tag:blogger.com,1999:blog-1624275106440922314.post5418209274779378700..comments2024-03-06T19:30:54.284+08:00Comments on tumpang sekole...?: Dr.Asri : Aziz Bari's suspension is brown-nosing...ali allah dittahttp://www.blogger.com/profile/17128298547199392883noreply@blogger.comBlogger2125tag:blogger.com,1999:blog-1624275106440922314.post-31990563347447949892011-12-03T20:56:57.706+08:002011-12-03T20:56:57.706+08:00http://www.agendadaily.com/Muka-Hadapan/sendiri-ma...http://www.agendadaily.com/Muka-Hadapan/sendiri-mau-ingat-bila-sultan-selangor-tak-berkenan-orang-politik-masuk-unisel.html

SELASA, 09 OGOS 2011 00:12
... Sultan Selangor bertitah lagi, kali ini mengingatkan pihak-pihak berkenaan supaya politik kepartian tidak dicampuradukkan dalam pengajaran di Universiti Selangor (UNISEL) demi masa depan pelajar institusi itu.

Para profesor dan pensyarah perlu menumpukan perhatian sepenuhnya kepada tugas-tugas mereka untuk mengajar dan berhenti daripada berpolitik di kampus kerana ia boleh menjejaskan masa depan pelajar, titah baginda ketika merasmikan Masjid UNISEL Kampus Bestari Jaya Kuala Selangor.

Menurut Baginda amat merugikan sekiranya seseorang pelajar itu membuang masa untuk berpolitik dan tidak menumpukan sepenuh perhatian terhadap akademik.

"Beta tidak berkenan orang-orang politik atau orang luar yang tidak ada kena mengena dengan universiti ini dijemput memberi ceramah politik atau syarahan politik di dalam kawasan Universiti Selangor.

"Universiti ini adalah tempat untuk belajar, berbincang, dan mengembangkan idea mengenai ilmu serta membuat penyelidikan dan eksperimen tentang sesuatu projek atau penemuan yang boleh menaikkan lagi taraf industri di negeri ini, titah Baginda.

Sultan Sharafuddin juga bertitah baginda telah menerima pengaduan daripada ibu bapa yang prihatin mengenai isu berpolitik di UNISEL dan jika ini berterusan, kemungkinan besar ada ibu bapa yang tidak akan menghantar anak-anak mereka untuk melanjutkan pelajaran mereka di universiti ini.Anonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-1624275106440922314.post-68787303252998626432011-12-03T20:55:10.494+08:002011-12-03T20:55:10.494+08:00Mudah sangat untuk mempertikaikan atau memperlekeh...Mudah sangat untuk mempertikaikan atau memperlekehkan UIA kerana tindakannya terhadap Aziz bari. Tidak pula terfikir kenapa UIA buat begitu dan kenapa ianya perlu. Sudah tentu ada asas yang kuat kenapa UIA berbuat begitu. Pun begitu, manusia mudah melatah dan buat keputusan sedangkan orang-orang Islam telahpun diajar supaya tunggu dari buat sebarang keputusan sebelum mendengar dari kedua-dua pihak. Yang pasti, cerita penuh dari UIA belum lagi didengari namun tidak kurang yang sudah menuduh UIA bertindak tidak tepat dan ada pula yang menuduh UIA tidak bertamaddun sebelum mendengar apa yang UIA hendak katakan.Anonymousnoreply@blogger.com