21 March 2007

Biarlah rakyat tahu untung rugi perjanjian FTA....!

"Malaysia will fail to woo crucial investment from the United States and bolster exports to its biggest trading partner without a bilateral free trade deal, Trade Minister Rafidah Aziz warned today."I like to emphasise that without a free trade agreement (FTA) with the United States, it is estimated that Malaysia will lose out in increasing exports to the country," said Rafidah. Rafidah has been pushing hard for a conclusion of the trade talks, now bogged down amid strong opposition from within the ruling government and local activists."

Demikianlah pendapat Mak Cik Fidah kita, Menteri, Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang beria-ia sangat hendak perjanjian tersebut dimerteraii dengan Amerika Syarikat sebelum akhir bulan Mac 2007 ini. Perjanjian FTA antara Amerika Syarikat dengan Mexico mengalami kegagalan kerana ia dikatakan berat sebelah,ia itu ianya lebih menguntungkan Amerika Syarikat.

Tidakkah Mak Chik Fidah sedar tentang hal ini? Janganlah buat kerja secara terburu,akhirnya merugikan rakyat Malaysia seluruhnya. Betul kata Mak Cik Fidah,bahawa dengan adanya perjanjian FTA ini,peluang pelaburan dari Amerika Syarikat akan bertambah,tetapi apakah FTA ini hanya sekadar membuka peluang2 pelaburan dan menambahkan ekspot negara saja?

Saya difahamkan bahawa banyak aspek2 perdagangan lain juga terlibat,umpamanya dari aspek barangan2 ubatan yang akan berlipat ganda harganya kerana ubatan2 yang akan dibawah masuk melalui perjanjian FTA ini adalah yang "original" dan bukan lagi yang "generic" seperti yang ada di Farmasi2. Bayangkanlah kalu dulu kita bayar RM 2.00 untuk sepapan Aspirin, sekarang kita kena bayar RM 5.00.

Jadi,Mak Cik Fidah ooi,apakah Mak Cik Fidah lebih suka melihat banyak pelaburan daripada melihat rakyat menderita kerana harga barangan melambung? Lebih baik berhati2 sekarang,daripada menangis tidak berlagu macam Mak Cik Fidah tempoh hari.

cheers

*(saya tidak akan blog sehingga akhir bulan ini,kerana sebab2 yang tak dapat dielakkan,maaf ya, see U in April then)

No comments:

Post a Comment