10 November 2014

UMS padam lampu & warga asing banjiri C.Highlands...

UMS umum ‘Blackout’, bukti universti boneka parti politik...

Fahmi dan rakan-rakan aktivis mahasiswa sepatutnya akan memasuki kampus UMS untuk teruskan jelajah 'Reformasi Mahasiswa', namun pihak UMS mengumumkan 'Blackout' sama seperti di UM.

Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM), Fahmi Zainol berkata tindakan Universiti Malaysia Sabah (UMS) mengumumkan ‘Blackout’ sempena pidato mahasiswa menunjukkan universiti hanya bobeka politik.

Menurut beliau, pada malam ini sepatutnya beliau dan rakan-rakan aktivis mahasiswa akan memasuki kampus UMS untuk teruskan jelajah ‘Reformasi Mahasiswa’.

“Namun apa mendukacitakan UMS sudah umumkan ‘Blackout’ sama seperti di UM.

“Tindakan ini seolah-olah Universiti takut pada bayang-bayang sendiri, malah membuktikan lagi bahawa Universiti hanya boneka parti politik,” katanya dalam satu kenyataan kepada FMT.

Kata Fahmi, beliau amat kecewa dengan keadaan yang berlaku di universiti di Malaysia.

“Perubahan secara total perlu dilakukan bagi menyelamatkan institusi ilmu ini. Ayuh bangkit anak muda, selamatkan institusi ilmu,” ujarnya.

Sebelum ini, Fahmi meminta supaya pihak Universiti Malaya (UM) menangguhkan sekurang-kurangnya dua minggu dalam prosiding dikenakan tindakan.


Fahmi antara lapan mahasiswa UM yang dihadap ke lembaga tatatertib kerana menganjurkan himpunan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim minggu lalu.- fmt

Ke mana sahaja Fahmi pergi, blackout akan menanti

Students activists arrested after kicked out of UMS...

After having to undergo urine tests earlier today, student activists who planned to hold a rally at Universiti Malaysia Sabah (UMS) continue to be hounded by authorities.

The eight students were not only barred by campus officials from speaking, they were kicked out and arrested.

At the time of writing, Universiti Malaya Student Union (PMUM) president Fahmi Zainol said that the activists are now being brought to the Karamunsing police station in a police van.

Besides Fahmi (left), the students arrested include one from Universiti Teknologi Mara (Uitm), three from UMS (Kota Kinabalu campus) and three from UMS (Labuan campus).

Confirming the arrest when contacted, Fahmi said that police said they will only inform them why they are arrested at the police station.

He added that he and his friends were yelled at and kicked off campus by officials at about 8pm.

They were supposed to speak at a rally for student autonomy, as part of their nationwide roadshow.

He added that anti-riot squad police were also placed at the university gates.



Photo: Universiti Malaya student leader Fahmi Zainol and nine other undergraduates have been detained for illegal assembly by the Kota Kinabalu police.

It is understood that the undergraduates were arrested by police today for failing to get consent from the authorities before giving speeches at a public area in Jalan Gaya in the city.

Fahmi said police had intervened while the undergraduates were speaking about the abuse of power by the UM administration.

"We were arrested about noon while we were elaborating about what had happened during Datuk Seri Anwar Ibrahim's programme at Universiti Malaya.

"We are still at the Kota Kinabalu police station waiting for our statements to be recorded," the UM Undergraduates' Association president told The Malaysian Insider.

UMS earlier issued a notice that there will be an electricity blackout due to "maintenance" work.

The same happened at Universiti Malaya when PMUM organised a talk by PKR de facto leader Anwar Ibrahim on campus on Oct 27.

Universiti Islam Antarabangsa (UIA) also turned the campus lights off and locked the gate to stop a student rally at the campus in Gombak, Selangor last Friday.

UIA also barred law professor Abdul Aziz Bari, a former UIA lecturer from speaking.

Abdul Aziz, UM law lectuer Aziz Bari and student leaders spoke at the UIA campus gates instead.- mk


Tanah runtuh dan banjir lumpur di Cameron Highlands minggu ini adalah akibat pembersihan hutan secara haram. – Gambar ihsan Jabatan Bomba dan Penyelamat, 9 November, 2014.
Rasuah sebabkan hutan dimusnahkan di Cameron Highlands...

Sesetengah pegawai kerajaan telah menerima RM10,000 bagi setiap ekar tanah yang dibersihkan secara haram dan ditukar menjadi ladang sayur-sayuran di Cameron Highlands, Mingguan Malaysia melaporkan hari ini.

Akhbar Umno itu melaporkan pegawai-pegawai dibayar RM10,000 sebagai insentif untuk menutup mata terhadap pembersihan hutan secara haram itu.

Akhbar harian itu memetik sumber yang mendedahkan bahawa bayaran lumayan itu telah menyebabkan pembersihan hutan secara haram sehingga merosakkan alam sekitar.

"Salah satu korban dari alam semula jadi adalah lebih banyak laporan tanah runtuh dan banjir lumpur berlaku di Cameron Highlands sekarang," kata sumber itu.

"Pegawai yang menerima rasuah membenarkan penebangan pokok secara haram walaupun ia sedang berlaku di kawasan berisiko tinggi di mana tanah runtuh berlaku."


Pendedahan ini dibuat berikutan kematian dua pekerja Indonesia dalam banjir lumpur Rabu lalu di ladang sayur Sungai Kabok di Lembah Bertam.

Mayat dua pekerja Indonesia ditemui pada hari Jumaat di kawasan rumah mereka yang runtuh di ladang itu.

Oleh kerana tanah runtuh itu, Putrajaya juga mencadangkan agar SJK (C) Bertam dipindahkan.

Mingguan Malaysia memetik sumber sebagai berkata masalah pembukaan tanah haram tidak akan dapat  diatasi selagi rasuah terus bermaharajalela.

"Pegawai kerajaan di kawasan tersebut terdedah kepada penerimaan pembayaran dan membenarkan sindiket haram dan kontraktor untuk membina kebun sayur haram.

"Apa yang lebih mengejutkan adalah aktiviti-aktiviti menyalahi undang-undang di kawasan itu juga dilakukan oleh warga asing," kata sumber itu.



Kontraktor tertentu telah memperoleh kira-kira RM16 juta sejak ia mula menjual tanah secara haram kepada orang asing untuk membuka ladang sayur-sayuran.

"Tetapi pejabat tanah tempatan tidak menyedari dengan apa yang sedang berlaku di Cameron Highlands, walaupun kehadiran begitu banyak ladang sayur haram," kata sumber itu.

Sumber itu berkata, dua tahun yang lalu di Kuala Terla, hanya terdapat 10 ladang sayur-sayuran yang dikendalikan oleh orang asing.

"Hari ini, terdapat lebih daripada 80 ladang sayur-sayuran, kebanyakan ia menyalahi undang-undang," kata sumber kepada akhbar harian itu. – tmi

Dalang banjir di Cameron Highlands:Tiada maaf bagimu

Bribes paid for illegally cleared land in Cameron Highlands.

No forgiveness for Cameron Highlands flood culprits

Orang yang UMNO & penyangak2nya kata anti islam....

Bila Ketua Pengarah JPJ sendiri, mempunyai 6 saman tertunggak berjumlah RM1350.



cheers.

2 comments:

Anonymous said...

Saya diberitahu bahawa Surat Akujanji yang perlu ditandatangani para siswa dan siswi sebelum ini ada kelemahannya. Akujanji tersebut ada menyebut tentang 'kerajaan'. Namun memandangkan 'kerajaan' sekarang terbahagi kepada 2 iaitu BN dan Pakatan Rakyat maka tindakan terhadap siswa/siswi tidak dapat diambil kerana secara dasarnya mereka tidak melanggar mana-mana peraturan. Katanya ada IPTA menangguh dahulu tandatangan surat akujanji tersebut sehingga penyataan akujanji ditulis semula.

Anonymous said...

Ini bukan pasai akuanjanji,
sebaliknya institusi2 pengajian tinggi TIDAK berani berdepan dengan realiti semasa,iaitu kebebasan akademia.

Universiti2 kita dipimpim oleh badut2 yang dilantik oleh gomen,jadi depa kena patuh tuan depa.

Jadi tak heranlah kalu universiti2 kita terkeluar daripada ranking universiti2 terkenal dunia!!!

Apa nak heran,ingat pak2 menteri kita hantaq anak depa ke UM,UKM,
UiTM atau USM???

Nahi...nahi...nahi... nu kalu bukan London,Paris & New York kodilah namanya!!!!