Pergolakkan dalam PDRM bermula bila Timbalan Menteri Dalam Negeri,Johari Baharum, dituduh menerima rasuah sebanyak RM5 juta untuk membebaskan 3 orang ketua gangster oleh pihak-pihak tertentu.
Dalam pada itu Ketua Polis Negara,Musa Hassan juga telah dituduh menerima RM 2 juta wang rasuah bagi membebaskan 3 orang ketua gangster.
Badan Pelindung Rasuah(BPR) telah membuat siasatan terhadap Johari dan Musa Hassan dan mendapati tiada bukti yang cukup bagi membabitkan mereka dengan tuduhan rasuah. Jadi fail mereka ditutup Peguam Negara.
Johari Baharum mengesyakki bahawa perbuatan ini dilakukan oleh orang-orang dalam PDRM yang diketuai oleh Musa Hassan. Blogger Nathaniel Tan,seorang aktivis PKR dijadikan kambing hitam dalam percaturan politik dalaman antara KDN dan PDRM. Nathaniel Tan telah ditahan beberapa hari sebelum dia dibebaskan.
Musa Hassan juga mengesyakki perbuatan itu dilakukan oleh orang-orang dalam PDRM dari Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan,yang diketuai oleh Ramli Yusuff. Ramli Yusuff adalah orang kuat Johari Baharum. Bagi membalas dendam,beberapa pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah termasuk Pengarahnya,
Ramli Yusuff telah di siasat oleh Badan Pelindung Rasuah
(BPR)kerana memalsukan dokumen-dokumen afadivit dan Ramli Yusuff sendiri telah disiasat dan diakwa kerana tidak mengisytihar harta yang berjumlah RM 27 juta.
Dalam kes ini bukan setakat Ramli Yusuff dan beberapa pegawainya malah peguam bagi Ramli Yusuff serta dua orang saudara perempuannya juga diheret ke mahkamah oleh Badan Pelindung Rasuah.
Dalam perhitungan begini sudah tentu ada yang terselamat dan ada yang terkorban. Lazimnya yang terselamat ini adalah yang di lindung dibawah ketiak gomen dan yang terkorban pula adalah orang-orang suruhan bawahan,walaupun apa yang dituduh itu mungkin ada kebenarannya.
Kalaulah dalam organisasi yang penting seperti PDRM dan KDN boleh berlaku bermacam caca marba,who are we gonna thrust,dari aspek keselamatan kita? Jadi tak hairanlah rakyat begitu segan bila nak buat laporan polis. Kalau buat pun apa jaminan yang ianya akan disiasat?
Aku biasa buat laporan polis,tapi terpaksa pergi ke 3 balai polis kerana polis kata kes yang aku lapor itu bukan dibawa jurisdiction mereka. Bukankah kita ini hidup dalam negara bernama Malaysia...jurisdiction kepala otak apa....!!
cheers.
Datuk Joe tu ibarat musang berbulu ayam pun ada, anjing pun ada dll... Yg palin hampir adalah "melepaskan anjing tersepit".. Masa dia mula2 letak jawatan cikgu untuk jadi calon ADUN, tup2 nama tak naik... sebab org kubang pasu nak barishah.. jadi bila dah jadi penganggur, maka che det kesian kat dia.. so che det panggey dia n bagi dia duit dlm RM8 juta (lebay kurang la) dan juga Pengarah di syarikat perjudian di Malaysia yang berjenama "Sukan" dalam bahasa melayunya.
ReplyDeletedengan hepi dia beli rumah kat tropicana dgn harga diskaun (skt tsb juga bagi).. hehehe pas tu, dia geget balik che det..
moral of the story, ... che det bodo.. !!!!