25 June 2008

Parlimen menolak usul tergempar LKS............

Seperti yang dijangka sidang Dewan Rakyat hari ini menolak usul yang dibawa oleh Lim Kit Siang berkaitan dengan pengakuan berkanun yang dibuat oleh Raja Petra Kamaruddin
(RPK) mengenai pembunuhan Altantuya Shaaribuu.

Lim Kit Siang telah memberikan notis usul itu di bawah Peraturan Meyuarat 18(2) bagi menangguhkan sidang Dewan Rakyat untuk membincangkan satu isu mengenai kepentingan ramai yang perlu disegerakan.

Usul yang difailkan Lim Kit Siang melibatkan pengakuan berkanun yang dibuat RPK,tuan punya laman web Malaysia Today mengenai dakwaan pembabitan Pat Lah,Khairy,Najib dan Rosmah dalam kes pembunuhan Altantuya.

RPK telah membuat pengakuan berkanun mengenai dakwaan penglibatan beberapa individu dalam kes itu pada 18 Jun lalu.

Sementara itu Agenda daily melaporkan,Pat Lah sebagai berkata dakwaan yang dibuat oleh pengendali laman Malaysia Today ,Raja Petra Kamarudin dalam akuan bersumpahnya bahawa isteri Najib, Rosmah Mansor ada dilokasi pembunuhan Altantuya tidak betul.Menjawab soalan dalam sidang akhbar lepas satu mesyuarat di bangunan Parlimen Pat Lah juga kata dia tidak percaya Najib dan Rosmah terlibat dalam pembunuhan itu.

Pat Lah juga sahkan bahawa Peguam Negara sedang menyiasat surat akuan bersumpah Raja Petra itu yang dibuat di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Rabu lalu. Pat Lah juga nafi dia ada terima laporan risik pihak tentera yang dakwa ada bukti Rosmah ada di lokasi pembunuhan Altantuya seperti dakwan dalam akuan bersumpah Raja Petra itu. Surat akuan bersumpah berkenaan tersebar luas dalam internet.

-------------------------

Sekiranya dakwaan itu tidak betul seperti yang nyatakan Pat Lah,apa yang betul? Adalah tidak menasabah bagi seorang TPM tidak tahu langsung kisah pembunuhan tersebut,sedangkan orang yang terlibat adalah mereka yang begitu rapat dengannya. Juga,adalah mustahil bahawa ketiga-tiga pertuduh yang terlibat itu bertindak sendirian tanpa arahan dari orang atas? Kalau begitulah kehendaknya macam mana mereka boleh akses kepada peledak C4?

Somehow and somewhere there is a missing link..... Namun demikian adalah tidak adil bagi Najib dan Rosmah jika tuduhan baru itu dibuat tanpa sebarang bukti-bukti sahih. Dalam situasi ini,mungkin RPK mempunyai bukti-bukti sahih yang serba lengkap,sebab itu RPK sanggup membuat perakuan berkanun itu dan sanggup menerima risikonya. Jika setakat membuat laporan polis memang sia-sia kerana sudah tentu laporan itu akan dibuang ke dalam tong sampah saja. Najib dan Rosmah juga sewajarnya jangan berdiam saja,sebaliknya hendaklah cuba membesihkan nama mereka.

Polis dan Jabatan Peguam Negara hendaklah menjalankan siasatan secara terperinci, adil dan saksama 'without fear or favour',kerana kes ini sudah berlarutan dan masih belum tentu arah tujuannya. Mungkin dengan maklumat baru ini kes Altantuya akan berakhir dengan selesa.....

Baca di sini,sini,dan sini.

cheers.

No comments:

Post a Comment