Seperti yang dijangkakan BPR sebenarnya tidak begitu berminat untuk menjalankan siasatan rasuah berdasarkan kepada video Lingam yang telah diserahkan kepada mereka. Sebaliknya BPR mencari jalan mudah dengan mengugut Naib Presiden PKR, R Sivarasa dan pekerja parti itu, Sim Tze Tzin supaya mendedahkan sumber klip video perbualan peguam VK Lingam atau berdepan dengan kemungkinan hukuman dua tahun penjara atau denda sehingga RM10,000.
Taktik ugut mengugut adalah sinonim dengan agensi ini dan juga gomen amnya. Oleh kerana mereka sudah tersepit,maka jalan begini adalah cara yang paling logik bagi mereka. Sikap begini membuat semakin ramai orang akan hilang kepercayaan mereka terhadap badan tersebut.
Sikap BPR yang beginilah yang membuat ramai kawaq dan penyamun terlepas lari sedangkan orang yang buat report kena tahan dan masuk lokap.
ehsan malaysiakini cheers.
Kesahihan video Lingam belum lagi diperkatakan oleh panel,pasai apa BPR begitu sibuk nak ugut untuk melokapkan orang yang buat laporan? Nampak sangat BPR dah menjadi barua gomen!!!
ReplyDeleteSiasat dulu benarkah orang dalam pita tu VK Lingam!
Jangan jadi anjing gomen....
Nampaknya BPR kena telefon BPR utama dunia seperti Hong Kong dan tanya siasat dulu kandungan video atau pergi tangkap orang yang menyerahkan bahan bukti rasuah?
ReplyDeleteSetahu saya, BPR sepatut siasat kandungan video itu dulu tanpa mengambilkira siapa yang menyerahkan video itu.
Kalau macam itu, orang yang menyerahkan video kena tampil dulu sangatlah bahaya dia. Manatau macam kes Altantuya pulak?
Nampaknya BPR kita kena pergi khusus lagilah.