27 March 2010

1Malaysia dan Malaysian Malaysia sama saja.......

Orang Melayu di Malaysia diingat agar tidak terjerumus ke dalam konflik atau persengketaan seperti yang dialami di Eropah khususnya di negara bekas Yugoslavia, kata presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali. Menurut beliau konflik berpunca daripada perpecahan rakyat pelbagai kaum dan sosiobudaya.

Ibrahim berkata, di majlis ini akan diterjemahkan kebangkitan Melayu yang berlaku akibat perebutan kuasa politik di kalangan orang Melayu sendiri.

“Matlamat Perkasa ialah mepertahankan Islam, hak-hak istimewa orang Melayu dan bumiputera.

“Mempertahankan nilai teras, melindungi dan mendaulatkan undang-undang dan keluhuran negara yang berdaulat dan merdeka,” katanya.

Ibrahim juga membidas pejuang konsep Malaysian Malaysia yang menuntut hak sama rata antara orang Melayu dengan bukan Melayu.

“Ia bertujuan rampas hak keistimewaan orang Melayu, menghapuskan raja-raja Melayu. Ia bertujuan menimbulkan kacau-bilau, memecahkan perpaduan antara bangsa di Malaysia.

Sebelum itu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang dijemput sebagai tetamu kehormat bagi merasmikan mesyuarat agung pertama Perkasa itu diberikan sambutan meriah mengikut istiadat dan kepahlawanan Melayu.

Dianggarakan tidak kurang 2,000 tetamu hadir pada mesyuarat ini.

source:malaysiakini

Apa bedza antara Malaysian Malaysia dengan 1Malaysia? Bukankah motif kedua2 slogan ini sama saja. Tapi simangkok ini cuba perbodohkan orang2 Melayu kononnya konsep Malaysian Malaysia gugat kepentingan orang2 Melayu. Aku rasa yang tergugat adalah UMNO.

Soal penghapusan hak raja-raja Melayu,bukankah UMNO semasa zaman Mahathir yang mencangan seantero dunia untuk menghapuskan imuniti raja-raja. UMNO dah lupa kot.......

Konsep 1Malaysia dan Malaysian Malaysia adalah ibarat kicap yang berjenama lain tapi isi dan kandungannya adalah sama saja............

cheers.

2 comments:

Anonymous said...

Dua dua nia Che Det dan Brahim Ali gila kuasa.
Yang datang mendengar kena perbodohkan - aduhai Melayu!!!

mohd ali ismail said...

Yang menyambut baik penubuhan PERKASA terdiri dari orang orang Melayu yang telah mendapat meraih kesenagan dari Kerajaan menerusi UMNO dengan cara mudah seperti(a)menerima AP (b)kontrak cara Nego(c)Grants dan lain lain lagi.PERKASA menjaga nasib ornag Melayu kaya.