08 December 2011

Beranikah Najib temu Anwar dalam forum...

Sekumpulan mahasiswa hari ini menghantar surat jemputan rasmi kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk berforum dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kebebasan akademik dan masa depan negara.

Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh telah menyatakan kesediaannya kepada pihak penganjur - Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) - untuk menyertai forum tersebut.

Forum anjuran SMM itu, bertajuk "Merencana Masa Depan Negara" antaranya untuk mendapat penjelasan berhubung "keseriusan pimpinan kerajaan dan pembangkang mengenai kebebasan akademik" di negara ini.

Sehubungan itu, mereka berharap Najib dapat memenuhi undangan tersebut untuk menyemarakkan lagi "usaha membina negara yang lebih cemerlang seiring dengan dasar transformasi kerajaan".

"Kita nak tengok pandangan kerajaan dan pembangkang terhadap keseriusan mereka dalam memperjuangkan kebebasan akademik dan mahasiswa.

NONESurat jemputan diserahkan oleh Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Malaysia (PMIUM) Mohd Safwan Anang Talib kepada pegawai khas perdana menteri Mohd Saiful Azhar di hadapan pejabat Jabatan Perdana Menteri kira-kira jam 2.30 petang tadi.

Mengulas lanjut, Ahmad Syukri berkata pihaknya telah mendapat persetujuan lisan Anwar yang juga ketua umum PKR untuk "melapangkan masanya" menghadiri forum tersebut.

"Kita tunggu respon perdana menteri. Kalau beliau nak ganti orang lain, kita akan tanya persetujuan Datuk Seri Anwar (untuk teruskan) atau pembangkang menghantar calon lain.

"Kita tidak bagi masa kepada PM (untuk memberi maklum balas). Kita akan buat susulan," katanya.


Ahmad Syukri berkata sebelum ini pihaknya telah menghantar surat jemputan kepada Tun Dr Mahathir untuk menjadi panel forum tersebut.

Surat itu dihantar kira-kira sebulum lalu tetapi sehingga kini tidak mendapat maklum balas, katanya.

Forum itu akan dijalankan dalam empat pusingan termasuk soal jawab kedua-dua pemimpin dengan dua pemerhati bebas - ketua eksekutif Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (IDEAS), Wan Saiful Wan Jan dan bekas naib canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Tan Sri Ibrahim Abu Shah.

source:malaysiakini

Mungkin Najib akan minta nasihat Bik Mama dulu kot, takut2 dia terkencing dalam seluaq...

Apa2 pun sebelum Najib turun berforum dengan Anwar, harap2 Najib tonton video di bawah ini dahulu...




cheers.

1 comment:

Anonymous said...

Mungkin dia minta disapina dan lepas tu minta soalan2 yang akan dibangkitkan dlm forum nanti.