03 May 2013

MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dihalang polis...



Kerajaan Sarawak sekali lagi menyalahguna kuasa apabila menghalang Pengerusi Pakatan Rakyat Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim daripada memasuki Pelabuhan Miri sebaik tiba di lokasi tersebut pagi tadi.

Beliau ditahan ketika bersama rombongan calon KEADILAN Miri, Dr Micheal Teo yang mahu meninjau keberkesanan perkhidmatan terhadap rakyat di pelabuhan tersebut.

Bagaimanapun, ketika sampai di pintu utama pelabuhan, rombongan Khalid dihalang memasuki premis itu walaupun dijelaskan mereka hanya mahu ke kafe di dalam lokasi tersebut.

Jentera parti KEADILAN Parlimen Miri, Ahodee Kiong mengesahkan insiden itu ketika dihubungi.

“Masa kami semua sampai di pintu utama, lima ‘pengawal’ berseragam polis sudah bersedia untuk menghalang kami.

“Kami tanya pada polis mengapa tidak benarkan kami masuk. Mereka beri alasan kerana tidak buat temu janji terlebih dahulu,” katanya.

Mengulas sekatan tersebut, Kiong menyifatkan kejadian yang memalukan itu sekaligus menunjukkan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud begitu takut dengan kebangkitan Pakatan Rakyat.

“Ini semua kerja Taib Mahmud…Beliau sengaja beri arahan supaya halang kemasukan kami,” katanya.

Sebelum ini, pada Mac 2011, Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa antara pemimpin Pakatan yang dihalang memasuki Sarawak. Pihak Imigresen yang menahan beliau hanya memberi alasan sekadar mengikut arahan dikeluarkan pejabat Ketua Menteri.-keadilandaily



Ceramah Anwar di Bandar Sungai Buaya (Hulu Selangor)


Putrajaya - dialog Dato' Husam Musa vs DS Tengku Adnan di Putrajaya..Ku Nan,bayang pun tak nampak...


Mat Sabu di Raub

Photo
Mat Sabu di Raub


Mat Sabu di Raub


Mat Sabu di Mentakab


Mat Sabu di Bentong


Anthony Loke di Kg Baru Rasah



Ceramah PR di Subang


Dataran Jengka Mahkota di Bandar Pusat Jengka


Photo: Elizabeth wong di Miri.
Elizabeth Wong di Miri.


Ceramah PR Kucing




Jelajah Pakatan Harapan Rakyat Dato’ Seri Anwar Ibrahim Ke KEDAH

3 Mei 2013 (Jumaat)


1) 1.00 ptg – Solat Jumaat - Masjid Ulu Melaka, Langkawi

2) 2.00 ptg – Sepetang Bersama Anwar Ibrahim
Lokasi: Pdg Maktab Mahmud, Ulu Melaka, Langkawi

3) 4.00 ptg – Sepetang Bersama Anwar Ibrahim
Lokasi: Pekan Naka, Pedu

4) 5.00 ptg – Sepetang Bersama Anwar Ibrahim
Lokasi: Kg Tanjong Musang, Pokok Sena

5) 5.45 ptg – Sepetang Bersama Anwar Ibrahim
Lokasi: Pej PKR Negri Kedah, Bakar Bata, Alor Setar

6) 7.15 mlm – Solat & Tazkirah Maghrib
Lokasi: Surau Taman Peruda, Sungai Petani

7) 8.30 mlm – Ceramah Perdana Pakatan Harapan Rakyat
Lokasi: Taman Ria Jaya, Sungai Petani

8) 9.45 mlm- Ceramah Perdana Pakatan Harapan Rakyat
Lokasi: Taman Semarak, Sungai Petani

9) 11.15 mlm – Ceramah Perdana Pakatan Harapan Rakyat
Lokasi: Stadium Mini Keladi, Kulim





Photo: Ceramah Perdana Finale PKR Parlimen Pandan

8.30 malam esok, Jumaat 3/5/2013 di Jalan H, Kg Pandan (bersebelahan Masjid Nurul Hidayah)

Like & share page Rafizi Ramli untuk bantu sebarkan










cheers.

No comments: