23 April 2008

Bekas Menteri mencabul - Polis dok siasat ......

Polis sedang menyiasat dakwaan seorang bekas menteri melakukan jenayah seksual di sebuah hotel bertaraf lima bintang berdekatan stesen Sentral Kuala Lumpur baru-baru ini. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC II Ku Chin Wah berkata laporan itu dibuat oleh seorang wanita yang berumur 30-an di ibu pejabat polis daerah Brickfields pada Jumaat lalu.

Dalam kejadian pada 14 April lalu, mangsa yang juga pekerja di hotel tersebut dikatakan bertemu dengan bekas menteri tersebut sebelum mendakwa dicabul, katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis dialog Kelab Rotary bersama Ketua Polis Kuala Lumpur di ibu pejabat polis kontinjen (IPK) Kuala Lumpur hari ini.

Menurut laporan Bernama, Ku yang enggan mengulas lanjut mengenai kes itu berkata bekas menteri itu kini berada di luar negara dan pihaknya akan menyiasat dakwaan tersebut. Beliau turut menegaskan, polis akan menjalankan siasatan tersebut secara adil tanpa mengira status pihak yang didakwa.

Beliau berkata, pihaknya akan memanggil bekas menteri terbabit untuk siasatan sebaik beliau kembali ke tanahair. Ku berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan mencabul kehormatan. Jika sabit kesalahan, ahli politik itu boleh dijatuhkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana daripada dua hukuman itu. - petikan Malaysiakini

TV3,semalam telah melaporkan kenyataan polis yang akan menyiasat seorang ahli politik yang dikatakan cuba mencabuli seorang pelayan berusia 30-an. Berita itu tidak menyebut tokoh politik itu sebagai bekas menteri dan hanya menyebut ahli politik itu menang dalam pilihan raya lalu tetapi tidak dilantik semula menjadi menteri. Mengikut TV3 lagi laporan terhadap bekas menteri tersebut dibuat pada 14 April lalu setelah empat hari kejadian. Baca di sini,dan sini.

Bekas menteri.....berjambang......MP dipilih semula baru-baru ini ....tidak dilantik menjadi untuk menteri......orang Pahang.....

Siapa ya? however, everyone is innocent until proven guilty.........

cheers.

8 comments:

  1. Bukan Rahim Thambi Chik...bukan Chua Sooi Lek....bukan Samy Vellu..... siapa ah???

    ReplyDelete
  2. Dulu duk cabul hak rakyat masa jadi menteri, skg cabul pompuan plak ... ish ish tak habis-habis cerita menteri malaysia ni.

    ReplyDelete
  3. weh. ingat kat tuhan. awok boleh lepas kes dulu..sebab BN kuat.sekarang belum tentu..dulu menteri..peguam negara boleh keceng mata.. sekarang belum tentu...tobat le..buat koman je..malu orang kampung undi awok

    ReplyDelete
  4. jamaludin jarjis la yg cabul tu.

    ReplyDelete
  5. jamaludin jarjis la yg cabul tu.

    ReplyDelete
  6. aku nampak kejadian tu dgn mata kepala aku sendiri. aku rasa mcm nak tibai je jamaludin jarjis tu, buat malu menteri2 malaysia

    ReplyDelete
  7. tak perlulah kita berteka teki lagi siapa bekas menteri yg cabul tu. Aku memang betul2 fedup tengok perangai dia hari tu. tapi apa bole buat, aku tak berpengaruh. Hanya dgn cara ini je aku bole lepaskan geram aku...sial kau jamaludin jarjis

    ReplyDelete