04 April 2007

Macap - mampukah DAP menawannya?

Lai Meng Chong dari BN dan Liou Chen Kuang dari DAP akan berentap untuk menawan Macap dalam pilihanrayakecil yang dijadualkan pada 12 April '07 ini. Seperti pilihanraya kecil Batu Talam lalu,BN begitu yakin mereka akan mempertahankan kerusi ini dengan apa cara sekali pun. Awal2 lagi Kementerian Penerangan sudah mengambil tindakan proaktif untuk membantu calon BN secara terbuka. Bukankah ini salah dari segi peraturan pilihanraya? Tetapi, SPR di negara ini adalah lain daripada yang lain.

Dalam pilihanraya 2004 lalu,BN menang besar di sini. Jangan lupa bahawa Macap adalah kubu kuat BN Walaupun kawasan ini majoritynya bukan Melayu,namun undi orang2 Melayulah yang akan jadi penentu sapa menang sapa kalah.

Dalam suasana sekarang mampukah BN mempertahankan majoriti undi yang diperolehinya dahulu? Antara mendiang Poh Ah Tam dengan Lai Meng Chong ada banyak perbezaan,yang sama itu ialah mereka adalah anggota MCA. Sedangkan calon DAP Liou Chen Kuang yang tewas dulu, dan sekarang bertanding semula,imejnya masih jelas dalam ingatan para pengundi Macap.

Sekiranya separuh pengundi2 Cina & India pilih BN dan separuh lagi pilih DAP,sudah tentu pengundi2 Melayu yang akan menentukan siapa akan menang. Dalam situasi begini,pengundi Melayu lebih berat memilih BN daripada DAP dan jika itu realitinya, BN akan menang dengan mudah. Namun demikian kita tidak boleh juga elak daripada possibilty sebaliknya. Katakanlah lebih separuh orang Melayu pangkah DAP,sudah tentu kemenangan akan berpihak kepada DAP. MCA,UMNO,MIC dan Gerakan tahu akan kemungkinannya possibilty ini berlaku.

Satu cara untuk elak daripada possibilty ini berlaku,ialah dengan cara memberi sogokkan oleh BN kepada pengundi2,khususnya orang2 Melayu. Pilihanraya kecil ini juga adalah satu bonus besar kepada penduduk Macap. Gomen dengan menteri2nya akan turun beramai2,TPM Najib,Ong Kah Ting dan kuncu2nya akan berkampung beramai2 di sini,masing2 membawa janji2 manis,duit berjuta2 ringgit akan ditaburkan. Putera,Puteri UMNO akan berpesta,bersama kain batik,beras sekampit,gula sekilo
dan ditambah pula dengan angpow,RM 100 untuk beli undi mereka.

Apakah nilai undi para pengundi hanya bernilai RM 100,sehelai batik,sekampit beras, dan sekilo gula? dan membolehkan mereka survive untuk selama 5 tahun akan datang? So cheap!! Sedangkan calon yang menang itu,sekiranya dari BN akan hidup mewah,dilambak dengan projek2,tender dan kontrak pula datang mencurah2.

Fikirlah masak2.

cheers.

No comments:

Post a Comment