Begitu banyak helikopter Nuri kegunaan Angkatan Tentera Malaysia terhempas,
termasuklah yang baru hilang di kawasan Genting Highlands. Apakah gomen kita tak sedar betapa ramai daripada kaki tangan tentera udara yang terkorban akibat peristewa-peristewa malang ini?
Kadang-kadang saya terfikir juga kenapa pak-pak menteri kita tidak mahu menaikki helikopter Nuri ini sebagai pengakutan mereka?
Mungkin bila salah seorang daripada menteri ini terkorban baru gomen akan berfikir untuk mendapatkan helikopter-helikopter yang baru. Wang yang ada itu digunakan untuk apa? Apakah misi mat rempit terjun di kawasan kutub atau mendaki gunung Everest itu lebih penting daripada membekalkan pesawat-pesawat helikopter yang baru untuk Angkatan Tentera kita?
Kepada waris-waris yang masih menunggu berita tentang nasib kaum keluarga yang hilang bersama-sama kapal helikopter Nuri di ruang udara Genting Highlands,saya harap bersabarlah, mudah-mudahan berkat doa rakyat jelata,mereka akan selamat ditemui.
cheers.
semoga Allah melindungi mereka semua. insyaAllah marilah sama2 kita mendoakan semoga mereka semua terselamat dari nahas tersebut. Amin.
ReplyDeleteSaya juga sependapat dgn sedara.
ReplyDeleteDaripada tanggung hutang berbillion beli Sukhoi yang entah bila nak perang baik beli heli transport gantikan Nuri. Bukannya tak bagus beli Sukhoi tpi biarlah yang penting didulukan. Nuri dah terlampau lama. Sedangkan motor bapa saya bru berumur 15 tahun pun dah kondem walau dijaga bagai nak rak...ini kan pula helikopter bawa para tentera yang bukan calang2 pendidikan....semua berpangkat...tapi nyawa mereka bkn tamat dimedan perang..hanya tamat terhempas helikopter sendiri....tabahkan diri kepada waris2 mangsa terlibat.
betul jugak tu.. bila ada menteri mati barulah nak tukar itu ini. padahal yang jaga kementerian pertahanaan tu TPM isk....
ReplyDeleteTerima Kasih atas semua komen...
ReplyDeletepandangan saya..
1. Perbelanjaan naik taraf dengan beli baru..tak jauh beza..
2. Kenapa kita selalu membazir duit dengan menaik taraf peralatan tentera..yang uzur..untuk jangkamasa pendek memang untung tapi jangka masa panjang..rugi...
3. Kadar kemalangan Nuri termasuk ini telah meningkat 14 kejadian...dam telah mengorbankan ramai anak watan yang berani..nak cukupkan bilangan ke berapa baru nak beli yang baru??
4. Berapakah jumlah heli yang tinggal??? dengan bebanan tugas yang bertambah serta berada pada usia emas ..saya pasti..kalu heli tu berperasaan...tentu hari hari dia bermohon agar perkhidmatannya di tamatkan..
sekian....renung..renungkan....
saya sependapat dgn you all semua..knp gantikan heli Nuri tu kepada heli yang baru..knp bazirkan duit beli kapal selam lak..ajal maut memang telah ditentukan...tapi seboleh2nya jgnlah sudah hampir seminggu baru jumpa mayatnya...
ReplyDelete