23 March 2008

Idris Jusoh - kesetiaannya pada Sultan atau.....

Bernama melaporkan bahawa, isu pelantikan Menteri Besar Terengganu selesai hari ini apabila pejabat Sultan Terengganu mengumumkan Ahmad Said untuk memegang jawatan itu. Menurut kenyataan pejabat Sultan Terengganu hari ini,Ahmad Said,51, anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Kijal akan mengangkat sumpah jawatan di Istana Tamu di sini pagi esok.

"Mengikut peruntukan Fasal 14 Perenggan (2) (a)Undang-undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu (Bab 2), Majlis Penasihat Pemangku Raja dalam melaksanakan fungsi bagi pihak Pemangku Raja. "Dengan ini telah memilih untuk melantik Datuk Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu, untuk mengetuai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu," kata kenyataan itu kepada Bernama hari ini.

Isu pelantikan Menteri Besar Terengganu telah berlarutan selama 14 hari selepas pilihan raya umum 8 Mac lepas. Pelantikan Ahmad Said ialah bagi menggantikan Idris Jusoh yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu dan wakil rakyat Jertih yang menjadi Menteri Besar Terengganu selama satu penggal sejak 2004.- Bernama
----------
Apabila Lim Kit Siang melarang ahli-ahli DAP daripada menghadiri upacara angkat sumpah MB Perak minggu lalu, ramai pemimpin-pemimpin UMNO serta media massa gomen menuduh Lim Kit Siang sebagai menderhaka kepada Tuanku Sultan Perak. Baca di sini. Sekarang ini siapa pula yang menderhaka? Apakah 22 ADUN yang menderhaka itu akan menyembah Tuanku Sultan Terengganu untuk memohon maaf?

Semua 22 ADUN Terengganu telah sebulat suara akan memboikot majlis mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar yang dijadual berlangsung di Istana Maziah Kuala Terengganu dan bertegas mahukan Pengerusi BN negeri, Idris Jusoh memegang jawatan Menteri Besar.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan petang tadi, Setiausaha Badan Perhubungan Umno negeri, Rosol Wahid berkata,"Kami Adun-Adun sebulat suara ingin menegaskan bahawa calon untuk Menteri Besar Terengganu adalah Datuk Seri Idris Jusoh. Tidak ada calon lain yang kami sokong, yang kami berdiri di belakang beliau. Jadi, mana-mana perancangan untuk menamakan selain daripada calon yang kami nyatakan tadi, maka kami tidak akan menerimanya dan kami tetap menolak dengan sebulat suara,"

Di Terengganu telah, naik beberapa puluh sepanduk menyatakan sokongan kepada istana. Sepanduk yang memuatkan antaranya perkataan "Daulat Tunku" dan kesediaan rakyat bersama istana itu bagaimanapun diturunkan selepas dua jam kemudian. Kain rentang itu yang dirampas awal pagi itu antaranya bertulis "Daulat Tuanku Selamatkan Terengganu Darul Iman" serta "Daulat Tuanku, Rakyat Berdiri di Belakang DYMM Tuanku".

Malah ada beberapa orang ADUN telah menyatakan kesanggupan mereka untuk meletak jawatan sebagai ADUN bagi membolehkan diadakan pilihanraya kecil. Kemelut ini tidak akan berakhir dengan perlantikan MB saja, kerana MB yang baru perlu mendapat sokongan ahli-ahli dewan yang lain. Tatkala Ahmad Said diumum untuk mengangkat sumpah sebagai MB, ada puak-puak tertentu telah meminta pihak BPR menyiasat salah laku Ahmad Said berkaitan dengan beberapa projeknya di Kijal.Baca di sini.

Mengapakah Tuanku Sultan Terengganu tidak mahu menerima Idris Jusoh sebagai MB walaupun namanya telah dicadangkan oleh Pat Lah? Inilah yang rakyat jelata ingin tahu.



Menurut sumber-sumber tertentu, baginda Sultan murka kerana peristewa Batu Buruk di mana rakyat Terengganu yang tidak berdosa di belasah teruk dan ada yang ditembak oleh pihak polis atas arahan Idris Jusoh. Di samping itu juga peristewa polis menggunakan kekerasan yang melampau di Rusila semasa hari mengundi juga disebut sebagai sebabnya. Ada pula sumber-
sumber lain mengatakan bahawa, Idris Jusoh lebih banyak menumpukan kesetiaannya kepada orang yang bernama Patrick Badawi yang sekarang ini sedang bermaharajalela membolot berbagai-bagai projek mega, termasuk festival Monsun Cup di negeri itu. Namun demikian, apa yang jelas ialah bila pihak istana berbalah dengan MB yang rugi adalah rakyatnya.

Sekiranya tindakan memulau ini diteruskan oleh ADUN UMNO, nescaya rakyat akan hilang kepercayaan kepada mereka. Jika ADUN UMNO ini hendak menguji populariti mereka sama ada mahu menyokong Idris Jusoh atau menurut kehendak pihak istana, adalah lebih baik semuaADUN yang terlibat itu letak jawatan dan adakan pilihanraya kecil. Baginda Sultan juga boleh atas nasihat MB baru itu membubarkan DUN, untuk mengadakan pilihanraya yang baru.

Setelah Pat Lah/UMNO gagal meletakkan Shahidan Kasim sebagai MB Perlis kerana ditolak oleh Raja Perlis, kini Pak Lah/UMNO cuba hendak menunjukkan siapakah yang lebih berkuasa, dalam menentukan pemilihan MB Terengganu....UMNO atau Sultan? Bukankah UMNO yang lantang berhujjah tentang,ketaatan kepada raja, keluhuran perlembagaan, dan sebagainya, tapi dalam situasi ini semuanya diketepikan kerana hendak tunjuk kuasa mereka itu yang mengatasi sesiapa saja. Cakap tak serupa bikin. Apakah UMNO mahu merderhaka kepada Sultan kerana hendak mempertahankan orang yang bernama Idris Jusoh? Apakah tidak ada orang lain lebih layak daripada Idris Jusoh?. Sama ada pendirian 22 orang ADUN benar-benar mencerminkan kehendak rakyat Terengganu atau tidak?.... allahu a'alam

Mudahan-mudahan kemelut yang sedang melanda arena politik di Terengganu itu akan berakhir secepat mungkin, jika tidak ia boleh mencetuskan satu lagi krisis perlembagaan di antara pihak istana dan badan eksekutif. Berita terbaru baca di sini dan sini.

cheers.

4 comments:

mangchikla said...

Kesetian En Deris Yusof adalah kepada YAM Agung Patrick Badwi

21 ADUN x Rm 1 juta, Rosol dapat RM 3 juta sebab jadik jurucakap. Sekian adernyer, tima kasih

Anonymous said...

Tak guna apikan dengan melontar fitnah.Cuba selamatkan melayu

mangchikla said...

Btoi dan tima kasih. saya agak je dan tarik balik tuduhan saya sebab tidak ade bukti.

Anonymous said...

idris jusuh pernah mungkir janji pd salah seorang bakal calon ahli perlimen di trengganu.