Muka hadapan akhbar Tamil Nesan menunjukkan gambar Anwar sedang menutup mulutnya. Captionnya tertulis: “Anwar loses. The people’s verdict has shut his mouth.”
Saya rasa tanpa mengambil kira faktor undi hantu,rasuah politik,tekanan melampau terhadap pembangkang dan lain-lain faktor yang tidak adil sekali pun kemenangan BN di Ijok sebenarnya tidak lah seberapa,kerana tanpa kaum India diIjok BN sudah tentunya akan kecundang. Dikalangan kaum Melayu dan Cina kedudukan BN adalah rapuh.
Apa yang pastinya,wang dan rasuah mengatasi segala-segalanya. Dalam ertikata lain soal logik atau tidak masalah-masalah politik negara tidak diendahkan langsung. Bagi orang-orang Melayu khususnya asalkan periok nasi mereka terisi,cukuplah tetapi soal lama mana nasi dalam periok itu bertahan,itu soal lain.
Orang Ijok yakin memilih Partiban sebagai Adun mereka,walaupun kawasan Ijok ini majoritinya orang Melayu. Pengalaman dengan Adun-adun yang terdahulu tidak diambil kira.Malangnya,mereka tidak terfikir peluang untuk calon Melayu memenangi di kawasan-kawasan majoriti kaum India atau Cina adalah kosong,walaupun calon itu calon BN,tetapi bukan sebaliknya.
Bagi Khalid, Anwar Ibrahim dan Keadilan kekalahan kali ini tidak bererti Keadilan terkubur,kerana kata orang "Rome was not built in a day" Lawan tetap lawan,kalau bukan hari ini,hari esok,bukan esok lusa.Sdr.Anwar sendiri pernah berkata,"Usaha bicara tentang perjuangan jika takut akan risikonya"
cheers.
No comments:
Post a Comment