Rakyat terkejut bila Altantuyaa Shaaribu dibunuh dengan kejam. Lebih mengejutkan lagi, mereka yang terlibat dengan tragedi ini adalah dua orang pegawai UTK yang menggunakan bahan letupan C4 untuk membunuhnya,kononnya atas arahan Razak Baginda,seorang penganalisis politik tanah air yang dikatakan rapat dengan anak sulung Tun Razak.
Walaupun siasatan rapi telah dibuat oleh pihak polis,namun rakyat ingin tahu;
i . bagaimana bahan letupan C4 boleh diguna untuk membunuh Altantuya;
ii . bagaimana rekod perjalanan Altantuya bersama tiga sahabatnya hilang dari rekod Imigresen;
iii . kenapa dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK) ,di bawah KKDN, boleh terlibat dengan pembunuhan ini?
vi . siapakah yang mengarahkan anggota-anggota UTK ini menggunakan C4;
v . siapa yang mengarahkan rekod perjalanan imigresen (KKDN) Altantuya dan rakan-rakannya dipadamkan?
Tugas Pendakwaraya adalah untuk mencari bukti bagi mendakwa ketiga-tiga mereka yang dikatakan terlibat dalam pembunuhan tersebut dikenakan hukuman yang setimpal dengan kesalahan itu.
Namun demikian sikap pihak pendakwaraya dalam kes pembunuhan Altantuya Shaaribu agak pelik kerana walaupun saksi-saksinya telah memberi keterangan untuk mensabitkan pembunuh-bunuh itu,tapi bila soal gambar yang dibangkitkan yang melibatkan orang nombor dua negara,pendakwaraya melenting,dan menganggapkan isu gambar sebagai tidak relevan.
Bukankah gambar itu juga boleh diambil sebagai bahan bukti bagi menguatkan lagi keterangan saksi bagi mensabitkan mereka yang terlibat dalam kes pembunuhan ini,lebih-lebih lagi wujudnya hubungan rapat antara Razak Baginda serta dua orang pegawai UTK dengan orang nombor dua negara? Saya tidak mengatakan orang nombor dua negara ini turut bersubahat,tetapi sikap pendakwaraya yang melenting bila namanya disebut mengundangkan lebih banyak persoalan daripada jawapan.
Lebih menarik lagi, apabila tiba-tiba pihak pendakwaan membuat permohonan untuk mencabar kebolehpercayaan Rohaniza Roslan,saksi utama pendakwa dalam kes ini. Rohaniza Roslan juga membuat pendedahan mengejutkan bahawa dia telah diancam untuk ditembak mati sekiranya dia memberi keterangan dalam perbicaraan Altantuya. Teringat pula, bila salah seorang dari peguambela pihak tertuduh telah mengundur diri dari kes tersebut kerana campur tangan pihak ketiga. Hal-hal ini telah menghangatkan lagi dakwaan penglibatan tokoh-tokoh penting di dalam kes tersebut.
Saya berpendapat bila pihak pendakwa mencabar kebolehpercayaan Rohaniza Roslan,saksi utama mereka,kes pendakwaan mula goyah,hancur dan mungkin akan berakhir dengan hakim mengisytiharkan,oleh kerana bukti-bukti keterangan bercanggah,lemah dan tidak mencukupi bagi mensabitkan pihak tertuduh, maka kes ini dibuang & everyone is free to leave on a jet plane.....
That's my observation for now......
cheers.
ahaks...
ReplyDeletetugas pendakwa raya ialah mencari kesalahan...
Teringin nak tengok gambo sbg bukti yg dimaksudkan... Super impose taknak eh.
ReplyDelete