29 June 2012

Guan Eng pun tolak pilihan raya musim haji...

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng malam tadi membidas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang sebelum ini dilapor mempertahankan langkah mengadakan pilihan raya pada musim haji.

Menurut Lim, kenyataan Najib yang juga presiden Umno itu "tidak boleh diterima" kerana ia menimbulkan "rasa kurang senang hati" di kalangan umat Islam yang menunaikan ibadah tersebut.

Dengan membuat perbandingan, Lim berkata perasaan yang sama turut dirasai orang bukan Islam jika pilihan raya diadakan pada musim perayaan lain seperti Tahun baru Cina, Deepavali atau Krismas.

"Kita harap perdana menteri dapat menimbang semula (cadangan itu).

"Jangan mengadakan pilihan raya semasa (umat Islam) menunaikan ibadat haji kerana saya rasa, ini merupakan satu taktik yang cuba untuk memecah belahkan rakyat," katanya.

Lim yang juga ahli parlimen Bagan mengulas kenyataan Najib yang dilapor mempertahankan langkah mengadakan pilihan raya ketika musim haji dengan alasan, perkara seperti itu pernah dijalankan pada pilihan raya 1986 atau 1982.

Najib bagaimanapun masih mengunci rapat mulutnya berhubung teka teki tarikh pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Nafi berfahaman sosialis
 

Mengulas lanjut, Lim menjangkakan kemungkinan pilihan raya umum akan diadakan sekitar Oktober, selepas pembentangan belanjawan pada 28 September ini.

Beliau berkata demikian dalam wacana bertajuk "Benarkan Dasar DAP mengancam Islam?" anjuran akhbar web DAP Roketkini yang adakan di sebuah hotel di Shah Alam malam tadi.

Selain beliau, pensyarah Univerisiti Islam Antarabangsa (UIA) Dr Maszlee Malik turut diundang menjadi panelis dan wacana itu dipengerusikan oleh Ketua Eksekutif nstitut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (Ideas) Wan Saiful Wan Jan.

Sementara itu, menjawab soalan berhubung dakwaan dasar parti itu dikaitkan dengan fahaman sosialisme - yang dilihat sesetengah pihak ancaman kepada Islam - Lim menafikannya dan menegaskan DAP berfahaman sosial demokrasi.

Katanya, fahaman tersebut antara lain memastikan pihak yang daif menerima pembelaan yang sewajarnya, menghormati hak asasi rakyat dan memastikan pembahagian kekayaan secara adil dan tidak diberikan kepada kroni.

"Saya kira itu paling penting... Itu paling asas," katanya.- malaysiakini


Mufti dengan haji dan pilihan raya.



Haj season polls insensitive to Muslims, says Guan Eng...



DAP has condemned prime minister Najib Razak's suggestion that there was nothing wrong for the general election to be held during the Hajj season when thousands of voters would be out of the country.

Speaking at a forum organised by DAP news portal Roketkini yesterday, its secretary general Lim Guan Eng said the proposal should not have come from someone who was sensitive to Muslim religious obligation.

“Najib’s intention to hold the 13th general election during the Hajj season is not right. He must be sensitive to the Muslims' religious obligation, and the issue of holding election during Hajj season should not have been brought up,” he said.

Lim added that in the same vein, it was best to avoid any festive season when calling for polls.

“How can Najib hold election during the Hajj season when it is clear that it is a religious obligation upon Muslims?” asked the Penang chief minister.

Besides him, the forum, “Is it true that DAP threatens Islam?”, was also participated by International Islamic University lecturer Dr Maszlee Malek, and moderated by local think tank IDEAS head Wan Saiful Wan Jan.

On the hudud issue, Lim said the matter had been played up by UMNO-BN to tear Pakatan Rakyat apart.

“Just like how UMNO-BN have been keeping non-Muslims away from PAS and hudud, the Malays are likewise being frightened with the claim that DAP is anti-Islam.

"But looking at our history, there has been no instance in which PAS or DAP had killed a Malay or a non-Malay. On the other hand, the Kampung Memali incident is proof of who we should be afraid of,” said Lim, referring to the 1985 massacre of Memali villagers when they defended their leader Ibrahim Mahmud from the government's attempt to arrest him under the Internal Security Act.

“In fact we respect the Federal constitution which stipulates that Islam is the official religion,” Lim stressed.- harakahdaily





cheers.


4 comments:

Anonymous said...

Assalam

Masalah dalam negara ini adalah kerana orang Islam Melayu sendiri suka buat polemik atas nama agama tanpa berfikir panjang. Masalah ini diburukkan lagi dengan politikus yang mencari publisiti dan pihak agamawan (mufti) yang dism membisu atau memberi hujah secara aqli tanpa nas atau pandangan ulamak muktabar terdahulu. Malu kita kepa bukan Islam yang ada aqal ni, Melayu, melayu Malaysia

Anonymous said...

Assalam

Masalah dalam negara ini adalah kerana orang Islam Melayu sendiri suka buat polemik atas nama agama tanpa berfikir panjang. Masalah ini diburukkan lagi dengan politikus yang mencari publisiti dan pihak agamawan (mufti) yang dism membisu atau memberi hujah secara aqli tanpa nas atau pandangan ulamak muktabar terdahulu. Malu kita kepa bukan Islam yang ada aqal ni, Melayu, melayu Malaysia

Anonymous said...

nak buat cam mana, dua2 dok cari publisiti sedangkan tuan2 mufti dok berehat dalam bilik aircon dan terima gaji bulan2 buta!!

Anonymous said...

Cina lebih cerdik daripada orang Melayu!!