Zainuddin Maidin said that ,the Information Department will begin putting up newspaper clippings at public places in the country beginning next year in a move to bring about a more informed society. These "wall newspapers" are aimed at encouraging the people to read and learn of the latest developments in the country and abroad, according to a Bernama report. According to people approached by Bernama the wall newspapers idea is most welcome,saying it would help them keep track of domestic and world news.
Wall newspaper ini bukanlah sesuatu yang baru. Semasa pemerintahan Moa Tse Tung di negeri China dulu wall newspaper inilah yang menjadi tempat di mana rakyatnya mendapatkan berita-berita tentang apa yang berlaku ketika itu. Malah media-media barat mengutip berita daripada wall newspaper ini untuk dijadikan bahan berita mereka.
Helloooo....kita sudah ada suratkhabar percuma dalam perpustakaan,dewan JKKK,gerai serta warong makanan dan juga di kedai-kedai kopi di seluruh negara,tapi ramai mana antara mereka yang betul-betul ambil berat untuk membaca dengan penuh teliti?
Adakah masyarakat kita,masyarakat membaca? Kalau membaca pun apa yang mereka baca? Akhbar-akhbar tempatan adalah alat propaganda gomen. Jadi berita-berita yang disiarkan adalah tentang kebaikkan gomen dan keburukkan pembangkang semata-mata. Berita-berita sensasi seperti rasuah, salahguna kuasa jangan mimpi akan disiarkan. Malah cerita istana abang Zak dan si penyamun yang suruh tutup mata sebelah pun hanya dipaparkan di mukasurat dalaman saja. Berita-berita yang banyak dipaparkan adalah kisah artis-artis yang kawin cerai dengan datuk ini dan datuk itu,hiburan Jom heboh,Akademi Fantasia dan konsert-konsert di sana sini sememangnya mendapat tempat utama dalam akhbar-akhbar tempatan.
Oleh itu,macam mana daya pemikiran rakyat hendak berkembang bila berita yang dibaca mereka hanya pasal artis dan hiburan,jasa-jasa gomen yang basi di sana sini,seolah-olah gomen tidak pernah buat apa-apa kesalahan.Tindakan Zainuddin Maidin untuk mengadakan “wall newspaper” adalah tindakan seorang politikus 'desperate' yang hendak meyakinkan bosnya setelah performance yang bodoh ditunjukkan semasa temuramah dengan Al-Jazeerah tempoh hari.
Bagi aku,usaha Zainuddin Maidin adalah semata-mata untuk mempertingkatkan propaganda gomen,kerana pilihanraya dah dekat serta melariskan akhbar yang kini menghadapi kemerosotan pembaca. Bila orang tidak mahu beli surat khabar maka dipaksanya orang membaca akhbar yang dipelekat di atas dinding. Bukankah ini kerja orang bodoh?
Aku dah lama tidak melanggan akhbar tempatan,kalau dapat secara percuma pun aku guna untuk lap cermin dan tayar motor aku saja…..
cheers.
ambil wall newspaper dan tampal dekat jamban si Zam dan suruh dia baca tiap2 hari.... bodoh punya idea.
ReplyDeleteBrother, he will offer jobs to more foreign workers to paste and bring down these posters....he will give this contract to a crony who would invariably give him a you-know-what Malaysian-political-style.
ReplyDeleteKawan, I like your sidebar time-piece. How can I add to mine.
Peace to you.
Brother, today is Saffron Sunday. Get your family to each light a candle at 8.30pm in unity with our less fortunate Malaysians.
ReplyDeleteWho knows, maybe they've already got some UMNO Ketua Bahagian or Setiausaha Bahagian to do the job for RM123 million. Of course no open tender.
ReplyDeleteWhy don't Zam call up Al-Jazeera and ask them to do his public relation work? Oops terlupa, dia tak kawan dengan depa.
Zam Zam mamak maidin... sigh.....
ReplyDeleteHuhu
ReplyDeleteLove your writing...