Desas desus mengatakan bahawa Menteri Pengakutan,Chan Kong Choy meletak jawatan tersiar luas dalam akhbar-akbar bahasa cina baru-baru ini.
According to a Sin Chew Daily front-page report quoting sources yesterday, Chan had submitted his resignation letter to the prime minister before Merdeka Day on grounds involving “official, personal and health reasons”. The report said the minister has resigned, adding that Chan handed in his resignation letter to Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi without the knowledge of key MCA leaders, including Ong. Sources says that Chan’s resignation was primarily attributed to the RM4.6 million scandal surrounding Port Klang Free Zone (PKFZ), a problem inherited from his predecessor Dr Ling Liong Sik.
Kalau berita ini benar,tahniahlah aku ucapkan kepada Chan Kong Choy kerana keberaniannya mengharungi realiti yang ada. Bukan macam menteri-menteri muka tebal lain,sungguhpun depa tahu kesalahan itu milik depa,namun kerana tamak kuasa dan duit sanggup bergayut macam orang hutan dalam kabinet gomen Pat Lah. Macamlah si Samy Vellu tu,walaupun berbagai komplain dibuat kerana bocor dan rosak pada projek-projek kementeriannya,tetapi dia pandai menyalahkan sampah sarap atau apa saja,asalkan dia seorang saja yang betul. Dah lebih daripada 25 tahun jadi menteri masih tak sedar dirikah yang dia tu melebihi zaman dinasour? Begitu juga beberapa orang menteri-menteri "tua" lain yang sepatutnya dihapuskira.
Aku pernah bersua beberapa kali dengan Chan Kong Choy dan berbual-bual denganya ketika dia masih menjadi timbalan menteri dulu. Sepanjang perbincangan kami banyak isu-isu politik termasuk pergolakkan dalam MCA kami sentuh. Dari perbincangan itu,aku dapati Chan Kong Choy adalah seorang yang open-minded dan sentiasa berpegang kepada prinsip kebenaran.
Jadi tak hairanlah bagi aku,dalam situasi sebegini bila berlaku perbalahan dalam skandal PKFZ berpunca daripada penyamun-penyamun yang sanggup bedal apa saja dan kemundian pinpoint kesalahan itu kepada Kementerian Pengakutan,kononnya salah urus,sudah tentu Chan Kong Choy akan melenting.
Syabas Chan Kong Choy,stick to your principles.....will you?
cheers.
No comments:
Post a Comment