13 July 2008

Anwar mungkin ditahan Isnin ini...............

Penulis Tanpa Nama dalam tulisannya yang tersiar dalam Detikdaily berkata.......

Anwar bakal ditahan sebelum debat TV 15 Julai? Oleh Tanpa Nama

Sdr Pengarang, saya dapat tahu pihak polis sudah menyiapkan laporan soal siasat atas kes tuduhan liwat terhadap DS Anwar Ibrahim yang babitkan lebih saksi. Khabarnya laporan perubatan Saiful Bukhari juga mendapati beliau telah diliwat dan orangnya dikenal pasti sbagai DS Anwar. Begitu juga dengan kesimpulan daripada 20 saksi-saksi berkenaan. Gosip bertiup kencang mengatakan Anwar akan ditahan dalam waktu terdekat, yang pasti sebelum debat beliau dengan Shabery Chik yang bakal disiarkan secara langsung dalam tv 15 Julai depan. Saya berdoa agar khabar yang saya dengar itu tak betul. hanya Allah maha mengetahui. sekian. Baca di sini.

Sementara itu Utusan Meloya pula melaporkan.........

Liwat: Polis ambil keterangan Anwar esok - Oleh UMAVATHI RAMAYAH

Polis akan mengambil keterangan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kes dakwaan liwat terhadapnya, petang Isnin ini. Bagaimanapun, tindakan memanggil Anwar itu bagi membantu siasatan kes dakwaan liwat melibatkannya ekoran laporan oleh bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 23, pada 28 Jun lalu.

Pada masa sama, Badan Pencegah Rasuah (BPR) memberitahu, Anwar akan turut dipanggil memberi keterangan dalam tempoh terdekat ini berhubung satu laporan polis beliau terhadap Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Mengenai kes dakwaan liwat, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Mohd. Bakri Mohd. Zinin berkata, Anwar telah menyatakan persetujuan hadir untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur pada pukul 2 petang hari berkenaan. Katanya, persetujuan itu dimaklumkan kepada pihak polis oleh peguam bekas Timbalan Perdana Menteri itu, Sankara N. Nair pagi ini.

“Kita panggil dia (Anwar) untuk rakam keterangannya berhubung laporan liwat terhadapnya (oleh Mohd. Saiful Bukhari), bukan untuk tahan beliau,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini. Baca di sini, sini dan sini.

Boleh cayakah? Dalam Malaysia Boleh anything can happen..............cuba fikir,sapa sangka Ezam boleh jadi pecacai UMNO,Balasubramaniam boleh tarik balik akuan sumpahnya sebelum genap 24 jam & dsbnya..........

Anwar's Comeback, Interrupted - The scandal's timing is fishy, and Malaysia's rulers haven't hesitated to squelch dissent in the past.............Read here.

cheers.

1 comment:

Anonymous said...

Tahan je..Soal siasat sikit, daripada dibiar dia melalut sana sini buat kecoh..Kasi setel terus, senang..