"BISA" SEORANG BERNAMA ANWAR - ARIFFUDDIN ISHAK
SEORANG pembaca mStar, Lia Shiela, pernah menulis, 'Anugerah Pelakon Terbaik' milik Datuk Seri Anwar setelah membaca laporan yang bekas Timbalan Menteri Malaysia itu ditahan selama 30 minit di lapangan terbang Kuala Lumpur seperti yang dilaporkan di dalam laman web Malaysiakini pada bulan Disember tahun lepas.
Kononnya, laporan itu tidak berasas sama sekali dan cuba mempropagandakan keadaan semasa yang sedang berlaku ketika itu. Kata Lia, 'lakonan' Anwar yang diibaratkan sebagai hero Bollywood itu sengaja dilakukan untuk meniupkan lagi api semangat penyokong beliau yang sememangnya ekstremis dan tidak tahu mengikut peraturan undang-undang yang ditetapkan.
Namun empat bulan selepas pendapat itu disiarkan, ahli politik yang selalu melaungkan dirinya sebagai pejuang rakyat dan pejuang reformasi telah memeranjatkan ramai pihak apabila dengan mudah memberi kemenangan besar pada Pakatan Rakyat di Pilihan Raya 12 pada 8 Mac.
Malah undian yang dijalankan oleh pihak mStar on-line ....'Adakah 'come-back' Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi impak besar kepada senario politik negara?' jawapan yang diterima di luar jangkaan kerana 86.8% berkata Ya, 8.2% berkata Tidak dan hanya 5% Tidak pasti.
KEMENANGAN PAKATAN RAKYAT KERANA ANWAR?
Satu kemenangan yang begitu manis sekali bagi pihak lawan. Mengikut percaturan Anwar yang sememangnya seorang 'strategis' semuanya kerana satu pakatan yang bersepadu dari semua komponen baik DAP, Pas mahupun Parti Keadilan Rakyat (PKR). Di saat pihak Barisan Nasional cuba meneruskan propagandanya, Anwar dalam senyap telah membuat banyak komplot dan pakatan untuk menumbangkan parti pemerintah. Telahan yang dibuat oleh bekas 'orang kuat' PKR, Dr Chandra Muzaffar bahawa undi simpati tidak lagi berpihak kepada PKR kerana Anwar sudah bebas dari 'sangkar besi' juga meleset.
Malah beliau kini 'terbang' bebas bagi meneruskan misi utamanya iaitu menggulingkan kerajaan. Buktinya, pihak pembangkang memenangi 82 kerusi Parlimen, pencapaian yang terbaik pernah dicipta dalam mana-mana pilihan raya.Jika di pilihan raya umum 2004 PKR hanya memiliki satu kerusi Parlimen, hari ini ia merupakan parti pembangkang yang mempunyai kerusi terbanyak di Dewan Rakyat. Malah, isteri dan anak Anwar, Nurul Izzah kini sedang bersiap sedia ke Parlimen. Pada akhir tahun 2006, Anwar pernah mengumumkan yang beliau akan bertanding dalam pilihan raya umum ke-12, yang telah diadakan baru-baru ini. Walaupun impiannya tidak menjadi kenyataan, mimpi indahnya telah direalisasikan oleh rakan-rakannya yang bersungguh-sungguh ingin menyaksikan Barisan Nasional tumbang.
Ketika isteri beliau Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang juga bertindak sebagai Presidan PKR membuat kenyataan yang beliau akan mengosongkan kerusi Parlimen Permatang Pauh dalam suku kedua tahun ini bagi memberi laluan kepada Anwar kembali ke Parlimen, ramai masih tertanya-tanya, adakah mungkin perkara ini akan berlaku? Wan Azizah menyandang kerusi Presiden sejak kali pertama bertanding pada tahun 1999 dan sebelum itu ia dimenangi Anwar ketika berada dalam UMNO. Rencana seterusnya baca di sini.
AFP pula melaporkan, Anwar meramalkan beliau akan menjadi perdana menteri "dalam tempoh tiga tahun ini". Katanya, tiada jangka masa jelas tentang tarikh beliau akan menjadi perdana menteri tetapi meramalkan tempohnya "tidak sampai tiga tahun lagi". "(Tetapi) saya bukannya tergesa-gesa," katanya kepada agensi berita antarabangsa itu.
Menurut beliau beberapa ahli parlimen BN di Sabah telah membuat keputusan untuk menyertai Pakatan Rakyat dan sedang menunggu masa yang sesuai, selewat-lewatnya 31 Ogos depan. "Apa yang menahan mereka ialah pengaturan masa. Ahli-ahli parlimen ini belum pun mengangkat sumpah di parlimen (lagi). Kami bukanlah tergesa-gesa," katanya kepada pemberita di Kota Kinabalu dalam lawatan ke negeri itu, hari ini.
Walaupun parti-parti komponen BN di Sabah dan Sarawak telah membuat penafiannya namun lawatan Anwar ke Sabah dasn Sarawak telah memanaskan lagi cakap-cakap tentang isu lompat parti yang dimulakan daripada kenyataan beliau sejak kemenangan besar PKR,DAP dan PAS pada 8 Mac.
Kemungkinan ini boleh berlaku, jika prestasi Pat Lah kian menurun. Permintaan ahli-ahli UMNO daripada beberapa buah negeri untuk Pat Lah menyediakan jadual peralihan kuasa memberi impak yang besar terhadap kewibawaan Pat Lah. Sungguhpun Pat Lah cuba mahkotakan manifesto pilihanraya 2004nya(bukan 2008), seperti memulihkan sistem kehakiman, badan pencegah rasuah, dsbnya., bukankah ini sudah terlewat?
Pat Lah seharus bertindak dari dulu lagi, semasa dia mengambil alih kuasa daripada Mahathir,tetapi dia tidak berbuat demikian kerana penasihat-penasihat tingkat 4 JPM serta menantu dan anaknya melarang Pat Lah dari melakukannya. Ini membolehkan anak pinaknya serta kroni-kroninya memporak perandakan khazanah negara.
Anwar tidak seharus tunggu sehingga hari merdeka untuk jadi PM. Saya rasa dengan beberapa wakil rakyat UMNO yang ada sekarang,yang sudah bosan dengan sandiwara Pat Lah/Najib sanggup tukaq kapai bila-bila masa saja. Baca di sini, sini dan sini.
cheers.
Apa-apa pun,Anwar hang kena jadi MP dulu. Setakat dok cakap saja tak cukup.
ReplyDeleteTersilap cakap nanti Karpal Singh pula yang jadi PM.
salam bro..blh ajar buat blog bg cantik tak?sy org baru..http://monopolyclothing.blogspot.com/
ReplyDeleteAnwar playing a political game, says Najib - IZATUN SHARI
ReplyDeleteDatuk Seri Anwar Ibrahim's claim that Pakatan Rakyat can form the next government by Sept 16 is part of his political gamesmanship, said Datuk Seri Najib Tun Razak.
"He can make all sorts of claims. He will make all sorts of claims. It is part of a political gamesmanship he is playing," the Deputy Prime Minister told reporters Thursday after visiting the 11th Defence Services Asia exhibition and conference here.
He was asked to respond on Anwar's claim on Wednesday, which was made during his two-day visit to Sabah.
Asked what measures Barisan Nasional is taking to avoid potential crossovers by Sabah and Sarawak MPs to the Opposition as claimed by Anwar, Najib said, "We don't expect that they will leave the ruling party."
He said hopefully, the MPs would remain loyal to Barisan because the ruling coalition has served the nation all this while.
"Barisan MPs won in the March general election under the Barisan ticket. They must be confident that the country's future is guaranteed under the ruling coalition."
Sabah and Sarawak hold 50 out of 140 parliamentary seats belonging to Barisan and the Opposition needs at least 30 MPs in order to form the government.
On Foreign Minister Datuk Seri Dr Rais Yatim's proposal for Umno to set up a special commission to probe the reasons for the party's dismal performance in the elections, Najib dismissed it saying: "There's no need for such a commission."
Shabery: BN not worried about MPs crossing over - JANE RITIKOS
ReplyDeletePakatan Rakyat should not be shocked if its MPs defect to Barisan Nasional instead of the other way round, said Information Minister Datuk Ahmad Shabery Cheek.
He said Barisan was not worried about its MPs crossing over to the Opposition coalition but it was Pakatan Rakyat that should be afraid.
Asked whether Barisan was worried about PKR de factor leader Datuk Seri Anwar Ibrahim's statement that many Sabah Barisan MPs were ready defect to the Opposition seeing that the state has a history of MPs party hopping, Shabery said:
"We are not worried especially with what is being done by PKR. (Anwar) should realise that Malays are very angry.
"It's not that I want to play up racial sentiments with regards to the pig farming issues. But is this the priority issue of the government led by PKR? Does it mean that the whole issue being spoken about by PKR on a clean government and transparency starts with a pig farming project?" he asked.
Shabery, who spoke to reporters after inspecting preparations for the live telecast of the Parliament session, said Pakatan Rakyat component parties shouldn’t be surprised if this caused their MPs to defect.
When this happens Anwar's party would be an even smaller group, he said.
He said Anwar had been dreaming for a long time of becoming a Prime Minister and it would also be just a dream for him to win over the Barisan MPs.
"He must admit that PKR is a party that just makes a loud noise but only has 31 MPs. Even though PKR has formed a coalition, it still depends a lot on its other partners.
"It is still Umno that is the biggest and strongest party in the country, that can determine the long-term power of Umno and Barisan," he said