Pada 17 Mei 2007 ini Raja Dr.Nazrin akan menamatkan zaman bujangnya bila baginda mengambil Zara Salim Davidson sebagai permaisurinya dan seterusnya akan ditabalkan sebagai Raja Puan Besar. Kedua-dua bagina ini adalah terdiri daripada gulungan ilmuan yang tersohor. Zara Salim Davidson juga ada talian persaudaraan dengan bekas Perdana Menteri,Almarhum Tengku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Raja
Raja Dr.Nazrin,adalah seorang yang humble,dan telah menolak dengan hormat peruntukan kewangan kerajaan untuk urusan perkahwinan baginda dengan Zara Salim Davidson.Sebaliknya Raja Dr.Nazrin menasihatkan supaya kerajaan negeri membelanjakan peruntukan itu untuk projek pembangunan bagi memenuhi keperluan rakyat.Raja Dr.Nazrin akan menanggung segala perbelanjaan perkahwinan dan keraian oleh baginda sendiri.
Tauladan yang ditunjukkan oleh Raja Dr.Nazrin patut diikuti oleh pemimpin-pemimpin dan pembesar-pembesar negara kita. Saya masih ingat satu ketika dulu pegawai-pegawai kerajaan di Perak dikehendakki sumbang 10% gaji mereka untuk meraikan perkawainan Raja Zarith Sofia,anak Sultan Raja Idris. Begitu juga,ada pegawai-pegawai tinggi gomen yang menggunakan kemudah-mudahan harta kerajaan semasa perkahwinan anak-anak mereka.
Kepada Raja Dr.Nazrin & Raja Puan Besar Zara saya ucapkan selamat pengantin baru,dan bahagia selama-lamanya.
cheers.
No comments:
Post a Comment