14 December 2008

Kuala Terengganu - wang royalti atau rasuah politik......

Kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu pada 17 Jan depan amat penting sebagai bukti untuk menunjukkan kebangkitan parti itu selepas kekalahan BN dalam pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh, Ogos lepas.Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan kemenangan di Kuala Terengganu kelak sebagai sesuatu yang amat penting untuk masa depan Umno.

source : Bernama



Gambar di atas dengan terang menunjukkan budaya rasuah yang kerap diamalkan oleh UMNO. Amalan budaya rasuah bukan setakat berlaku semasa pemilihan ketua cawangan,bahagian dan pemilihan jawatan-jawatan tertinggi UMNO malah semasa bila diadakan pilihanraya umum dan pilihanraya kecil. Wang royalti yang diserahkan itu bukan datang daripada UMNO atau diut UMNO, ngapa natang-natang ni tersengih-sengih cam beruk dapat bunga?

Bagaimana UMNO berjanji projek berbilion-bilion ringgit ketika pilihanraya kecil Permatang Pauh demikian jugalah perangai yang ditunjukkan dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu nanti. Sebelum apa-apa lagi dah tayang cek besar untuk nak bagi tahu yang wang ehsan yang bertukar jadi royalti diserah kembali kepada Terengganu. Bukankah kes royalti ini masih berada dalam mahkamah? Kalau tak berlakulah pilihanraya kecil Kuala Terengganu ini, adakah wang royalti tersebut akan diberikan?

Dalam keadaan ekonomi negara yang meruncing, apakah Petronas mempunyai dana yang cukup untuk menyerahkan kembali wang royalti ini? Atau ia adalah semata-mata satu gimik politik murahan UMNO untuk memancing undi? Kalaulah ditakdirkan UMNO kalah dalam pilihanraya kecil ini nanti apakah wang royalti itu akan diserahkan atau ditarik balik atau ditangguhkan sehingga tahun 2013?

Kepada rakyat Kuala Terengganu,penerimaan wang royalti secara tiba-tiba adalah satu rahmat kurniaan Allah, namun kuasa mengudi adalah di tangan anda.Ingat wang royalti itu adalah wang rakyat dan bukan wang UMNO.

Sama-samalah kita gagalkan misi Najib dan kuburkan UMNO. Sama-sama kita pilih calon pembangkang dalam pilihanraya kecil nanti...........

Baca sini dan sini.

cheers.

9 comments:

Anonymous said...

bertuah le orang Ganu..

Anonymous said...

Bertuah korok mu..!! Natang-natang nie akan sapu duit nih..mu rakyat Ganu dapat gapo? Seciput dari muntah deme-deme yg dlm gambo tu je..Deme tu kaya-raya dgn anak-bini bermewah selalu...mu dpt gapo..?

Natang-natang nih yg nak memimpin Mesia...nak muntah kawe tgk muka natang-natang beruk nih..!! Tembak mampuh jer deh..!!

Anonymous said...

amboi..amboi mu cakap cam tu tak baik,nanti kan dia nak jadi PM kito dan beruk-beruk tu pula menteri-menterinya

Anonymous said...

Durian runtuh untuk rakyat Ganu....

1. RM400 juta wang royalti disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

2. Datuk Seri Najib Razak berkata Kabinet secara prinsipnya sudah meluluskan cadangan penubuhan Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA), dengan dana permulaan RM10 bilion untuk melabur di dalam dan luar negara.

3. Kerajaan memperuntukkan RM51.4 juta untuk membina dan membaik pulih 2,102 buah rumah rakyat miskin tegar yang akan memberi manfaat kepada 10,510 isi rumah miskin di seluruh negara pada tahun depan.

...wang besar, wang besar, wang besar..! pesta wang besar sudah bermula...

seronok betoi rakyat Ganu,nanti seorang akan dapat RM500/- awal tahun depan untuk belanja beli peralatan2 sekolah.

Anonymous said...

Yang dijulang tu mock cek je. Duit betul entah dapat ke tidak? Kan duit tu untuk Lembaga Pelaburan Terengganu yang belum punwujud lagi.Jadi orang Terengganu ni nak di abui pandangan mereka oleh BN dan konco-konconya tulah. Harap org Terengganu celik mata.

Anonymous said...

Yang dijulang tu mock cek je. Duit betul entah dapat ke tidak? Kan duit tu untuk Lembaga Pelaburan Terengganu yang belum punwujud lagi.Jadi orang Terengganu ni nak di abui pandangan mereka oleh BN dan konco-konconya tulah. Harap org Terengganu celik mata.

Anonymous said...

pengundi2 KT sudah boleh berfikir dengan waras. kali ini pasti kerusi parlimen KT akan bertukar tuan, insyaAllah.

Anonymous said...

Nak cakap orang terengganu tak dapat apa2 tu tak betul tu. Takkan semua duit tu dibahagi2kan ke rakyat terengganu. Semua pun nak bagi direct je ke? Banyak benda yang perlu dibuat menggunakan duit tu, contohnya projek infrastuktur. Nak senang je, kalau boleh semua nak sumbat dalam poket sendiri?

Anonymous said...

Itulah kerja penyamun2 UMNO...kalau tidak macam mana duit royalti utk Terengganu dah "short" beberapa billion? Mu tanya Idris Jusoh mu!!!