25 April 2008

Kes raba - bekas Menteri akan terus disiasat polis...

Polis akan teruskan siasatan mereka berhubung dengan kes raba buntut oleh seorang bekas Menteri, walaupun mangsa tersebut telah menarik balik laporan polisnya. Baca di sini.

Agendadaily, melaporkan walaupun cerita yang disebarkan memperincikan kejadian tersebut tetapi kalangan mereka yang berada di tempat kejadian tidak dapat memberikan gambaran jelas tentang apa yang berlaku. Menurut mereka termasuk bekas pegawai menteri berkenaan, mereka tidak mendengar suara perempuan yang menjerit atau kekecohan seperti yang digambarkan. Malah menurut seorang yang rapat dengan bekas menteri tersebut, ketika kejadian bukan sahaja teman rapat bekas menteri itu hadir tetapi salah seorang ahli keluarga Perdana Menteri ada bersama dengan bekas menteri itu.

Ahli keluarga PM mempunyai janji temu dengan bekas menteri berkenaan di hotel tersebut. Sehubungan itu, apabila keluar berita yang mendakwa bekas menteri itu mencabul, ia sesuatu yang amat mengejutkan mereka. “Bukan sahaja kita tidak melihat sebarang kejadian tetapi difahamkan laporan polis itu dibuat oleh seorang lelaki yang mendakwa teman kepada wanita pelayan berkenaan,” ujar sumber itu lagi.

Mengulas lanjut sumber itu memberitahu, bekas menteri berkenaan bersama-sama bekas pegawai dan tetamunya berada di Kelab Havana hotel berkenaan dan tempat tersebut adalah tempat terbuka. Berdasarkan keadaan tempat berkenaan, ia adalah tempat awam serta terbuka dan dengan itu, adalah mustahil jika bekas menteri itu melakukan pencabulan dan ia tidak disedari atau dilihat oleh mereka yang berada di situ.

Ditanya apakah tindakan lanjut yang akan diambil oleh bekas menteri berkenaan, sumber itu memberitahu, difahamkan bekas menteri itu tidak menolak kemungkinan akan membuat laporan polis terhadap pihak yang berkaitan yang membuat tuduhan tersebut.

Mengikut peguam Karpal Singh,seseorang yang telah membuat laporan polis tidak boleh sesuka hatinya menarik balik laporan tersebut.Mengikut Karpal "The police have to investigate the woman's report despite withdrawal of same by her. If the allegations against the ex-minister, as set out in the police report, are true, then the police have no alternative but to take action,". Karpal said this was a serious offence under Section 354 of the Penal Code, which carried imprisonment of up to 10 years or fine or whipping or with two of such punishments.

Persoalannya,kalaulah laporan polis itu sahih,apa tindakan seterusnya akan dilakukan oleh pihak polis? Lazimnya bila kes-kes yang melibatkan jerung besar seperti ini, laporan itu akan diserahkan kepada Peguam Negara dan failnya akan ditutup........allahu a'alam

Siapakah ahli keluarga PM yang bercadang bertemu bekas Menteri di Havana Club,Meridian Hotel itu........

cheers.

3 comments:

  1. Tapi ex-Menteri tu pun boleh counter report yang kata itu minah yang sebenarnya raba dia...

    Dan kalau semua saksi kata sebenarnya itu Minah yang sudah raba itu Menteri amacam?

    ReplyDelete
  2. Kebarangkalian untuk si-minah raba bapak menteri adalah 1000:1. Apatah lagi kalu si-minah pakai skirt sampai nampak punggung ketika berjalan.

    Btw. pak menteri ni memang pun gatai punya orang.Rumours mengatakan dia adalah pelanggan terakhir dalam kes Norita.Tapi bukti tak cukup.

    ReplyDelete
  3. Silap silap si-minah kena caj terlalu menggoda...

    Kenapa kita masih ada pemimpin yang berkelakuan sedemikian? Mungkin kita perlu satu buku panduan khas untuk kelakuan semua MPs.

    ReplyDelete