04 December 2009

Ketuanan Melayu atau Ketuanan UMNO........

Isu Ketuanan Melayu menghangatkan Dewan Rakyat sehingga mencetuskan pertikaman lidah antara beberapa Ahli Parlimen. Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia terpaksa campur tangan untuk menenangkan keadaan yang mula kecoh selepas isu itu dibangkitkan oleh M Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat).

"Tolonglah Yang Berhormat, setiap kali berhujah, mestilah berhujah seperti seorang Ahli Parlimen, bukan seorang ahli politik.

"Apabila bersikap sebagai Ahli Parlimen, Yang Berhormat akan ingat dengan peraturan mesyuarat, jangan sama sekali menzahirkan perkataan yang menggamit reaksi negatif kawan sebelah.

"Kalau mahu bercakap seperti ahli politik, buat di luar, bukan dalam waktu perbahasan, ini mesyuarat ahli Yang Berhormat, jadi jangan timbulkan lagi perkara begini," kata Pandikar Amin.

Kulasegaran membangkitkan isu Ketuanan Melayu ketika mengemukakan soalan tambahan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Koh Tsu Koon berhubung perpaduan dalam kalangan rakyat di negara ini. Beliau berkata, isu perpaduan di Malaysia menghadapi halangan dan kekangan seperti isu ketuanan Melayu yang disifatkannya sebagai satu diskriminasi kepada kaum lain di negara ini.

"Dasar Ekonomi Baru (DEB) juga sangat memberi tentangan kepada keharmonian," katanya menyebabkan beberapa Ahli Parlimen daripada Barisan Nasional (BN) berdiri dan menjerit membantah.

Speaker kemudian mengarahkan semua Ahli Parlimen itu duduk sebelum meminta Koh menjawab soalan Dr Lee Boon Chye (PKR-Gopeng) dan mengetepikan soalan Kulasegaran.

Terdahulu, Koh ketika menjawab soalan Datuk Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) berkata kedudukan Malaysia di tempat ke-26 dalam Indeks Keamanan Sedunia adalah lebih baik berbanding Sepanyol (28), Perancis (30), Britain (35), Indonesia (67), Filipina (114) dan Thailand (118). Koh berkata, Malaysia sentiasa berusaha memperbaiki kedudukannya dalam ranking dunia.

"Sekiranya kita semua mempunyai sikap yang positif dan terbuka, dan tidak hanya melihat aspek negatif saja, kita pasti akan mampu menyelesaikan sebarang masalah yang timbul," katanya.

Pada peringkat ini, Mohamed Aziz (BN-Sri Gading) bangun dan berkata, "Menteri sila jawab soalan jahat yang telah dibangkitkan Ipoh Barat. Tolong jawab bagi pihak orang Melayu, jangan beri jawapan selamat." Pandikar Amin kemudian menegur tindakan Datuk Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan) yang bangun untuk menyokong Mohamed.

"Kinabatangan sudahlah, saya sudah beritahu tadi. Jangan buat kacau tak tentu...soalan penting dan dijawab dengan baik.

"Bagaimana kita boleh beri teladan yang baik kepada rakyat jika tunjukkan satu sikap begini," katanya.

source:berita harian

Asyik,asyik ketuanan Melayu! Sebenarnya isu sekarang bukan ketuanan Melayu tapi Ketuanan UMNO. Kalulah UMNO berjuang atas ketuanan Melayu secara ikhlas,maka semua orang Melayu tak kira apa fahaman politiknya dianggap sama.

Tapi,kenapa orang Melayu UMNO ini mendapat segala keistemewaan berbanding dengan orang Melayu bukan ahli UMNO, yang dianggap sebagai warganegara kelas 2?

Jadi slogan ketuanan Melayu adalah laungan kosong UMNO hipokrit yang semata-mata mahu mempertahankan periok nasi mereka di bumi yang pura-pura dikatakan............


cheers.

1 comment:

Anonymous said...

buatlah pilih sendiri:

umno atau warganegara kelas kedua

fikir-fikirkan..