Ketua Pengarah BPR, Datuk Ahmad Said Hamdan berkata, BPR tidak boleh meneruskan siasatan kerana klip video yang ada pada agensi berkenaan tidak tulen.“Kesahihan klip video itu yang kini merupakan satu-satu bukti utama kes tersebut dipersoalkan kerana telah ‘diganggu’.“Selagi klip video asal iaitu yang tidak disunting tidak diperoleh, selagi itulah BPR tidak dapat teruskan siasatan,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi hari ini.Sehubungan itu, Ahmad Said meminta orang ramai yang memiliki klip video asal agar tampil membantu siasatan BPR.- Utusan Malaysia,21 Oktober 2007
Sebaliknya,Dr Syed Husin Ali,Timbalan Presiden KeADILan berkata video berkenaan tidak pernah disunting sama sekali dan yang dipaparkan selama ini merupakan 8 minit awal daripada keseluruhan klip tersebut.
BPR juga dilaporkan telah menghantar klip video Lingam ke Hong Kong untuk dianlisa. Kalaulah klip video Lingam ini "diganggu" seperti mana yang didakwa oleh Pengarah BPR,kenapa ia perlu dihantarkan ke Hong Kong? Bukankah itu pembaziran wang rakyat namanya atau cuba hendak memberi peluang pegawai-pegawainya pergi makan angin di hujung tahun ini?
Panel penyiasat sudah tidak berfungsi kerana depa dah mati akai tentang cara mana nak pujuk mereka yang terlibat dalam pembuatan klip video Lingam supaya muncul untuk memberi keterangan.Untuk mengesahkan kesahihan klip video ini, panel bebas sepatutnya memanggil pakar-pakar dalam bidang multimedia dan teknologi untuk mengkajinya secara teknikal,bukan tunggu orang datang ke depan memberi keterangan secara sukarela. Siapa yang nak buat demikian?
BPR pula dah bingung macam mana nak suruh mereka yang terlibat dalam pembuatan klip video Lingam mengaku. Jalan mudah yang mereka boleh fakir adalah ugut peniup wisel akan dikenakan hukuman penjara 2 tahun dan denda RM10,000,kerana melanggar Seksyen 29 (c) Akta Mencegah Rasuah 1997. Apakah kita akan saksikan beberapa tokoh utama PKR termasuk Anwar Ibrahim akan tercorot dalam penjara nanti?
Apakah peguam VK Lingam dan seorang tokoh perniagaan utama yang telah dipanggil BPR itu telah menafikan yang mereka bukan orang yang dikatakan terlibat dalam klip video tersebut? Ketua Hakim Negara pun telah membisik ke telinga Nazri Aziz ,yang dia tidak terlibat. Sikap melengah-lengah dan tidak mengendahkan tuntutan ini dilihat sebagai satu tatik gomen untuk menutup kes ini. Tambah lagi bila Nazri Aziz pula berkata;
Bukankah ini semua macam skrip sebuah drama yang sedang dirancang gomen? Akhirnya apa yang panel penyiasat ini akan laporkan kepada Pak Najib kita nanti ialah "soli,bukti tak cukup maka kes tutup".
Janganlah terkejut beruk,kerana konspirasi beruk-beruk.........
cheers.
No comments:
Post a Comment