26 April 2008

Raba - Bekas menteri beri keterangan kpd. polis....

Polis sudah memanggil seorang bekas menteri untuk memberi keterangan berhubung dakwaan beliau mencabul kehormatan seorang pembantu penyelia di sebuah hotel di sini pada 14 April lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman, berkata bekas menteri bergelar “Datuk Seri” itu dipanggil memberi keterangan pada 11 pagi ini.

“Polis akan meneruskan siasatan mengikut prosedur biasa walaupun mangsa menggugurkan dakwaan terhadap bekas menteri itu,” katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau berkata sebaik selesai laporan, kertas siasatan akan dihantar kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut. Pada Jumaat lalu, wanita berusia 30-an itu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields berhubung dakwaan itu tetapi dua hari kemudian menarik balik laporannya. — petikan dari Bernama.
------------------------------------
Lazimnya dalam kes-kes high profile sebegini, pihak Peguam Negara akan tutup fail, kerana mereka tak mahu gomen tanggung malu. Lain pula ceritanya,kalau orang yang melakukan itu berasal dari parti pembangkang. Habis semua media massa akan menjadikan berita utama dan akan dijaja selama 40 hari dan 40 malam. Tetapi bila orang depa yang buat,cepat cari jalan nak tutup. Sipompuan yang diraba itu pula kenapa pula kenapa dia tarik balik repot polisnya? Adakah dia disogok atau digertak oleh samseng-samseng bekas menteri tersebut?

Kalau sipompuan itu tak disogok sudah tentu kes ini akan lekat, loyarnya pun hebat orangnya. Mungkin sipompuan itu telah ditawarkan ganjaran yang lumayan, sudah tentu macam-macam boleh jadi. Macam cerita kes rogol budak di bawah umur bekas Ketua Menteri Melaka dulu. Lawan punya lawan,akhirnya perogol bebas,yang kena rogol pula dapat ganjaran yang lumayan, yang buat repot, Lim Guan Eng,pula yang masuk penjara 2 tahun.

cheers.

No comments:

Post a Comment