Lebih kurang 1500 orang ahli UMNO Pulau Pinang telah membuat satu demonstrasi aman di perkarangan Kompleks KOMTAR bagi membantah tindakan gomen pakatan DAP-PKR cuba menghapuskan DEB. Dalam kenyataannya Ketua Mentri Lim Guan Eng, berkata dia tidak pernah pun mengatakan bahawa gomen Pulau Pinang hendak menghapuskan DEB, tetapi sebaliknya apa yang dikatakannya ialah, gomen Pulau Pinang tidak akan mematuhi amalan DEB dalam pengaggihan kontrak dan tender kerana amalan secara begitu menyebabkan terlalu banyak kronisma dan berat sebelah. Isu ini telah diputar belitkan oleh media tempatan yang cuba menggambil kesempatan untuk menunjukkan bahawa gomen baru itu adalah anti Melayu.
Selama berpuluh-puluh tahun gomen BN memerintah Pulau Pinang di bawa beberapa orang Timbalam Ketua Menteri Melayu, apakah yang telah mereka buat untuk meningkatkan taraf hidup orang-orang Melayu di Pulau Pinang? Kalau setakat membina rumah,jalanraya,sistem peparitan, itu semua adalah sebahagian daripada proses pembangunan masyarakat yang menjadi tanggungjawab gomen yang memerintah. Taraf hidup orang-orang Melayu Pulau Pinang masih pada tahap yang sama,kecuali orang-orang UMNO yang begitu ramai mendapat kemudahan seperti jalan ke rumah mereka yang ditarkan;balai raya;dewan JKKK;gelanggang sepak takraw yang penggunaannya adalah terhad kepada ahli-ahli UMNO sahaja. Kalau tak percaya,cuba parti pembangkang Melayu,seperti PAS mohon hendak menggunakan dewan JKKK atau balairaya,sudah tentu ianya ditolak. Dari segi perumahan, di Pulau Pinang, banyak rumah-rumah yang dirikan tidak mampu dibeli oleh orang-orang Melayu kerana kosnya terlalu tinggi.
Kontrak dan tender yang diterima daripada kerajaan pusat bagi projek-projek,hampir semuanya dibolot oleh beberapa orang kontraktor tertentu yang kemundian disubkan kepada kontraktor-
kontraktor kecil bumiputra lain yang juga terdiri daripada kroni-kroni pemimpin UMNO ini. Jadi kalau UMNO terlalu bangga dengan DEB, bukan kerana DEB itu dapat membantu orang-orang Melayu, tetapi DEB itu menjadi punca rezki penyamun-penyamun UMNO yang ada itu. Jadi tak hairanlah jika gomen pakatan DAP-PKR yang tidak mahu lagi amalan agihan projek berdasarkan DEB itu dilaksanakan. Itulah sebabnya kenapa penyamun-penyamun ini berasa resah dan gelisah kerana periok nasi mereka sudah terjejas.
UMNO juga harus mencerminkan diri dan tanya diri mereka kenapa ramai orang-orang Melayu di Pulau Pinang ini telah menolak mereka? Kalau DEB itu benar-benar memberi manafaat kepada orang-orang Melayu umumnya nescaya semua orang Melayu akan menyokong UMNO. Sedangkan bekas Timbalan Ketua Menteri gomen dulu sendiri tidak dapat mempertahankan kerusinya di kawasan yang majoriti orang Melayu membuktikan orang-orang Melayu sudah bosan dengan telatah pemimpin-pemimpin UMNO yang hanya setakat boleh berjanji tetapi tidak pernah menunainya. Kalau ada pun yang beruntung pun adalah orang Melayu UMNO itu sendiri yang terdiri daripada saudara mara,kawan dan kroni mereka, sedangkan orang Melayu lain terbeliak biji mata.
On another note,the Umno state secretary Azhar Ibrahim said “Since the people have clearly rejected development and made their choice for a change, we will recommend to the federal government to cancel all such projects. Don’t blame us for this,” he said after a state liaison committee meeting here today. This projects includes;second bridge;light monorail system;Penang Outer Ring Road;Penang Sentral;RapidPenang bus service.
Bukankah ini juga satu sikap balas dendam dan tidak berhati perut oleh UMNO? Oleh kerana pemimpin-pemimpin UMNO tidak mungkin lagi dapat faedah daripada projek-projek berbilion-bilion ringgit ini, UMNO sanggup menafikan segala projek yang boleh memberi faedah kepada rakyat jelata. Mahukah saudara pemimpin- pemimpin seperti ini menerajui gomen ini semula?
Fikir-fikirlah.....
cheers.
No comments:
Post a Comment