Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat mengutuskan warkah kepada Raja Petra Kamarudin yang dipenjara dan didakwa di bawah Akta Hasutan kelmarin. Dalam surat yang dihantar ke kediaman pengendali laman web Malaysia Today hari ini, Tuan Guru kagum dengan keberanian Raja Petra mempertahankan kebenaran walaupun terpaksa menerima pelbagai risiko. Beliau turut mengajak Raja Petra mencontohi perjuangan Nabi Yusuf yang tetap istiqamah walaupun dipenjarakan.
Raja Petra dibebaskan hari ini selepas isteri beliau Marina Lee Abdullah membayar wang jaminan sebanyak RM5000. Kes beliau yang disabitkan melalui tulisannya di portal Malaysia Today yang menyentuh Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak terbabit dalam kes pembunuhan Altantuya Shaaribu akan disebut 6 Oktober depan.
Berikut disiarkan teks penuh surat Tuan Guru Nik Aziz:-
8hb Mei 2008/ 2 Jamadil Awwal 1429
YM. Raja Petra Raja Kamarudin
Warkah Simpati dan Pengiktirafan
Saya menerima berita mengenai nasib tuan yang dituduh dibawah Akta Hasutan 1948 dan kini ditahan reman dalam penjara Sg. Buloh sehingga kes disebut di mahkamah pada 6 Oktober 2008 dengan penuh kesedihan.
Bagaimanapun, jauh di hati saya, saya masih terasa kagum kerana di sana masih ada seorang sehebat tuan yang cekal mempertahankan apa yang difikirkan benar.
Prinsip ini cukup selaras dengan dasar anutan Agama Islam kita yang sentiasa bertunjangkan amar makruf nahi mungkar.
Ia kebetulan disebut juga oleh demokrasi dan turut diperuntukkan di dalam perlembagaan kita di bawah perkara kebebasan bersuara dan menyatakan pendapat.
Soal bersalah atau sebaliknya; maka terlanjur tuan telah dituduh di bawah Akta Hasutan, maka ia terpulanglah kepada proses keadilan di mahkamah yang selanjutnya.
Sewaktu Nabi Allah Yusuf 'alaihissalam dikurung oleh pihak berkuasa di zamannya kerana fitnah, Yusuf berkata, "wahai Tuhanku, penjara lebih aku sukai daripada memenuhi ajakan mereka kepadaku. Dan jika tidak Engkau hindarkan daripadaku tipu daya mereka, tentu aku akan cenderung untuk (memenuhi keinginan mereka) dan tentulah aku termasuk orang-orang yang bodoh."
Lantaran istiqomah Nabi Yusuf itu, Allah maqbulkan doa baginda lalu "menghindar Yusuf dari tipu daya mereka. Sesungguhnya, Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (Petikan dari Surah Yusuf Ayat 33 dan 34).
Selaras dengan perkembangan ini, izinkan saya turut bersama mendoakan tuan agar sentiasa dipelihara kesihatan dan keselamatan oleh Allah SWT.
Semoga yang benar itu akan terserlah jua walaupun harganya adalah pengorbanan. Selagi tuan benar dan kita semua benar di sisi Allah SWT, tuan dan kita pada amnya tidak perlu merasa khuatir.
Mari kita terus tabah, bersama dengan perjuangan demi menegakkan yang hak dan menolak kebatilan.
Salam perjuangan. Wassalam.
NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Menteri Besar Kelantan
Merangkap Mursyidul Am PAS
(petikan dari Harakah Daily-Khamis 8 Mei 2008)
On another note, Raja Petra Kamarudin has agreed to post bail after meeting his wife Marina Lee Abdullah at the Sungai Buloh prison this morning. Following this, just after the lunch-hour break, Marina, with the help of Raja Petra's lawyer J Chandra posted bail at the Petaling Jaya Sessions Court. He added that Raja Petra could be released anytime after 9am tomorrow.
Latest : Raja Petra Kamarudin has been released on bail at 9.30am at the Petaling Jaya Sessions Court today and now taking his rest, at home.
He claimed to have met two of the accused in the Altantuya Shaaribuu trial - Sirul Azhar Umar and Azilah Hadri - in Sungai Buloh prison where he was remanded since Tuesday. Both of them shouted and threatened him and the prison authority was worried about his safety, he told reporters on being released.Since they couldn’t guarantee his safety, the authorities have asked him to post bail and he agreed.
He also said that he did not go on hunger strike as reported earlier but had refused to eat food provided by the prison. “The food is paid by rakyat (the people). I don’t think the rakyat money is being well spent,” he said.-(source Malaysiakini)
Welcome back RPK.......
cheers.
No comments:
Post a Comment