23 April 2008

Rustam A Sani - Al Fatihah.....

Penulis,penganalisi politik dan rakan blogger terkenal Rustam A. Sani 63 tahun meninggal dunia di rumahnya sekitar jam 3.00 pagi tadi kerana diserang penyakit jantung. Beliau juga seorang blogger yang aktif. Salah satu blog beliau "Suaraku" dan blog Siasahdaily telah memuatkan tulisan terakhir beliau berjudul "Mahathir lagi: Bilakah semua ini akan reda?" Baca sini dan sini.

Anak kepada ,allahyarham Ahmad Boestaman, seorang tokoh politik tanah air yang terkemuka Rustam memperoleh ijazah pertamanya dari Universiti Malaya, dan kemudiannya melanjutkan pelajaran di University of Reading, University of Kent at Canterbury (UK) dan Yale University (AS).

Beliau merupakan seorang penulis yang prolifik, sama ada dalam bahasa Malaysia ataupun Inggeris – dan tulisannya meliputi pelbagai bidang seperti politik, isu-isu sosial, sejarah, budaya, statistik dan sastera. Selain itu, beliau juga telah menghasilkan terjemahan karya-karya sastera dan bukan sastera (dari Inggeris ke bahasa Malaysia dan sebaliknya).

Rustam A. Sani dianggap antara ‘cendekiawan awam’ yang penting di Malaysia. Beliau merupakan seorang ahli akademik, penulis kolum dan penyair – selain terlibat dalam pelbagai kegiatan politik, sosial dan sastera. Sebagai ahli akademik dan penganalisis, beliau pernah bertugas di Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Malaya dan ISIS Malaysia.

Antologi puisinya – Riak-riak Kecil (1977) – diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Pada tahun 1988/89 beliau telah dianugerahkan ‘Hadiah Sastera Negara’ dalam kategori esei dan kritik sastera. Dalam bidang politik, beliau pernah memegang jawatan Timbalan Presiden, Parti Rakyat Malaysia.

Dua buah buku terbaru hasil penulisan Allahyarham yang bertajuk "Special Roots of the Malay Left" dan "Fail Nation" sepatutnya dirasmikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 April ini di Seminar Hall, Perpustakaan Raja Tun Uda (The Selangor Public Library), Persiaran Bandaraya, Shah Alam.

Jomo, K. S. (Editor), in his book, Reinventing Malaysia: Reflections on Its Past and Future, best describe Rustam A Sani as, “arguably Malaysia’s leading public intellectual". He is an academician, a newspaper columnist and a poet, besides being involved in a multitude of political, social and literary activities.In politics, he was formerly the Deputy President of Parti Rakyat Malaysia, which have since merged with the Parti Keadilan Nasional to form the Parti Keadilan Rakyat (People’s Justice Party). Read here, and here.

His blogsites.....

Blog asal | Original blog: Suara Rakyat:VoxPopuli
Blog keluarga lama | Original family blog (Old postings)
Blog keluarga | Family blog: Taulan dan Keluarga
Blog pandangan dan pendapat | Op-ed blog: Suaraku
Tulisan lama | Past writings of Rustam Sani
Tulisan semasa | Current writings of Rustam Sani

Marilah kita bersama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat Sdr. Rustam A Sani. Moga-moga roh beliau dicucuri rahmat.

Al-Fatihah.

1 comment:

Anonymous said...

To such a great guy,a thinker and a versatile political observer...

al-fathihah to his family.

Rest in peace my dear friend.