18 November 2014

Menteri hantaq anak ke UK(United Kingdom), rakyat hantar anak ke UK(Ulu Kelang)...


Menteri langgar polisi kerajaan hantar anak ke sekolah swasta...

Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan jurang pendidikan antara golongan kaya dan miskin semakin melebar di Malaysia, malahan menteri Kabinet turut menghantar anak mereka ke sekolah persendirian.

Bekas perdana menteri itu berkata, menteri sendiri melanggar polisi pendidikan negara dengan menghantar anak ke sekolah swasta dan antarabangsa.

"Murid di Malaysia tidak sepatutnya ke sekolah swasta. Dalam kebanyakan kes, yuran dikenakan selalunya terlalu mahal.

"Kemudian anak menteri, bertentangan polisi negara mula hantar anak mereka ke sekolah swasta dan antarabangsa yang banyak menggunakan bahasa Inggeris sebagai medium pembelajaran.

"Menteri juga hantar anak mereka ke sekolah awam (sebenarnya swasta) di UK. Ia kemudian diikuti anak orang kaya," kata Dr Mahathir dalam tulisan di blognya chedet.cc hari ini.

Bekas presiden Umno itu berkata, keadaan ini menyebabkan golongan miskin terpaksa mendapat pendidikan di sekolah kebangsaan, sementara itu golongan kaya mahir menguasai bahasa Inggeris berbanding golongan miskin.

(Dr Mahathir memegang jawatan menteri pendidikan antara 1974 dan 1978.)

"Hasilnya golongan kaya ke sekolah swasta di Malaysia dan UK, sementara itu yang miskin ke sekolah kebangsaan di Malaysia.

"Selain daripada pemisahan kaum kerana sekolah berasaskan bahasa etnik, kita melihat pemisahan antara murid kaya dan miskin.

"Yang kaya sekarang bercakap dalam bahasa Inggeris dan miskin bercakap dalam bahasa Melayu, Cina atau Tamil. Peluang pekerjaan menyebelahi mereka yang mahir berbahasa Inggeris," katanya.

Dr Mahathir mengakui cucunya juga ramai yang dihantar ke sekolah swasta dalam dan luar negara.

Tetapi beliau melihat situasi itu menjauhkan lagi jurang antara kaum dan juga jurang antara kaya dan miskin.

"Mereka (cucu) bercakap dalam bahasa kebangsaan, tetapi jenis sekolah tersebut melebarkan jurang antara kaum serta juga antara kaya dan yang miskin.

"Nampaknya ibu bapa yang miskin terpaksa menerima pendidikan buruk untuk anak mereka supaya ahli politik dapat menjadi popular," katanya.

Selain jurang pendidikan antara kaya dan miskin, Dr Mahathir juga membangkitkan jurang pemisahan antara kaum di Malaysia, ia berpunca daripada sistem sekolah mengikut etnik yang digunakan di Malaysia.

"Dengan ini, anak berbilang kaum hilang peluang membesar bersama; Melayu ke sekolah kebangsaan, Cina ke sekolah rendah dan menengah Cina manakala India ke sekolah rendah Tamil. Tidak ada sekolah menengah tamil, jadi India terpaksa belajar di sekolah menengah kebangsaan," katanya.

Dr Mahathir berkata, Malaysia sejak mencapai kemerdekaan 1957 mempunyai misi jelas di mana semua pelajar belajar dalam satu sistem sekolah kebangsaan dan bahasa kebangsaan digunakan sebagai bahasa asal rakyat.

"Mereka akan dapat mengenali antara satu sama lain, mempelajari budaya yang berbeza dan menjadi Malaysia yang tulen,” katanya. – tmi

Mahathir lupa kot masa dia berada dalam kabinet sebagai Menteri/PM dulu, dimana anak/cucunya bersekolah...baru nak sedaq,dah terlambat cekdet ooi...t/s

Bila Menteri hantar anak sekolah ke luar negara, bukti pendidikan negara bermasalah...

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang mencabar semua Menteri Kabinet agar mendedahkan apakah anak dan cucu mereka mendapat pendidikan di bawah sistem pendidikan negara atau swasta dan luar negara.

“Inilah masanya untuk semua 33 Menteri Kabinet mendedahkan sama ada mereka telah menghantar anak dan cucu belajar di sekolah swasta dan antarabangsa, di dalam atau di luar negara,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai respon kepada kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir yang memberi amaran bahawa jurang perbezaan sosial ekonomi negara akan melebar jika kebanyakan orang kaya menghantar anak-anak mereka belajar Bahasa Inggeris di sekolah antarabangsa dan di luar negara manakala golongan miskin terus tertinggal di sekolah kebangsaan mahupun vernakular.

Menurutnya, Mahathir sebenarnya tidak mendedahkan sebarang rahsia apabila mengatakan bahawa menteri-menteri menghantar anak-anak mereka ke sekolah swasta dan antarabangsa.

Malah hal ini sebenarnya ibarat sebuah rahsia terbuka.

“Fenomena ini bukan baru bermula sekarang, tapi telah merebak semenjak era pemerintahan 22 tahunnya (Mahathir) dari 1981 hingga 2003.

“Apakah Mahathir sendiri tidak menyedari bahawa menterinya sendiri telah menghantar anak-anak mereka ke sekolah swasta dan antarabangsa, sama ada di dalam atau di luar negara, sekaligus menunjukkan kurangnya keyakinan terhadap dasar pendidikan negara?

Ahli Parlimen Gelang Patah itu menegaskan, pendidikan juga merupakan salah satu faktor penting mengapa para pengundi menentang Umno-BN dalam Pilihanraya Umum ke 13 (PRU 13) lalu, yang akhirnya mengakibatkan pembentukan kerajaan minoriti kali pertama dalam sejarah negara.

Katanya, ia terbukti apabila bekas Menteri Kewangan Tengku Razaleigh Hamzah sendiri telah mengeluh bahawa Malaysia tidak mendapat sebarang manfaat walaupun telah mencurah berbilion ringgit ke dalam sistem pendidikan.

“Malaysia mungkin telah masyhur kerana menghabiskan sebahagian besar perbelanjaan untuk pendidikan dari segi nisbah Keluaran Dalam Kasar Negara (KDNK) tetapi mempunyai kadar keyakinan terendah terhadap sistem pendidikan di kalangan kepimpinan kerajaan termasuk Menteri serta Timbalan Menteri,” tegasnya.

Sehubungan itu, Kit Siang menyarankan Umno agar menjadikan isu ini sebagai perkara utama yang perlu dibincangkan dalam Perhimpunan Agung parti itu nanti.

“Malaysia menduduki tangga ketiga terbawah dalam penilaian antarabangsa dan tidak membuat apa-apa langkah penting berbanding negara-negara lain tetapi berterusan melancarkan serangan politik perkauman termasuk ancaman menutup sekolah-sekolah rendah Cina,” ujarnya. – Roketkini.com

Tun Dr Mahathir Mohamad blames the country’s education policies for widening the gap between rich families and poor ones. – The Malaysian Insider file pic, November 18, 2014.
Our education policies separating haves and have-nots, says Dr M...

1. When we became independent in 1957 we had a clear idea about education in Malaysia. We wanted every Malaysian child to go to national schools where the medium of teaching would be the National Language based on the Malay language, the language of indigenous people. They would know and be close to each other, get used to their different cultures and be distinctly Malaysian.

2. For a time the “English Schools” were to be allowed to go on. The students at these schools were from all the ethnic groups in Malaysia.

3. When Minister Aziz Ishak as acting Education Minister decided that all schools must be converted to national schools with the national language as the teaching medium, the Chinese raised a big row. Cabinet then decided that the vernacular language schools would be allowed. They were re-designated “Jenis Kebangsaan” or National Type. The national type primary vernacular schools would receive Government aid but the national type secondary schools were not to be supported by Government. The decision was political. Nothing in the Constitution provided for this. Then another Education Minister in 1971 decided to abolish Government secondary schools which teach in English.

4. The net result was an exodus of Chinese students to private Chinese Secondary schools.

5. With this the children of different races lost all opportunities to grow up together; the Malays to national schools, the Chinese to Chinese primary and secondary schools and the Indians to Tamil primary schools. There were no Tamil secondary schools. So most Indians studied in National Secondary Schools.

6. International schools using English were however allowed to exist. Then local private schools using largely English as the medium were set up. 

7. The Malaysian children were not supposed to go to these private schools. In any case the fees charged by private schools as usual were high.

8. Then the ministers’ children, against national policy started going to private schools and international schools which use largely English as the teaching medium. The ministers also send their children to public (actually private) school in the UK. So followed the children of the rich.

9. The result is that the rich go to private schools in Malaysia and U.K while the poor go to national schools at home.

10. Apart from racial separation because of the ethnic language based schools, we now see a separation of the rich children and the poor children. The rich now speak in English and the poor in Malay, Chinese or Tamil. Jobs favour the English speakers.

11. Strangely the language nationalists have not protested as they protest the use of English for Science and Mathematics. Incidentally the Malay language nationalists also help promote the use of the Chinese language in Chinese schools and in business. Even Malay parents like their children to go to Chinese schools. And in Sarawak the natives prefer Chinese schools.

12. All these will result in the separation of the races and the separation of rich high-class English speaking people from the poor less privileged national language speaking people. There will also be a loss of the knowledge of modern science and higher mathematics among national school students.

13. I must confess that although my children all went to national schools, my grandchildren all go to private schools in the country and abroad. They do speak the national language but their kind of schooling widens the gap between races as well as between the rich and the poor.

14. It seems that poor parents must accept poor education for their children so politicians can be popular.- chedet

Cabinet Ministers should reveal whether their children and grandchildren had been educated under the national education system or at home or abroad



Storynya di sini dan sini  

Refuting Ahmad Maslan's claim that an invitation was never sent to him over the forum, Rafizi said an invitation was sent via an e-mail with a receipt confirmation. "I urge him to be a hero by attending the forum and giving us answers. The UMNO general assembly is next week, so it is a good time for him to be a hero," he said. 
Datang dan hadapi khalayak malam esok di The Club@One Utama. Saya tiada perkara yang hendak disorokkan. Saya sendiri mahu tahu seperti semua orang apa yang terjadi pada syarikat perlombongan dari Mongolia dan seorang yang bernama Lobo Lee,..semua perkara yang tidak boleh dijawab dalam dewan jika berani kerana benar, beliau sepatutnya tiada masalah.” “Saya masih berharap Datuk Ahmad Maslan supaya jangan kecut perut dan terus berani datang ke forum esok mengenai 1MDB dan hutangnya kepada kerajaan,” 

Dr Agus kecewa Maslan tidak hadir forum 1MDB

Orang kaya seronok giler, orang miskin terbeliak bijimata...


cheers.

2 comments:

Anonymous said...

Selagi UMNO berkuasa sistem pendidikan kita ni tak boleh buat apa dah.

Bila menteri jenis bangang, maka sistemnya pun ikut bangang macam dia.

Pentadbir sekolah,rendah dan menengah,kolej dan universiti dibubuhnya kroni2 depa yang dok asyik angkat teloq pak menteri.

Kalu macam tu punya ada, kita nak harap perubahan apa lagi???

Mahathir pun baru dia sedaq, tapi masa dia PM dulu apa yang dia buat untuk pulih keadaan?

Dia pun hantaq anak cucunya ke sekolah swasta dan pilih universiti luar negara untuk didik anak/cucunya.

Toksah dok cakaplah semua cakap tak seperti bikin.

Harap satu hari nanti bila UMNO tu dah MAMPUIH barulah boleh berlaku perubahaan.

Anonymous said...

orang kaya UMNO hantaq anak sekolah antarabangsa dan luar negara orang yg tak berapa berada dan orang kpg pun hantaq anak sekolah swasta juga.....sekolah pondok pun kira swasta juga dan kat Mesir. kan luar negra juga..fair jangan marah