Ketiga-tiga mereka adalah antara orang-orang yang rapat dan menjadi kawan baik dengan Anwar, tetapi tidak bersama Anwar setelah Anwar ditimpa musibah dipecat dari Umno oleh Mahathir Mohamad pada 3 September 1998.
Menurut Rohanie, Anwar mempunyai rupa politik yang berbagai-bagai dan tidak mudah untuk diikuti dan difahami oleh kawan-kawannya. Beliau yang mendakwa orang keempat yang dihubungi Anwar untuk memberi tahu mengenai pemecatannya (Anwar) sebagai timbalan perdana menteri dan menteri kewangan, kata Rohanie Anwar seorang yang pandai berpura-pura dalam politik dan seorang yang yakin dengan apa yang dilakukannya.
Rohanie tidak langsung mengutuk Anwar sebaliknya berkias dengan menekan beliau cukup faham dengan Anwar dan menjelaskan mengapa beliau tidak bersama Anwar walaupun dipelawa menyertai PKR. Bagi menunjukkan betapa Rohanie penting dalam hidup Anwar, Anwar meminta jasa baiknya sebagai Pengerusi BBC BN ketika itu agar membantunya dengan berbuat sesuatu bagi menyelamatkan keadaan, namun ia tidak berhasil. Menurut Rohanie beliau turut sama memberi nasihat kepada Anwar agar tidak mengadakan demonstrasi untuk menjatuhkan Mahathir Mohamad sebalik mengundurkan diri dengan mengerjakan umrah, tetapi tidak dipedulikan Anwar.
Berbeza dengan Mazlan yang agak prejudis dengan Anwar, anak bekas Ketua Pemuda Umno (Haron Idris) itu baginya keperibadian Anwar sungguh teruk sehingga baginya Anwar tidak layak untuk dilantik menjadi walaupun sebagai ketua kampung. "Secara peribadi bagi saya Anwar tidak layak untuk dilantik menjadi ketua kampung," tegasnya. Pandangan itu menurutnya berpandukan kepada hubungan peribadi beliau dengan Anwar Ibrahim dan rekod-rekod dicatat olehnya.
Mazalan mendakwa beliaulah bertanggungjawab membawa Anwar masuk dalam Umno untuk menentang sepupunya Suhaimi Kamaruddin untuk jawatan Ketua Pemuda Umno, mengakui mengenai kehebatan Anwar yang boleh berbuat apa saja demi kepentingan politiknya. Mazlan merujuk kepada dakwaan Anwar yang kononnya akan mengambil alih kerajaan hari ini dalam masa terdekat bukan sesuatu yang ganjil dan mustahil. "Saya tahu kehebatan dan kebolehan Anwar, apa yang beliau suarakan itu bukan sesutau yang mustahil," katanya sambil mengingatkan agar jangan hairan kalau sesuatu mengejutkan berlaku kelak.
Manakala Ibrahim Ali pula cuba mengelakkan daripada memberi persepsi negatif kepada Anwar walaupun majlis hari itu inginkan pandangan demikian. Ibrahim mengelak dengan mengatakan biarlah Anwar dengan perjuangannya (PKR) manakala ahli Umno pula perlu menumpukan perhatian kepada perjuangan memperkasakan dan memperbetulkan parti berkenaan yang sudah lari dari landasan perjuangan sebenarnya.
"Saya harap tuan-tuan tidak memikirkan soal Anwar, biarlah dia dengan perjuangannya. Paling penting tuan-tuan jaga parti tuan-tuan yang sudah hendak hancur itu," ujar Ibrahim.
Isu mengenai Anwar timbul apabila ia dibangkit oleh Ikram Sanusi (anak Sanusi Junid) ketika soal jawab yang ingin pandangan ketiga ahli panel berkenaan mengenai keperibadian, stail dan arah tuju politik Anwar Ibrahim.
Ikram secara tidak berlapik melahirkan rasa tidak puas hati kepada Anwar yang disifatkan sebagai pendurjana bangsa. Majlis forum berkenaan annjuran Gerakan Rakyat Cekal Perak Selatan kelolaan Nasarudin Mohd Raios dihadiri lebih 1,000 peserta terdiri daripada kalangan Pemuda Umno berlangsung di sebuah hotel di Teluk Intan 22 Jun lepas. Forum itu dipengerusikan oleh Zakir.- GMC
--------------------
Aku juga hairan pasai apa dalam majlis forum begini isu Anwar selalu dibangkitkan? Bukankah UMNO dah kata bahawa Anwar sudah tak relevan? Dan aku setuju dengan pandangan Ibrahim Ali yang berkata,"Paling penting tuan-tuan jaga parti tuan-tuan yang sudah hendak hancur itu," UMNO sebaliknya seharus jaga agar parti itu tidak akan pupus serta menjadi tinggalan sejarah..............
cheers.
artikel anda:
ReplyDeletehttp://berita-politik-dunia.infogue.com/
http://berita-politik-dunia.infogue.com/anwar_dari_kacamata_tiga_rakannya
promosikan artikel anda di www.infogue.com dan jadikan artikel anda yang terbaik dan terpopuler menurut pembaca.salam blogger!!!
Well the forum was a little biased to begin with eh?
ReplyDeleteWho care about their opinion..what is the most true picture is UMNO Leaders was the most corrupted people in M'sia. They had ruin this country apart and cheat the Malay for a long time...From 10, they took 8 and give 2 only to the Malays..but yet claimed that they are the champion of the Malay right..At least Anwar is consistence in his policies to fight corruption, nepotisme and cronisme since his day in UMNO.
ReplyDeleteTo all UMNO leaders, the only way to make UMNO survive is for all of you to resign and let the genuine leaders to lead UMNO and wrest back the confident from the Malays.
Taib Son,Isa Samad JE, Rahim Thamby The Rapist still wanna be a leader in UMNO..ha..ha..ha..Who the fuck do they think they are? If these sick people still running UMNO..it will be an easy win for PR in 2012. Let them contest lah..!!
Cerita basi 'anwar dot com' ooi....
ReplyDelete