Masjid Maqbul,Sungai Pinang teletak di tebing Sungai Pinang berhadapan dengan Jalan Jelutong. Masjid Maqbul telah dibina pada tahun 1850 yang pada ketika itu dikenali sebagai Mesjid Tok Guru. Masjid ini dirikan oleh pedagang-pedagang Acheh yang menggunakn Sungai Pinang untuk memudik ke hilir bagi membawa barangan seperti rempah,gambir,pala dan berbagai barangan lain dari kawasan pendalaman sungai tersebut.
Masjid Maqbul yang terletak di Jalan Jelutong selepas jambatan Sungai Pinang,jika anda menuju ke arah Jelutong, kini menghadapi dilema kerana kedudukan Masjid Maqbul betul-betul menghalang jalan raya baru yang sedang dibina bersama-sama sebuah jambatan baru yang akan menggantikan jambatan Sungai Pinang sedia ada yang berusia puluhan tahun itu.
Jalan baru yang melintasi jambatan baru ini menuju terus ke arah masjid tersebut. Cara dan bagaimana pemaju hendak menangani isu ini masih samar-samar. Ada sumber yang mengatakan masjid tersebut akan diubah,sedangkan ada pula yang mengatakan bahawa alignment jalanraya baru itu akan dibuat supaya ia tidak akan mejejaskan kedudukan masjid.
Apa-apa pun masa depan Masjid Maqbul yang berusia lebih kurang 158 tahun itu belum dapat ditentukan dengan jelas. Apa yang nyata ialah seperti bangunan-bangunan lama lain di Pulau Pinang kemungkinan besar masjid yang bersejarah ini terpaksa dikorbankan demi menikmati arus pembangunan.
Sama-samalah kita berdoa agar masjid ini tidak menjadi “mangsa” pembangunan yang rakus itu.
cheers.
No comments:
Post a Comment