.
"Untuk itu orang ramai dijemput hadir bagi mendengar sendiri perbincangan tajuk yang cukup menarik sekarang," ujarnya yang juga Ketua Penerangan PAS Kelantan.

sumber:Global Media Channel

pi jangan tak pi...........

cheers.

No comments:

Post a Comment