14 September 2007

Buka Puasa di hotel - nak menunjuk-nunjuk.....

Membuka puasa di hotel sudah menjadi satu trend bagi warga kota.Banyak hotel terkemuka menawarkan promosi berbuka puasa yang amat menarik dengan harga-harga yang boleh tahan.Untuk promosi Ramadan lihat disini.

Datuk Abu Hassan Din Al-Hafiz,pernah memperingatkan kita kepada sebuah hadis Nabi Muhamad s.a.w yang bermaksud,
"Apabila seorang daripada kamu hendak berbuka puasa, hendaklah ia berbuka dengan beberapa biji buah tamar. Jika kamu tidak mendapat buah tamar,maka hendaklah berbuka dengan air."

Membuka puasa di hotel-hotel ini adalah satu pembaziran yang bercanggah dengan hukum syarak. Kalau setakat untuk menjamu keluarga sekali-sekala bagi menukar selera tidak mengapa asalkan tidak melampau.Bila amalan membuka puasa di hotel kerap dilakukan,mungkin ini akan mengundang tafsiran yang berbagai-bagai - hendak menunjuk-nunjuk atau rasa megah. Wallahu'a'lam.

Bagi aku,buka puasa dekat mana pun tidak mengapa,asalkan amalan tersebut dibuat secara yang halal.

Teringin nak buka puasa kat menara KL.......tapi......

cheers.

No comments:

Post a Comment